*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

-----Original Message-----
From: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>
To: Hasanah Hassan <[EMAIL PROTECTED]>; [EMAIL PROTECTED]
<[EMAIL PROTECTED]>
Cc: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>
Date: Saturday, January 29, 2000 7:23 AM
Subject: Re: H-Net* Re: Tun Ghafar....Perdana Menteri Malaysia ke 5..!



*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
{        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
{        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbt,

Terlanjur membicarakan bakal kemungkinan Tun Ghafar
menjadi PM ke-5, saya ingin memetik Muqaddimah dari
buku Kesan Selepas Perhimpunan (November 1993) sebagai
satu flash back kpd apa yg telah berlaku pada 1993
dulu. Semuga dpt difikirkan ... ada yg telah terjadi
dan ada yg belum terjadi.

Muqaddimah

Hampir seluruh rakyat Malaysia terutamanya ahli
politik, pemerhati dan cerdik pandai secara khusus,
serta secara umum rakyat Asean dan juga CIA sedang
menumpukan perhatian kpd pergolakan politik yg sdg
berlaku dlm parti UMNO sekaligus melihat pergolakan
dlm pemerintahan negara kerana UMNO adalah parti
pemerintah waktu ini.

Lebih drp itu mereka tidak sabar menunggu apa akan
jadi pada dan selepas hari Perhimpunan Agung UMNO yg
bermula 4 Nov 1993 ini. Kerana perhimpunan kali ini
berlaku selepas En Ghafar Baba meletak jawatan sbgi
TPM, menarik diri drpd Timb Presiden UMNO dan terbaru
sbgi S/usaha  Agung BN. Apa akan jadi seterusnya?
Apakah En Ghafar Baba terus dlm UMNO? Apakah Anwar
Ibrahim akan terus dilantik jadi TPM? Ditgh-tgh tanda
tanya inilah Perhimpunan Agung UMNO kali ini akan
berlangsung.

Pada sebahagian pemerhati bahkan ahli UMNO sendiri,
pertarungan dan perkelahian politik yg baru berlaku
dan ada kemungkinan akan terus berlaku dirasakan musuh
dgn musuh, bukan kawan dgn kawan. Ini tidak berlaku
secara sporting dan demokratik.

Ini memang ada benarnya kerana akhbar-akhbar tempatan
sebelum ini dapat kita lihat b/mana dua puak,
terutamanya pihak Brother Anwar Ibrahim, meraih
kemenangan, bukan lagi dgn memberi hujah-hujah ilmiah
serta semangat demokrasi dlm parti, ttp lebih
merupakan hentaman, penghinaan, memalukan dan
sebagainya.

Dan bagi pihak En Ghafar Baba, oleh kerana suratkhabar
sudah dikawal oleh Brother Anwar Ibrahim, mereka tidak
dpt menggunakannya utk menjelaskan kedudukan yg
sebenarnya. Lalu mereka menggunakan saluran atau cara
lain utk itu. Yg penting suara mereka dapat didengar.
Buat mereka yg dpt berpeluang mendengar ceramah Dato’
Seri Sanusi Junid yg menolak politik wang utk membantu
En Ghafar, mereka dpt merasakan itu juga bukan
merupakan penolakan kawan separti. Tapi satu tolakan
musuh kpd musuh. Ini munasabah; “Kata berjawab, gayung
bersambut”.

Ucapan Datuk Seri Sanusi yg baru berlalu tidak
dirasakan sbgi ucapan ahli UMNO kpd kpd ahli, ttp
lebih mirip ucapan yg ditujukan pada parti lawan yg
telah menghina dan menjatuhkan air mukanya selama ini.

Bagi org yg tajam akalnya dan sgt peka dgn isu-isu
semasa serta mengambil berat ttg kesan di sebalik
kejadian, dia memandang apa yg berlaku dlm UMNO kini
bukan lagi pertandingan ttp permusuhan yg memang utk
saling jatuh menjatuhkan satu sama lain.Walaupun
ketika ini keadaan seolah-olah mereda ttp sebenarnya
ia umpama bisul yg sdg membengkak mcm api dlm sekam.
Dendam masih membara. UMNO akan terus bergolak bukan
sekadar menjelangnya perhimpunan ttp akan berekoran
dan bertali selepas perhimpunan.

Dan kesannya bukan shj pada UMNO ttp juga terasa pada
wajah politik di Malaysia serta corak kepimpinan dlm
negara yg akan berubah dan bertukar corak. Namun, bagi
pejuang-pejuang Islam yg tulen, mereka memandang lebih
jauh drp itu, iaitu mereka melihat peristiwa ini akan
merentang satu highway kpd kepimpinan Islam yg akan
mengambil alih pentadbiran Malaysia.

Kalaupun highway itu kelihatan begitu kusut mulanya,
tapi rasanya akan ada pemimpin sejati tertonjol di jln
yg kusut itu dgn penuh aman damai dan harmoni. Ia akan
berlaku dgn satu kaedah yg belum dapat dijelaskan di
sini, ttp yg pasti tidak mengikut jln demokrasi
apalagi revolusi.

Di sinilah nanti bila terjadi, akan menggemparkan
semua pihak. Terutamanya yg merasa berada di pihak yg
menang. Kerana mereka tentu berhajat dgn kemenangan
itu mereka akan dpt mencapai jawatan PM. Rupa-rupanya
kemenangan yg diharap menjadi jln kpd kerusi PM,
menjadi sekatan pula yg sama sekali tidak di duga.
Kerana ia berlaku secara khawariqul ‘adah (luar
biasa). Ia benar-benar berlaku, utk menunjukkan
kekuasaan Allah menghukum segolongan manusia yg begitu
yakin dgn usaha dan kuasanya.

Diwaktu itu, mereka yg menang akan jatuh dlm keadaan
paling terhina dan menyeksakan selepas kemenangannya.
Dan gol. yg kalah sementara waktu, yg dihina-hina
hingga malu, Allah mengangkat sedikit demi sedikit
kemuliaan mereka. Tetapi yg akan lebih dapat
keuntungan ialah org yg tiada hubungan langsung dgn
pertarungan itu. Gol. ini akan dpt kedudukan istimewa,
dan waktu itu rakyat yg sudahpun kecewa dgn politik
dan kecewa dgn pentadbiran, akan menyambutnya penuh
gembira dan mengucapkan ahlan waa sahlan kpd mereka.

Maka itu akan terjadilah seperti mana yg disabdakan
oleh Rasulullah saw bhw kebenaran akhir zaman bermula
di Timur, selepas itu merebak keseluruh dunia.



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "azani" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke