assalaamu'alaikum.

ingin saya bertanya, jika demikian, maka bagaimanakah riwayat ibnu abbas dalam sahih bukhari akan diambil kira, apabila beliau mengikuti solat tahajjud di belakang rasulullaah s.a.w., ketika beliau bermalam di rumah ibu saudaranya maimunah bersama rasulullaah, sedangkan rasulullaah tidak melarang?

Abu Az-Zuhri wrote:

 Abu Ayadi wrote:
Assalamualaikum,
1. Saya inginkan kepastian apakah
sembahyang-sembahyang sunat yang boleh dilakukan
secara berjemaah semasa Qiamul-lail selain daripada
Solat Tasbih & Hajat. Sefaham saya Solat Tahajjud
tidak boleh dilakukan berjemaah (?).
-------------------
Wa'alaikumsalam warahmatullah,
Isu ini merupakan isu sensitif. Kaum salaf akan mengatakan ia bid'ah. Kaum sufi/tarikat akan mengatakan ia adalah sunat.

Namun telah tsabit dr kalangan mazhab empat bahawa solat sunat tahajjud dan tasbih tidak dilakukan secara jemaah tetapi dilakukan secara individu. Solat sunat yg hanya dilakukan secara berjemaah ialah sembahyang dua hari raya (Eidul Fitri dan Adha), sembahyang meminta hujan, sembahyang gerhana bulan dan matahari, dan sembahyang tarawih. (Al-Muhazzab, Mughni Al-Muhtaj dll.)
 

2. Perlukah tidur semula selepas melakukan sunat
tahajjud untuk mendapat sunnahnya? sebelum solat
subuh?
----------------------------
Saranan ulamak mengenai perkara ini ialah: Jika malam itu dibahagikan kpd 2 bghn, maka bahagian akhirnya adalah lebih afdhal. Jika malam itu dibahagikan kpd 3 bhgn, maka 1/3 yg akhir adalah lebih afdhal drpd 1/3 pada pertengahan. 1/3 pertengahan adalah lebih afdhal drpd 1/3 yg awal. Sebaik2nya malam itu dibahagikan kpd 6 bhgn. Bhgn 3/6 yg awalnya digunakan utk tidur. 2/6 yg tengahnya digunakan utk ibadah sunat. Manakalah bhgn 1/6 yg akhir digunakan untuk tidur agar mendapat kecerdasan utk melakukan solat subuh. Yang penting sekali ialah jgn sesekali meninggalkan solat subuh krn melakukan solat sunat.

Makruh berjaga sepanjang malam utk ibadah sunat. Ini disabitkan drpd Hadith riwayat Abdullah bin Amr R.A. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
"Apa kamu berpuasa pada siang hari?" Jawab aku: "Ya." "Dan apakah kamu berjaga pada waktu malam kerana ibadah?" Jawab Aku: "Ya." Sabda Baginda S.A.W: "Aku berpuasa dan aku berbuka. Aku beribadah malam hari dan aku tidur dan aku berkahwin. Sesiapa yg tidak menyukai sunnahku, maka dia bukan dari golongan aku." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rujukan:
Al-fiqh Islami wal adillatuhu al-juz thani, Wahbah Zuhaili

Pengirim: Abu Ayadi <[EMAIL PROTECTED]>
 

Kirim email ke