*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>From [EMAIL PROTECTED]  Sun Jan 30 19:14:30 2000
Received: from hizbi.net (hizbi.net [192.41.53.149]) by stormquest.net (8.8.5) id 
TAA29409; Sun, 30 Jan 2000 19:14:30 -0700 (MST)
Received: from localhost (hizbi@localhost) by hizbi.net (8.8.5) id TAA07121; Sun, 30 
Jan 2000 19:11:15 -0700 (MST)
Received: by hizbi.net (bulk_mailer v1.9); Sun, 30 Jan 2000 19:05:05 -0700
Received: (hizbi@localhost) by hizbi.net (8.8.5) id TAA04222; Sun, 30 Jan 2000 
19:04:49 -0700 (MST)
Received: from MailAndNews.com (MailAndNews.com [199.29.68.160]) by hizbi.net (8.8.5) 
id TAA04165; Sun, 30 Jan 2000 19:03:16 -0700 (MST)
X-WM-Posted-At: MailAndNews.com; Sun, 30 Jan 00 21:03:11 -0500
X-WebMail-UserID:  a_kasbi
Date: Sun, 30 Jan 2000 21:03:11 -0500
From: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED]
X-EXP32-SerialNo: 00000000
Subject: H-Net* Ulasan Semasa
Message-ID: <[EMAIL PROTECTED]>
Mime-Version: 1.0
Content-Type: text/plain; charset="ISO-8859-1"
Content-Transfer-Encoding: 7bit
X-Mailer: InterChange (Hydra) SMTP v3.61
Sender: [EMAIL PROTECTED]
X-UIDL: dcd6a93fac35dacc76cbca095d1e80e6
X-SmartPOP-To: postmaster@


 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Seminggu dua ini, walau pun Mahathir tak ada dalam negara, tapi sangka tak 
sangka, banyak juga rupanya isu panas berkaitan UMNO dan kerajaan yang 
diperkatakan orang. Makna kata, walau pun Mahathir sudah tidak wujud nanti, 
atau dengan kata lain walau pun Mahathir sudah mati sekali pun nanti, bau 
busuk kepala taik berserta percikan angin hanyir dari rembong jubur Barisan 
Taik ini akan terus-terusan  mencemar keharmonian dan ketenteraman hidup 
rakyat jelata.

Di awal minggu, kita digemparkan dengan cerita Mahathir jatuh kuda di 
Argentina. Secara peribadi, saya tak ambil pusing sangat cerita itu; dan kita 
yakin ramai juga rakyat jelata yang tak ambil pusing cerita tersebut; cumanya 
ada kumpulan-kumpulan tertentu yang jadi gabrah apabila cerita yang 
direka-reka itu tiba-tiba memberi kesan kepada periuk nasi kumpulan mereka. 
Bagi kumpulan ini, walau pun depa tak cakap terus terang, tapi kalau kita 
tanya betul-betul pasal apa mereka ambik serius sangat  isu Mahathir jatuh 
kuda ini, nanti depa jawab:

"Kalau itu Mahathir nak jatuh kuda ka, nak pengsan ka, nak mampus ka, apa-apa 
ka; itu dia punya pasal lah;  tapi, kalau sudah sampai kacau wa punya share 
market,  wa kenalah concern!"

BAGI PUAK-PUAK INI, ANWAR KENA PENJARA KA, KENA BEBAS KA, MAHATHIR HIDUP KA, 
MAHATHIR MAMPUS KA, ITU TAK PENTING. YANG PENTINGNYA DEPA PUNYA RM  SELAMAT!!

[Semangat patriotik kepala hotak depa!!]

Sebetulnya, saya memang dah agak dah cerita Mahathir jatuh kuda ini cerita 
palsu, sebab itu bila ada orang tanya saya hari itu, selamba saja saya buat 
lawak kata:

"Aha, memang betul pun Mahathir jatuh kuda, tapi bukan kuda Argentina; dia 
jatuh dari belakang seekor kuda tua, kuda betina dari Malaysia bernama Dr Siti 
Hasmah; hari itu pun dia dah jatuh dah, tapi dia tak jadi apa aih, cuma Siti 
Hasmah saja patah tangan. Lepas itu, nak tutup malu, Siti Hasmah kata dia 
patah tangan sebab main badminton!!"

OKAY KA?

Saya pada mulanya tak berapa nak ikut sangat cerita Mahathir pergi bercuti 
ini; tapi hati saya jadi tersentak apabila membaca berita-berita dari agendi 
berita asing dalam internet, yang antara lain menyatakan bahawa kegagalan 
Mahathir menghadirkan diri ke Persidangan Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland 
itu menunjukkan bahawa Malaysia khususnya Mahathir semakin tersisih daripada 
masyarakat antarabangsa. Apabila ditanya orang, adakah beliau enggan hadir 
kerana George Soros hadir sama, PM jawab, bukan sebab Soros tapi sebab beliau 
nak balik awal ke Malaysia. [The SUN 28 Jan 2K].

Sebenarnya pasal Mahathir nak pergi mana itu, kita tak kisah sangat; cumanya 
kalau segala gerak geri dan tingkah laku beliau itu memungkinkan negara kita 
makin tersisih daripada masyarakat dunia, nak tak nak, kita kenalah ambik 
berat.

Untuk yang tidak tahu, kita nak habag kata, pelaburan asing di Malaysia makin 
tahun makin berkurangan. Buktinya, DS Rafidah Aziz dalam kenyataannya di 
Persidangan Akhbar MIDA (25/1/00) menyatakan bahawa permohonan daripada 
pelabur asing untuk melabur di negara ini telah merosot sebanyak 28.4% dalam 
tahun 1999.

HA, ITU JUMLAH PERMOHONAN YANG MAKIN BERKURANGAN, TAK CAMPUR LAGI JUMLAH 
KILANG YANG DAH DITUTUP DAN AKAN DITUTUP!!

Cakap pasal syraikat-syarikat multinational yang sudah ditutup ini; 
siapa-siapa yang ada adik-adik atau anak-anak serta saudara mara yang sedang 
menuntut di mana-mana institusi pengajian, tak kira peringkat sijil, diploma 
atau ijazah, ini saya nak bagi hangpa risau sikit. Cuba tengok fakta di bawah, 
kalau hangpa tak kisah lagi, tak tahulah. Lainlah, kalau hangpa boleh tolong 
bagi kerja kat adik-adik kita yang akan grad nanti. Fakta ini cuma melibatkan 
sektor industri di sebelah utara, cuma sebagai contoh fakta,  yang dirasakan 
relevant juga untuk kawasan industri yang lain di seluruh negara.

Tahun lepas, semasa ekonomi meleset, banyak kilang-kilang multinational sudah 
ditutup operasinya di sebelah utara, sama ada sebab faktor business atau sebab 
berpindah ke negara lain. Antaranya ialah Thompson Audio, Syquest, Read Rite 
dan kilang-kilang sokongan seperti Popular Profile dan beberapa buah kilang 
SMI yang lain. Penutupan kilang-kilang ini berserta beberapa buah kilang lain 
menyebabkan berpuluh-puluh ribu orang kehilangan kerja.

Dua tiga minggu lepas pula, di kala pak-pak menteri kita ghairah memwar-warkan 
bahawa ekonomi negara sudah pulih sepenuhnya, kilang Applied Magnetic di Bayan 
Lepas telah ditutup meyebabkan lebih 5000 orang kehilangan kerja. Belum reda 
dengan kilang Applied Magnetic, keluar pula berita bahawa kilang Lite-On, juga 
di Bayan Lepas, akan ditutup kerana memindahkan operasinya ke Dong Quan, Guang 
Dong, China, menyebabkan lebih 600 orang akan kehilangan kerja [The STAR 26 
Jan 2K]. Begitu juga dengan khabar-khabar angin yang mengatakan bahawa 
sebahagian operasi Seagate akan ditutup kerana berpindah operasi ke luar 
negara.

Saya tidak punyai banyak fakta mengenai kilang-kilang yang ditutup sebab 
berpindah operasi ke negara lain. Antara yang saya pasti, berdasarkan maklumat 
rakan2 yang pernah bekerja di situ ialah kilang Read Rite yang walau pun 
ditutup di Malaysia, tapi masih beroperasi sepenuhnya di Thailand dan 
Filipina. Begitu juga dengan Lite-On yang terang-terang menyatakan bahawa 
kilangnya ditutup untuk memindahkan operasi ke China. Persoalannya, kenapa 
mereka berpindah, apakah kerana Malaysia sudah tidak kompetitif lagi, atau pun 
kerana mereka merasakan Malaysia sudah tidak sesuai kerana semakin tersisih 
daripada masyarakat antara bangsa?

KITA TAK KISAHLAH APA ALASAN MEREKA, TAPI YANG PASTINYA YANG DITUTUP TIDAK 
BERGANTI; SEMENTARA PELABURAN ASING YANG BARU PULA SUDAH BERKURANGAN!!

[Apa nak jadi dengan adik-adik kita di IPT sekarang? Cukupkah jawatan kosong 
di sektor awam untuk memuatkan mereka??]

Kepada orang-orang UMNO yang membaca tulisan saya ini, silalah fikir secara 
mendalam apa yang ingin saya sampaikan. Suka atau tidak, masa Mahathir sudah 
berlalu, beliau patut direhatkan jika sekiranya kita ingin melihat Malaysia 
kembali semula ke pangkuan masyarakat antarabangsa, agar dengan itu pelabur 
asing yang ada akan terus kekal di sini, dan yang baru pula akan terus 
mencurah-curah datang; kalau pun bukan untuk kita tapi sekurang-kurangnya 
untuk adik-adik kita yang masih di bilik kuliah itu.

