*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam,

kenapakah tokoh kepimpinan Ghafar yg sekuler itu hendak ditonjolkan?
adakah sebab anak ghafar sekuler yaitu Tamrin Ghafar adalah ahli arqam?

ambo begitu kesian dgn cara pemikiran ahli2 arqam ni..tak habis2 berkhayal yg
indah2, tak habis2 mengharap sesuatu dari org2 sekuler spt Gus Dur dan
seumpamanya.

khawariqul ‘adah (luar biasa)itu berlaku setelah org2 beriman habis usaha dan
tawakal dan bukannya datang bergolek setelah ianya dihayalkan dan dimimpikan
begitu sahaja.

kalau khawariqul ‘adah (luar biasa)itu berlaku pada org2 sufi, maka
kebanyakannya ianya datang dari syaitan. Yg dikatakan karamah itu adalah yg
berlaku terhadap org2 soleh yg aqidah nya lurus, ibadahnya murni tanpa bidaah,
dan perjuangannya jelas mengikuti jejak Rasul, sahabat dan salafussoleh dan ia
tidak diminta-minta.

perjuangan menegakkan khalifah itu bukannya seperti yg mereka fikirkan iaitu
setakat siGhafar sekuler yg semput itu  menunjukkan dgn jari
penggantinya..inilah alMahdi yg ditunggu-tunggu...atau inilah pemuda Bani
tamim..kok begitu mudah?

Perjuangan menegakkan khilafah tidak akan berhasil kalau ia tidak ditegakkan
sebagaimana ianya di tegakkan pada awalnya iaitu dgn jalan dakwah, dan amar
ma'ruf nahi mungkar, hijrah dan jihad fisabilillah.

begitulah jalan atau tareqah yg ditunjukkan arRasul.

sesiapa yg mengambil jalan lain, atau sebahagian sahaja dari jalan yg telah
digariskan,  bermakna berasa lebih pandai dari Rasul dan jelaslah bertentangan
dgn sunnah itu sendiri, dan tidak akan berjaya.

"azani" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> -----Original Message-----
> From: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>
> Assalamualaikum wbt,
> 
> Terlanjur membicarakan bakal kemungkinan Tun Ghafar
> menjadi PM ke-5, saya ingin memetik Muqaddimah dari
> buku Kesan Selepas Perhimpunan (November 1993) sebagai
> satu flash back kpd apa yg telah berlaku pada 1993
> dulu. Semuga dpt difikirkan ... ada yg telah terjadi
> dan ada yg belum terjadi.
> 
> Muqaddimah
> 
> Hampir seluruh rakyat Malaysia terutamanya ahli
> politik, pemerhati dan cerdik pandai secara khusus,
> serta secara umum rakyat Asean dan juga CIA sedang
> menumpukan perhatian kpd pergolakan politik yg sdg
> berlaku dlm parti UMNO sekaligus melihat pergolakan
> dlm pemerintahan negara kerana UMNO adalah parti
> pemerintah waktu ini.
> 
> Lebih drp itu mereka tidak sabar menunggu apa akan
> jadi pada dan selepas hari Perhimpunan Agung UMNO yg
> bermula 4 Nov 1993 ini. Kerana perhimpunan kali ini
> berlaku selepas En Ghafar Baba meletak jawatan sbgi
> TPM, menarik diri drpd Timb Presiden UMNO dan terbaru
> sbgi S/usaha  Agung BN. Apa akan jadi seterusnya?
> Apakah En Ghafar Baba terus dlm UMNO? Apakah Anwar
> Ibrahim akan terus dilantik jadi TPM? Ditgh-tgh tanda
> tanya inilah Perhimpunan Agung UMNO kali ini akan
> berlangsung.
> 
> Pada sebahagian pemerhati bahkan ahli UMNO sendiri,
> pertarungan dan perkelahian politik yg baru berlaku
> dan ada kemungkinan akan terus berlaku dirasakan musuh
> dgn musuh, bukan kawan dgn kawan. Ini tidak berlaku
> secara sporting dan demokratik.
> 
> Ini memang ada benarnya kerana akhbar-akhbar tempatan
> sebelum ini dapat kita lihat b/mana dua puak,
> terutamanya pihak Brother Anwar Ibrahim, meraih
> kemenangan, bukan lagi dgn memberi hujah-hujah ilmiah
> serta semangat demokrasi dlm parti, ttp lebih
> merupakan hentaman, penghinaan, memalukan dan
> sebagainya.
> 
> Dan bagi pihak En Ghafar Baba, oleh kerana suratkhabar
> sudah dikawal oleh Brother Anwar Ibrahim, mereka tidak
> dpt menggunakannya utk menjelaskan kedudukan yg
> sebenarnya. Lalu mereka menggunakan saluran atau cara
> lain utk itu. Yg penting suara mereka dapat didengar.
> Buat mereka yg dpt berpeluang mendengar ceramah Dato’
> Seri Sanusi Junid yg menolak politik wang utk membantu
> En Ghafar, mereka dpt merasakan itu juga bukan
> merupakan penolakan kawan separti. Tapi satu tolakan
> musuh kpd musuh. Ini munasabah; “Kata berjawab, gayung
> bersambut”.
> 
> Ucapan Datuk Seri Sanusi yg baru berlalu tidak
> dirasakan sbgi ucapan ahli UMNO kpd kpd ahli, ttp
> lebih mirip ucapan yg ditujukan pada parti lawan yg
> telah menghina dan menjatuhkan air mukanya selama ini.
> 
> Bagi org yg tajam akalnya dan sgt peka dgn isu-isu
> semasa serta mengambil berat ttg kesan di sebalik
> kejadian, dia memandang apa yg berlaku dlm UMNO kini
> bukan lagi pertandingan ttp permusuhan yg memang utk
> saling jatuh menjatuhkan satu sama lain.Walaupun
> ketika ini keadaan seolah-olah mereda ttp sebenarnya
> ia umpama bisul yg sdg membengkak mcm api dlm sekam.
> Dendam masih membara. UMNO akan terus bergolak bukan
> sekadar menjelangnya perhimpunan ttp akan berekoran
> dan bertali selepas perhimpunan.
> 
> Dan kesannya bukan shj pada UMNO ttp juga terasa pada
> wajah politik di Malaysia serta corak kepimpinan dlm
> negara yg akan berubah dan bertukar corak. Namun, bagi
> pejuang-pejuang Islam yg tulen, mereka memandang lebih
> jauh drp itu, iaitu mereka melihat peristiwa ini akan
> merentang satu highway kpd kepimpinan Islam yg akan
> mengambil alih pentadbiran Malaysia.
> 
> Kalaupun highway itu kelihatan begitu kusut mulanya,
> tapi rasanya akan ada pemimpin sejati tertonjol di jln
> yg kusut itu dgn penuh aman damai dan harmoni. Ia akan
> berlaku dgn satu kaedah yg belum dapat dijelaskan di
> sini, ttp yg pasti tidak mengikut jln demokrasi
> apalagi revolusi.
> 
> Di sinilah nanti bila terjadi, akan menggemparkan
> semua pihak. Terutamanya yg merasa berada di pihak yg
> menang. Kerana mereka tentu berhajat dgn kemenangan
> itu mereka akan dpt mencapai jawatan PM. Rupa-rupanya
> kemenangan yg diharap menjadi jln kpd kerusi PM,
> menjadi sekatan pula yg sama sekali tidak di duga.
> Kerana ia berlaku secara khawariqul ‘adah (luar
> biasa). Ia benar-benar berlaku, utk menunjukkan
> kekuasaan Allah menghukum segolongan manusia yg begitu
> yakin dgn usaha dan kuasanya.
> 
> Diwaktu itu, mereka yg menang akan jatuh dlm keadaan
> paling terhina dan menyeksakan selepas kemenangannya.
> Dan gol. yg kalah sementara waktu, yg dihina-hina
> hingga malu, Allah mengangkat sedikit demi sedikit
> kemuliaan mereka. Tetapi yg akan lebih dapat
> keuntungan ialah org yg tiada hubungan langsung dgn
> pertarungan itu. Gol. ini akan dpt kedudukan istimewa,
> dan waktu itu rakyat yg sudahpun kecewa dgn politik
> dan kecewa dgn pentadbiran, akan menyambutnya penuh
> gembira dan mengucapkan ahlan waa sahlan kpd mereka.
> 
> Maka itu akan terjadilah seperti mana yg disabdakan
> oleh Rasulullah saw bhw kebenaran akhir zaman bermula
> di Timur, selepas itu merebak keseluruh dunia.
>

____________________________________________________________________
Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at 
http://webmail.netscape.com.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: ibnu muhajir <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke