*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PAS TAK GOPOH SIASAT DAKWAAN KERAJAAN BN TERENGGANU
SELEWENG 
 
   

KUALA TERENGGANU, 27 Jan (Bernama) -- Menteri Besar
Haji Abdul Hadi Awang berkata kerajaan pimpinannya
tidak akan bertindak terburu-buru berhubung kenyataan
beliau kerajaan negeri mempunyai 'berlori-lori fail'
kerajaan Barisan Nasional yang didakwanya menyeleweng
sewaktu memerintah Terengganu dahulu. 

"Kita tidak tergopoh-gapah untuk mendedahkannya serta
tidak menunggu cabaran sesiapa...kita akan adakan satu
suruhanjaya khas seperti yang dijanjikan dalam sidang
Dewan Undangan Negeri yang lepas untuk menyiasatnya,"
katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital
Kuala Terengganu di sini. 

Beliau berkata agensi penguatkuasaan seperti Badan
Pencegah Rasuah dan polis turut dipanggil untuk
membantu siasatan berhubung penyelewengan itu yang
didakwanya meliputi pelbagai aspek antaranya ekonomi,
kewangan, moral dan akhlak. 

"Dokumen itu, kita akan lihat satu persatu sebelum
kita mengambil sebarang tindakan," kata Abdul Hadi
sambil menjelaskan bahawa 'berlori-lori' itu
menggambarkan ianya banyak dan keadaannya agak serius.


Jumaat lepas semasa berucap pada satu ceramah di sini,
beliau berkata PAS mempunyai 'berlori-lori fail'
mengenai apa yang didakwanya penyelewengan pemberian
kontrak oleh kerajaan BN di Terengganu sebelum ini. 

Abdul Hadi berkata kerajaan negeri mengambil sikap
berhati-hati dan tidak mahu menjatuhkan maruah sesiapa
tanpa bukti dan keterangan yang cukup bagi memastikan
keadilan sentiasa berlaku dalam siasatan itu. 

Ketika ditanya sama ada siasatan itu nanti melibatkan
bekas anggota exco kerajaan BN atau pegawai kerajaan,
beliau berkata: "Saya tidak mahu sebut exco atau apa.
Yang penting ada pegawai-pegawai yang menjadi mangsa
apabila dipaksa mengendalikan perkara-perkara yang
dianggap menyeleweng sewaktu kerajaan dahulu. 

"Kita juga melihat sejauh mana mereka dipaksa atau
mereka rela untuk melakukannya tapi yang pokoknya
ialah mereka yang melakukannya sendiri," katanya. 

Abdul Hadi berkata tindakan itu bukannya bersifat
balas dendam tetapi kerana ia melibatkan hak rakyat
secara keseluruhannya. -- BERNAMA
  


=====
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: counterbalance <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke