*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalammu’alaikom
Dear respected readers,

Kindly analyze the following news stolen from AFP dated Thur Jan 27.
There are at least  three things that we could gather from the news as 
follows:
1) That DPM Dato Seri Dollah Dawi (DD) has got no close relationship with 
PM, at least not as close as Tun Daim Zainuddin (TDZ), reason: TDZ always 
keep in touch with PM, and DD seems to be no where, i.e. at lost
2) Any info from PM, TDZ  will get it first and he may or may not pass it on 
to DD, and if any at all, DD will only get second hand info
3) Then who is more important to PM, DD or TDZ? or Who’s the Boss??

I’ll let you all be the judge. If DD happens to read this message, I wish 
him all the best of luck,  welcome and congratulations for being number two 
man!!  Sorry for posting this message, but I think that it would be useful 
for the younger generations of the Malaysian people to learn something. 
Thanks and wassalam. Kind warm regards, Dr Abdo

AFP: Thur Jan 27
...    Deputy Premier Abdullah Ahmad Badawi, standing in while Mahathir, 74, 
is overseas, urged people to ignore rumours.
"If there is no official statement, it means that it is not true," he was 
quoted as saying by the state Bernama news agency in Kota Kinabalu in Sabah.
"Sometimes the people panic easily, they hear rumours and they jump," he 
said. "What’s important is that the people must remember that they will be 
told if there is anything. We have nothing to hide."
Abdullah late Wednesday described the rumour that Mahathir had fallen off a 
horse as repulsive.
"Some people are being vicious by claiming the prime minister had fallen off 
a horse... they repeat it often and it has affected stock market sentiment," 
he said.
"These people do it on purpose because they do not like us," he said in an 
apparent reference to opposition parties. "If anything had happened to the 
prime minister, I would be the first to be informed and so far there has not 
been anything," he added. "Right now, he is fine... the people have nothing 
to worry about."

Local shares closed 1.2 percent lower Wednesday on concerns over Mahathir’s 
health following his unexplained pullout from the World Economic Forum in 
Davos.

The premier, who had a heart bypass operation in 1989, had been due to 
attend the meeting in Switzerland after his vacation in Argentina and the 
Caribbean.He is now expected to return by February 1, two days earlier than 
planned. Finance Minister Daim Zainuddin told reporters Thursday the premier 
was in good health and would chair the weekly cabinet meeting on February 2.
"The (prime minister) is fine. He is enjoying his holiday. I am in touch 
with him all the time," he said.


THURSDAY - Jan 26, 2000
Mahathir hubungi Daim, bukan Pak Lah
Fathi Aris Omar

8pm, KHA: Pengerusi DAP Lim Kit Siang hari ini berasa hairan bagaimana 
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tidak berhubung 
dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad sementara Menteri Kewangan Tun 
Daim Zainuddin sentiasa berhubung dengan pemimpin nombor satu itu. Beliau 
mengulas kenyataan Daim pagi ini yang dilaporkan sebagai berkata "saya 
sentiasa berhubung dengannya (Mahathir)." Manakala, menurut laporan sebuah 
akhbar utama hari ini, Abdullah dipetik sebagai berkata, "saya tidak 
bercakap dengannya kerana beliau sedang bercuti."

Daim memberikan kenyataan demikian sebagai mengulas tentang kesihatan 
Perdana Menteri yang sedang bercuti di Argentina dan kepulauan Caribbean. 
Beliau juga berkata Mahathir kini menuju ke London dan akan menemui Presiden 
Perancis pada 29 Januari seperti dijadualkan.
"Daim berkata bahawa beliau sentiasa berhubung dengan Perdana Menteri 
sementara Timbalan Perdana Menteri yang dipilih sebagai penggantinya tidak 
bercakap dengannya sejak beliau bercuti," kata Kit Siang kepada 
malaysiakini.
Kit Siang berkata rakyat akan membandingkan hubungan antara 
Mahathir-Abdullah dengan Mahathir dan bekas timbalannya Anwar Ibrahim yang 
pernah memangku jawatan nombor satu itu ketika Perdana Menteri bercuti 
selama sebulan pada pertengahan 1997.
"Mahathir berhubung dengan Anwar setiap hari melalui persidangan video 
semasa beliau berada di luar negara," katanya lagi.
Kit Siang juga menegaskan kesihatan Perdana Menteri bukan hal peribadi dan 
berhak diketahui oleh rakyat negara ini. Beliau mencadangkan doktor peribadi 
Mahathir mengeluarkan kenyataan tentang kesihatan pemimpin berusia 74 tahun 
itu.
"Rakyat lebih yakin dengan kenyataan yang dibuat oleh seorang profesional 
dan bukannya seorang ahli politik yang tidak mempunyai hubungan terus dengan 
Mahathir," katanya.
Kenyataan bekas Ketua Pembangkang ini sebagai mengulas isu "Mahathir jatuh 
dari kuda" ketika berada di Argentina tetapi beberapa hari lalu seorang 
pegawai di Jabatan Perdana Menteri menafikannya. Isu itu semakin 
diperkatakan apabila Mahathir secara tiba-tiba membatalkan kehadirannya di 
satu persidangan ekonomi di Davos tanpa sebarang alasan dan berhasrat untuk 
memendekkan masa cutinya beberapa hari.
"Rakyat berhak mengetahui siapa yang jatuh dari kuda di Argentina," katanya 
lagi.


Hakim tolak salinan pasport : Peguam bela diberi masa kemuka dokumen asal

KUALA LUMPUR—Para peguam bela mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, 
Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam menghadapi
sedikit masalah membuktikan bahawa perbuatan meliwat, seperti yang didakwa, 
tidak berlaku kerana pasport Datuk Seri Anwar tidak
dapat ditemui.

Datuk Seri Anwar dan adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, dituduh 
bersama meliwat Azizan Abu Bakar di apartmen
Sukma pada 7.45 malam suatu hari antara Januari dengan Mac 1993.

Pihak pendakwa sudah dua kali meminda dakwaan untuk menukar tahun kesalahan 
yang dikatakan dilakukan oleh kedua-dua tertuduh
sekalipun dibantah oleh pihak pembela. Peguam bela utama, Encik Christopher 
Fernando, berkata pihak pembela ingin menunjukkan
bahawa Datuk Seri Anwar mempunyai alibi dari 11 Februari 1993. Encik 
Fernando mengemukakan salinan pasport lama Datuk Seri
Anwar untuk menunjukkan pergerakan anak guamnya itu tetapi Hakim Datuk 
Arifin Jaka meminta dokumen asal tersebut.

"Bagaimana boleh ada salinan ini. Tentu ada dokumen asalnya. Mana 
pasportnya? Siapa yang membuat salinan ini?" soal Datuk Arifin.
Peguam bela menjawab bahawa pasport lama itu sudah tamat tempohnya dan tiada 
dalam simpanan Datuk Seri Anwar. Pihak pembelaan
juga berkata katil yang didakwa digunakan semasa perbuatan liwat seperti 
yang didakwa hanya tiba di apartmen Sukma di Bangsar pada
12 Februari. Hakim Datuk Arifin kemudian menangguhkan perbicaraan untuk 
memberi masa kepada peguam bela mencari pasport asal.

Sebelum itu, apabila perbicaraan dimulakan pagi semalam, Datuk Seri Anwar 
tampil memberi keterangan membela diri dengan
memberitahu mahkamah beliau telah memaklumkan kepada Peguam Negara dan Ketua 
Polis Negara tentang kesediaannya menyerah diri
jika dikehendaki. "Tetapi saya ditangkap dengan cara yang mengejutkan. Saya 
diperlakukan seperti seorang pengganas. Anggota
komando polis menyerbu dan memecahkan pintu depan rumah saya," kata beliau. 
Datuk Seri Anwar juga memaklumkan kepada
mahkamah bahawa beliau dipukul dan penangkapannya yang pada mulanya dibuat 
di bawah akta jenayah ditukar kepada Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) "kerana ingin menutup perbuatan polis 
memukulnya".

Seorang lagi peguam bela, Encik Sankaran Nair, memberitahu agensi berita AFP 
bahawa pasport itu mempunyai bukti bahawa Datuk Seri
Anwar menghadiri beberapa acara dan tiada di tempat dan pada masa kesalahan 
seperti yang didakwa.—AFP.

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hoot Hoot" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke