*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
.....Sambungan......

    Ada 3 sebab yang membolehkan kita jadi riak :-
  (i) kasih akan dipuji.
[ Seronok kerana ada orang ampu dia.Perangai dia
serupa dengan sate tuan-tuan,kalau orang tak kipas,dia
tak akan masak.Dia suka kalau apa yang dia buat
pun,benda tu jadi public.Dia suka orang
sanjung/junjung dia.Takpalah,susu boleh la cap
junjung,tapi takkan lah orang pun nak pi junjung
juga.Jadinya di sini,maknanya apa benda yang boleh
buat kita jadi riak seperti suka dipuji ini,maka
jangan buka pintu kita untuk suka dipuji. ]
      Ada pun kasih akan dipuji sepertimana mereka
yang menerkam ia akan musuh,banyak dalam peperangan
supaya dikatakan akan dia orang yang berani.       
[ Yang ni adalah contoh yang menunjukkan orang yang
suka dipuji.Katakanlah dalam satu peperangan,kita
adalah seorang yang paling banyak sekali bunuh
musuh,tiba-tiba selepas peperangan itu,orang tak
cerita pun tentang keberanian kita,maka kita pun
berasa tak puas hati. ]
     Dan ubatnya,barang yang telah terdahulu,pada ubat
bagi kasih akan kemegahan.Mengetahui ia akan
bahawasanya dipuji itu kesempurnaan yang di dunia
sahaja.Tiada ada kesempurnaan yang sebenar,maka tiada
ada faedah baginya.Bahkan rugi semata-mata.Lagi
ubatnya,bahwa mengetahui ia akan cerca ALLAH pada hari
qiamat dan siksaNya.
[ Bila kita dok kena puji selalu,kita nanti rasa satu
macam punya seronok.Tapi kita kena ingat satu benda
dalam pemikiran,bahwa puji-pujian ini akan
binasa.Apabila kita megah dengan pujian di dunia,kita
akan kena cercaan ALLAH di Padang Mahsyar.Jadi kita
akan rugi,lalu Tuhan akan perosok kita ke dalam azab
.Oleh kerana itu,apabila datang saja sifat ingin
dipuji kepada kita,dengan segera kita mesti ingat akan
cercaan ALLAH nanti; maka dengan automatik kita akan
buang segala puji-pujian itu. ] 
     Diriwayatkan bahawasanya,orang yang riak itu
diseru akan dia pada hari qiamat dengan 4 nama.ALLAH
akan seru,"Wahai orang yang riak,wahai orang yang
sesat,wahai orang yang jahat,wahai orang yang rugi."
[ Inilah 4 nama yang ALLAH nanti cop ke atas orang
yang riak di atas mukabumi.Bayangkan tuan-tuan,di
Padang Mahsyar kelak,kalaulah apabila Tuhan panggil
dengan nama-nama tadi,tiba-tiba kita yang bangkit
pulak.Wa Nauzubillahi minzalik.Mana nak letak muka
kita tuan-tuan? Kalau atas dunia ni,bolehlah kita
tutup muka kita dengan paper; tapi di Padang
Mahsyar,dengan semua sekali manusia yang dicipta ALLAH
dok ada di sana; mana kita nak sorok muka kita
tuan-tuan? Oleh sebab ini,kalaulah kita ada niat nak
cakap tentang kebaikan kita pada orang
lain,cepat-cepat kita kena ingat hadis ini,maka kita
akan totally insaf.Insya`ALLAH. ] 
     Kata ALLAH SWT,"Pergi olehmu dan ambil oleh mu
akan pahala engkau daripada mereka yang amal engkau
kerananya."
[ Tuhan kata kepada orang yang riak,"Oleh kerana hang
ni riak semasa berada di atas dunia; kerana hang ni
sesat dengan riak; kerana hang ni jahat; maka hari ini
hang rugi.Oleh sebab itu,Aku tak mau bagi
pahala.Semasa di dunia hari tu,hang sembahyang pasai
sapa? Jadi,hari ini,hang kena pi jumpa kawan hang tu
dan pi minta pahala sembahyang daripada dia; pasai Aku
tak mau bagi pahala sembahyang dekat
hang."...Masya`ALLAH,malunya kita time tu
tuan-tuan.Punyala tebal muka kita tarak dah.Nampak tak
tuan-tuan,Tuhan torture kita di hari qiamat
semata-mata kerana riak kita kepada ALLAH SWT. ]   
     "Maka tiada ada pahala bagi engkau di sisi Kami."
[ Tuhan kata,"Hang jangan minta satu pahala pun
daripada Aku.Hang kena pi minta kat orang lain." ]
     Apabila mengetahui ia akan siksa ALLAH dan
cercanya kerana riak itu,nescaya mudah ia atas
meninggalkan riak.  
    Oleh kerana suka dipuji manusia itu,seperti mereka
yang mengetahui ia akan ada racun dalam air madu.Maka
mudah atasnya meninggal air madu itu.
[ Maksud ayat ini ialah apabila kita mula rasa nak
riak,tiba-tiba kita teringat akan hadis-hadis
tadi,i.e. Tuhan nak cerca/torture kita di hari
akhirat; maka kita diibaratkan orang yang nampak racun
dalam madu.Jadi,kita tak akan minum madu itu.Tapi
kalau orang tu tak dak ilmu,maka dia akan tak nampak
racun yang dok ada dalam madu tu,lalu dia akan minum
madu berisi racun tu,maka akan rosaklah ibadatnya.Nak
bagi clear lagi; sebagai contoh,katakanlah ada orang
puji kita,lalu kita pun rasa kembang atau sempoi apa
ka; tapi apabila kita ingat akan hadis ini,maka
diibaratkan kita dapat menolak racun dalam madu. ]
    Bersalahan mereka yang tiada mengetahui ia akan
racun dalamnya,maka tertipu ia akan minum ia akan
dia,maka binasa ia.
[ Orang yang sedang riak,tapi dia tak tau macamana nak
menangkis perasaan riak itu; maka dia diibaratkan
macamana orang yang minum madu yang beracun tanpa
disedarinya. ]
    Tambahan lagi apabila menetapkan ia dalam hatinya
akan bahwasanya sangat besar ruginya,membelai puji
manusia dengan cela dan siksa ALLAH.
[ Maksud ayat ini ialah kalau kita ni jenis yang suka
dok kena puji,maka kita sanggup menerima celaan ALLAH.
]
    Dan akan bahwasanya suka manusia itu tujuannya
tiada biasa dia dapat.Dan barang siapa menuntut
kesukaan manusia dengan murka ALLAH,nescaya menjadikan
ALLAH akan mereka,murka bagiNya.
[ Sapa-sapa yang menuntut puji-pujian daripada
manusia,maka dia akan dapat kemurkaan ALLAH
SWT.Nauzubillahi min zalik. ]  

  (ii) takut dicela.
[ Yang ni juga adalah punca orang nak riak kerana dia
takut terima kritikan orang.Contohnya,kadang-kadang
kita ada seorang yang best friend,tiba-tiba bila kita
tegur satu kesalahannya,dia terus masam muka dengan
kita.Berapa banyak yang dok berlaku lagu tu la
ni.Bukan kata dengan kawan saja,kadang-kadang adik
beradik dengan adik beradik sendiri pun,boleh masam
muka juga bila terjadi kes tegur menegur.
  Orang macam ni,kalau dalam mesyuarat apa pun,idea
dia saja yang mesti orang lain kena terima.Ahli
mesyuarat yang lain hanya kena jadi pak angguk
saja.Kalau lah dok ada lagu ni punya mesyuarat,buat
apa kita pi panggil sampai 10-20 orang mai kita punya
meeting.Sepatutnya kita panggil orang ramai buat
meeting,untuk apa? Kita panggil depa ni untuk
mendengar masing-masing punya pandangan dan kemudian
baru boleh buat rumusan.Nie tarak,yang 10-20 orang
yang mai ni,depa ni tak boleh nak kata apa melainkan
kena setuju apa yang dia kata.......mesyuarat kepala
hotak apa lagu ni ! Tiba-tiba ada sorang mencelah bagi
pandangan,"kita tak boleh buat lagu ni,saya cadangkan
kita buat lagu lain."...Dia nanti 'jege' kat kawan tu
macamana ikan sembilang lapaq.Maknanya,orang jenis ni;
dia tak boleh terima protes; dia tak boleh terima kata
cadangan dia tu tak baik; tapi apa yang dia mau ialah
semua cadangan  dia adalah baik dan semua orang kena
terima.Berapa banyak mangkak-mangkak jenis ni dok ada
zaman la ni.Termasuklah dalam  mesyuarat PIBG,geng
mangkak-mangkak ni pun ada juga.Dalam satu mesyuarat
PIBG,bangkitlah bendahari berkata,"Nie dah sampai
hujung tahun dah,sekolah pun nak tutup.La ni kita dok
ada belen sikit duit PIBG.Apa yang kita nak buat
dengan duit belen ni?"...Lalu orang masjid pun bagi la
satu cadangan,"Apa kata kalau kita buat satu
ceramah/forum perdana.Kita panggil mai 2-3 orang ahli
panel apa ka." Kemudian disusuli oleh beberapa
cadangan dan akhir sekali bangun pengerusi,dia kata
,"Apa kata kalau saya cadangkan kita adakan 'Malam
Merak Kayangan'." Kemudian dengan tak tanya setuju ka
tak setuju ka,terus cadangan forum perdana ditolak dan
'Malam Merak Kayangan'  dipilih." Nampak tak
tuan-tuan,berapa banyak orang dalam masyarakat kita
yang sudah tak kenal Islam.Lalu puak-puak masjid pun
buatlah bantahan dengan alasan 'Malam Merak Kayangan'
itu akan membuatkan orang lalai.Pengerusi tu nanti
'jege' sampai nak terkeluaq biji mata dia.Kalau macam
ni punya mesyuarat,baik tok sah panggil AJK mai
mesyuarat.    
  Kita kenalah ambil contoh daripada Rasulullahi
s.a.w.,yang mana dia boleh terima cadangan daripada
Salman Al-Farisi,seorang yang tak dak apa-apa degree
pun daripada mana-mana IPT,tapi Nabi boleh terima
cadangan nya dalam Perang Badar.Kita ni,bila takut
orang nak cela kita,nanti mai lah satu macam punya
perasaan lagu mana mimpi di siang hari; pikiaq yang
negatif-negatif; yang akhirnya akan menjuruskan kita
kepada kerosakan. ]
       Ada pun sebab riak yang kedua,maka iaitu takut
dicela oleh manusia.Untuk mengubati sebab yang kedua
ini,ialah bahwa menetap ia dalam hatinya akan
bahawasanya cela mereka itu tiada memberi mudarat ia
akan dia. 
[ Apabila kita dok dengaq orang kritik kita,maka kita
boleh niat bahwa depa ni punya kritikan tak boleh buat
kita rosak.Hanya celaan ALLAH sahaja yang boleh buat
kita rosak.Lalu kita akan rasa selamat. ]
     Jika ada ia dipuji di sisi ALLAH,dan menetapkan
ia dihatinya akan bahwasanya tiada mengerjakan ia akan
riak,yang sebab bagi murka ALLAH kerana takut ia cela
makhluk yang tiada beri mudarat.Dan memadai akan dia
oleh bahwasanya manusia jika mengetahui mereka itu
dengan khasad riak yang dalam hati,nescaya benci
mereka itu akan dia.Dan,bahawasanya riak itu tiada
nyata ia bagi manusia,samada segera atau lambat.
[ Perasaan takut dikritik akan hilang apabila kita
ingat yang kita boleh terima celaan daripada orang
lain; tapi oleh kerana kita dapat menerima kritikan
itu,maka kita pula dipuji oleh ALLAH SWT (pujian
daripada ALLAH lah yang kita mau.) ] 
     Dan jika ada ia akan mengerjakan ibadat dengan
ikhlas,nescaya ALLAH zahir akan ikhlasnya bagi
manusia.Maka kasih mereka akan dia seperti kasih ALLAH
akan dia.Maka dapat dia akan dua puji,yakni pujian
daripada ALLAH dan pujian dairpada makhluk.
[ Apabila kita merasa takut dikritik; kita mau ingat
bahwa ALLAH akan menunjukkan keikhlasan kita,sekiranya
apa yang kita buat memang betul-betul ikhlas.Apabila
ALLAH tunjukkan jujurnya kita,maka kita akan
memperolehi dua keuntungan,iaitu disayangi oleh
manusia semasa di dunia,dan di akhirat pula disayangi
oleh ALLAH SWT (pujian daripada ALLAH lah yang
sebenar-benarnya yang kita mau). ] 

.....bersambung....






__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke