*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PELABUR ASING TETAP INGIN MELABUR DI TERENGGANU, KATA
ABDUL HADI 
 
   

KUALA TERENGGANU, 28 Jan (Bernama) -- Menteri Besar
Haji Abdul Hadi Awang berkata pelabur dari luar
Terengganu masih tetap melabur di Terengganu walaupun
negeri itu sekarang ditadbir oleh Pas. 

Beliau berkata walaupun jumlah kedatangan pelabur itu
menggalakkan, bagaimanapun kerajaan negeri tetap
meminta kerjasama Kerajaan Pusat terutamanya
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
supaya membuka jalan pelaburan ke negeri itu. 

Menurutnya kerajaan negeri juga sedang meningkatkan
kemudahan asas dan infrastruktur di kawasan-kawasan
perindustrian di negeri ini dalam usaha menarik
pelabur ke sini. 

Beliau berkata kerajaan negeri akan mengkaji
projek-projek pelaburan yang telah dipersetujui oleh
kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu untuk memastikan
perlunya ia dilaksanakan. 

"Kita akan teruskan pelaburan oleh kerajaan BN dahulu
tetapi kena kaji dahulu, lihat kepada keperluan dan
memberi faedah kepada penduduk secara langsung,"
katanya. 

Antara keperluan itu ialah projek yang bakal
dijalankan mampu memberi peluang pekerjaan kepada
penduduk setempat, di samping mengikuti syarat-syarat
lain yang dikemukakan oleh kerajaan Pas. 

Terengganu kaya dengan minyak dan gas yang merupakan
penyumbang utama ekonomi negeri, selain kegiatan
pembalakan dan kuari. 

-- BERNAMA
 


=====
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: counterbalance <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke