*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
MAKAN UNTUK SIHAT, JANGAN SAMPAI MEMUDARATKAN 
 
 
TREND SEMASA... Majlis makan tengah hari atau "buffet"
merupakan satu ternd masakini di Kuala Lumpur,
khususnya, dan lazimnya, kita akan terlebih makan
kerana terlalu banyak jenis makanan yang disediakan. 
 

Oleh Rosliwaty Ramly 

KUALA LUMPUR: Hakikat bahawa kita rakyat Malaysia kuat
makan memang tidak boleh dinafikan. Pada amnya
kebanyakan daripada kita sanggup menghabiskan banyak
masa dan wang semata-mata untuk makan. 

Persoalannya, adakah kita pernah berfikir sejenak
sebelum duduk menjamah sesuatu hidangan? Sama ada di
rumah, di tempat kerja atau di mana-mana saja, adakah
kita benar-benar pasti bahawa makanan yang dimakan itu
baik untuk kesihatan? 

Presiden Persatuan Dietician Malaysia, Shanaz F.H.
Mawji bersetuju bahawa kebanyakan daripada kita adalah
gemar makan dan meminati makanan yang lazat. 

"Tanpa mengira masa, pasti akan ada orang yang sedang
makan dengan penuh berselera di hotel, restoran atau
gerai di negara ini," ujar beliau. 


MAKANLAH DENGAN BIJAK DAN BERINGAT 

Menurut Shanaz, hidangan secara bufet dengan aneka
lauk pauk dan juadah yang kini menjadi semacam satu
budaya di kawasan-kawasan bandar meningkatkan lagi
godaan sesetengah daripada kita untuk makan sebanyak
mungkin. 

Beliau percaya kebanyakan daripada kita mempunyai
kecenderungan untuk mengambil makanan yang
memudaratkan kesihatan kerana kandungan garam, gula
atau lemak yang berlebihan adalah ibarat satu resipi
untuk menempah bencana. 

Secara ringkasnya, kelazatan rasa mengatasi
kekhuatiran tentang kemungkinan sesuatu jenis makanan
itu boleh mengancam kesihatan. 

"Semakin kurang lemak yang dimakan, semakin kuranglah
kemungkinan berlaku insiden arteri tersumbat yang
menjadi punca kepada serangan sakit jantung, angin
ahmar dan darah tinggi. Jika sentiasa beringat-ingat
seperti itu, anda pasti akan sentiasa rasa selesa
walaupun tidak banyak melakukan latihan jasmani,"
katanya. 

Menurut Shanaz, kebanyakan makanan ala barat
mengandungi kadar lemak, gula dan garam yang tinggi,
terutama yang membabitkan daging, hasil tenusu,
makanan bergoreng dan makanan remeh, yang kurang
kandungan serat seperti yang terdapat pada sayur dan
buah-buahan. 

"Jadikanlah makanan berlemak sekadar makanan sekali
sekala, bukan sebagai makanan harian," nasihat beliau.


Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr Tee E-Siong,
juga bersetuju bahawa makan merupakan satu kegamaran
masa lapang kebanyakan rakyat Malaysia. 

Jika itulah keadaannya, kata beliau, seseorang itu
hendaklah makan dengan kerap tetapi sedikit jumlahnya.
Makanlah snek berzat bila terasa lapar di antara makan
pagi, tengah hari dan malam. 

"Makan dengan kadar yang kerap boleh membantu sistem
penghazaman membakar lebih banyak tenaga ketika
memproses makanan, seterusnya mengurangkan simpanan
lemak dalam badan, dan dengan mengambil makanan secara
tetap, anda tidak akan menjadi kebuluran kerana lapar
dan tidak lagi tergoda untuk makan menurut kehendak
nafsu," tambah Tee. 

Anda juga berkemungkinan tidak akan makan berlebihan
sehingga buncit perut dan rasa bersalah selepas itu,
katanya. 

Ia juga membantu anda memiliki tubuh badan yang
langsing, katanya, sambil menambah bahawa memakan
makanan berat sedangkan tahap latihan jasmani amat
kurang akan menyebabkan peningkatan berat badan yang
tidak sewajarnya. 


KEBAIKAN MAKANAN SNEK 

"Snek mempunyai reputasi yang kurang baik -- ia
menggambarkan imej makanan yang penuh dengan kalori
serta menjadi punca kegemukan. 

Bagaimanapun, snek sebenarnya boleh menambah nutrien
yang perlu kepada makanan dan seterusnya memanfaatkan
anda," jelas beliau. 

Seperti makanan lain, biarlah snek yang dipilih dari
yang jenis rendah kadar lemaknya, tinggi kandungan
serat dan kandungan gula atau garamnya terhad, nasihat
Tee. 

Rancanglah barang makanan untuk kunyahan dengan lebih
awal dengan cara menyimpan stok snek yang berkhasiat
untuk dikunyah sepanjang hari, katanya. 

"Memakan snek yang berkhasiat, pemakanan seimbang dan
latihan jasmani adalah di antara rumusan pengurangan
berat badan yang paling sesuai. Ia membantu mengawal
selera, meningkatkan kadar tenaga, membantu kadar
metabolik tubuh badan dan kecepatan sesuatu makanan
itu dimakan," jelas beliau. 

Tetapi memakan snek bukan dibolehkan kepada semua
orang kerana orang yang makan apa saja tanpa memilih
tidak wajar mengamalinya, katanya. 

"Petua yang patut diikuti sekarang ialah memakan snek
secara berhati-hati boleh memanfaatkan. Ia mempastikan
tenaga dibekalkan pada kadar yang tetap dan kandungan
gula dalam darah anda sentiasa stabil, sekali gus
mencegah kita daripada makan berlebihan pada waktu
makan," kata Tee. 

Tee dan Shanaz percaya memakan makanan yang berkhasiat
boleh mempercepatkan penyembuhan luka, memperteguhkan
sistem kekebalan badan dan menjamin gigi dan gusi
sentiasa kukuh. 

Memakan makanan seimbang yang beraneka jenis juga
boleh mengurang, hatta memperlahankan tanda-tanda
ketuaan, kedutan dan kekeringan kulit serta mencegah
penyakit-penyakit serius yang dikaitkan dengan usia,
tegas mereka. 


JADUALKAN WAKTU MAKAN SNEK DENGAN BETUL 

"Makan hanya bila lapar, bukan apabila jam menunjukkan
ketibaan waktu makan. Mesej yang jelas ialah cara
terbaik untuk mendapatkan semua nutrien yang anda
perlukan ialah supaya memakan pelbagai jenis makanan
secara sederhana dan pada kadar yang betul," tambah
mereka. 

Kedua-dua pengamat kesihatan itu berpendapat, imbangan
makanan dan nutrien yang betul akan menjamin kita
sentiasa segar sepanjang hari, sementara tersalah
pilih makanan boleh menyebabkan kita tidak cergas,
keletihan serta resah. 

Tee dan Shanaz lalu mengemukakan beberapa petua untuk
difirenungi bersama, iaitu: 

+Kesusutan setiap paun berat badan membantu
mengurangkan risiko ditimpa pelbagai penyakit,
terutama kegemukan, yang dipersetujui oleh semua pakar
di seluruh dunia, sebagai satu wabak kerana ia menjadi
punca kepada pelbagai masalah kesihatan yang serius; 

+Jadikan amalan untuk mengawal berat badan sebelum
ditimpa sesuatu masalah, bukan selepasnya; 

+Jika anda hanya makan ketika merasa lapar dan
berhenti makan apabila kenyang, badan anda akan
mencapai tahap berat yang optimum; 

+Makanan yang baik mempastikan anda sentiasa merasa
bertenaga secara fizikal dan otak yang cerdas serta
meningkatkan tahap kesihatan am. Makanan yang tidak
berkhasiat pula selalunya dikaitkan dengan risiko
pelbagai penyakit; 

+Makanan berkhasiat tidak semestinya makanan yang
mahal; 

+Makanan bukan punca kepada cepatnya ketuaan. Tetapi,
makanan yang berkhasiat - mengandungi banyak serat,
air dan vitamin, buah-buahan dan sayur-sayuran yang
segar - pasti mendatangkan kesan positif kepada rupa
bentuk dan kesihatan keseluruhan seseorang. 

Badan yang sihat adalah hasil cara hidup dan pemakanan
yang sempurna. Cara hidup yang aktif mungkin meningkat
kemungkinan anda boleh hidup lebih lama. Lebih baik
lagi jika anda sentiasa sihat sepanjang hayat.
<Bernama>


RINGKASNYA: ANDA ADALAH APA YANG ANDA MAKAN. 

 


=====
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: counterbalance <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke