*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ KEMENTERIAN PENDIDIKAN KAJI KEKAL ATAU MANSUH SEBUTAN BAKU KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Kementerian Pendidikan sedang mengkaji sama ada penggunaan sebutan Bahasa Melayu baku di peringkat sekolah akan diteruskan atau sebaliknya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahad Badawi hari ini. Katanya, mesyuarat kabinet hari ini diberitahu bahawa kementerian itu sedang membuat kajian mengenai penggunaan sebutan itu di peringkat sekolah. "Menteri Pendidikan (Tan Sri Musa Mohamad) telahpun memaklumkan bahawa mereka sedang membuat kajian mengenai perkara ini... apakah mereka fikir wajar dihentikan dasar dulu iaitu menerima (sebutan) baku dalam segala aspek atau tidak perlu lagi menggunakan sebutan baku," katanya. "Kabinet bersetuju mendengar laporan (kajian) itu nanti pada mesyuarat akan datang, dan pada waktu itu kita akan buat keputusan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pengurusan Umno di sini. Khamis lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Rais Yatim mengumumkan arahan kerajaan supaya pelaksanaan sebutan Bahasa Melayu baku dimansuhkan termasuk penggunaannya melalui stesen televisyen dan sekolah. Pengumuman itu menimbulkan pelbagai reaksi termasuk daripada pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa Datuk Abdul Rahim Abu Bakar, yang menyifatkan tindakan itu sebagai langkah ke belakang dan mengecewakan. Abdullah berkata isu baku dibincangkan pada mesyuarat kabinet dan kesemuanya menyatakan bahawa isu itu hanya menyentuh mengenai sebutan. Ketika ditanya mengapa Kementerian Pendidikan perlu menjalankan kajian sekarang sedangkan kabinet telah memutuskan untuk memansuhkan sebutan baku, beliau berkata: "Kita faham masa ini rakyat tidak menerima secara menyeluruh sebutan secara baku. Di RTM, perkara ini tak jadi isu sebab masih menggunakan cara lama, walaupun TV3 guna sebutan baku." Sambil menyatakan perkara mengenai sebutan baku itu ditimbulkan pada mesyuarat kabinet, beliau berkata: "Kita lihat pada waktu ini sebutan baku ini masih tak diterima tetapi yang popular dan diterima ialah sebutan bahasa yang lebih mirip sebutan Johor-Riau." Abdullah juga berkata pengumuman Rais supaya penggunaan sebutan baku dimansuhkan di stesen-stesen televisyen, kekal, manakala kenyataan Menteri Pendidikan bahawa pihaknya sedia mengkaji balik arahan pemansuhan sebutan baku di sekolah jika ada alasan kukuh bahawa penggunaannnya perlu diteruskan, ditangguhkan. -- BERNAMA ===== COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM __________________________________________________ Do You Yahoo!? Talk to your friends online with Yahoo! Messenger. http://im.yahoo.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: counterbalance <[EMAIL PROTECTED]>