Dua tiga minggu ini juga, akhbar-akhbar tempatan heboh memperkatakan mengenai 
pemilihan Naib Presiden UMNO. Ya lah, sudah tak boleh bertanding jawatan 
Presiden dan Timbalan, maka berebut-rebutlah mereka nak bertanding jawatan 
Naib Presiden. Saya kadang-kadang nak tergelak tengok kerenah calon2 Naib 
Presiden ini; sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapat publisiti murahan. 
Contohnya, dalam rancangan Melodi hari ahad lepas 23/1/2000 saya melihat muka 
Hamid Othman muncul dalam rancangan Melodi ditemuramah satu isu berkaitan 
indutri muzik.

LA - TAK KAN HAMID OTHMAN NAK GANTI TEMPAT OGY AHMAD DAUD PULAK KOT!!

[Makin dekat dengan pilihanraya UMNO ini, makin sakanlah depa berkempen, 
tengoklah nanti apa lagi benda pelik depa nak buat!]

Kalau Hamid Othman mencari publisit melalui MEEELO-DI, si Reer-Is Yeer-Tim 
pula (betul ka saya eja nama Rais Yatim ikut sebutan BM Standard ini?) cuba 
mencari publisiti melalui isu bahasa baku.

Cakap pasal bahasa baku ini, saya betul-betul tak kisah lah depa nak pakai 
baku ke tidak, sebab ilmu saya yang cetek ini kata, cakap bahasa baku ka bakul 
ka, batu ka batul ka apa-apa ka belum tentu masuk syurga, yang menjamin 
seseorang itu masuk syurga ialah ketakwaannya kepada Allah SWT.

Kot mana pun, kerana orang ramai pakat bercakap isu bahasa baku, saya pun 
teringinlah juga nak mencelah sama. Mula-mula itu nak habag kata, yang 
mula-mula mempopularkan sebutan bahasa baku bukanlah DS Anwar Ibrahim, tapi 
sebaliknya ialah YAM Almarhum Tunku Abdul Rahman, PM kita yang pertama. 
Buktinya, hari itu apabila ditanya pemberita sebaik-baik sahaja beliau turun 
daripada kapalterbang sekembalinya daripada menghadiri Persidangan Negara2 
Islam (OIC), apabila ditanya khabar, Tunku dengan penuh bersemangat, dengan 
loghat utaranya yang pekat berkata:

"SAYAA  SIHAT, KUDAA SAYAA MACAM MANAA?"

[Ha, itulah permulaan penggunaan bahasa baku secara rasmi...]

Berbalik pasal Rais Yatim, beliau berkata, bahasa BAKU telah dimansuhkan, dan  
semua siaran Radio dan TV (walau pun beliau bukan menteri penerangan)  
mestilah menggunakan bahasa Malaysia yang betul, yang disebut sebagai Bahasa 
Standard atau pun boleh kita ringkaskan sebagai BAS-STAND (bahasa standard!!).

MASALAHNYA SAMPAI HARI INI KITA SENDIRI TAK PASTI MACAM MANA SEBENARNYA EJAAN 
DAN SISTEM SEBUTAN BAHASA BAS-STAND INI??

Cakap pasal bahasa BAKU ini juga, orang kata bahasa Melayu asli ialah bahasa 
Melayu Riau; hmm - tang ini saya tak mau komen apa-apa, cumanya saya nak buat 
lawak kata, Tunku Rahman sendiri dah pernah ajak kita merujuk kpd Riau dahulu, 
contohnya: dalam satu majlis menyambut kemerdekaan, Tunku sambil mengangkat 
tangan ke langit, beliau berkata:

"MARI KITA KE-RIAU, 'MERDEKA', 'MERDEKA', 'MERDEKA'!!"

*[Bahasa Utara: keriau = jerit/bertempik]

 
Apa-apa pun, antara bahasa BAKU dengan bahasa ROJAK yang digunakan oleh 
pak-pak menteri dalam temuramah di TV, kita merasakan adalah lebih baik 
menggunakan bahasa BAKU. Lagi pun, lebih sedap didengar berbanding dengan 
bahasa Melayu yang bercampuraduk dengan bahasa Inggeris yang sering kita 
tengok di kaca TV. Contohnya, semalam 30/1/2000, saya melihat pengacara 
rancangan NTV7@KIDS, Sarimah Ibrahim bukan main petah beliau bertutur dengan 
bahasa Melayu bercampur aduk dengan perkataan Inggeris,  yang menyebabkan 
timbul rasa bengkak dan bara di hati,  kerana di waktu yang sama masyarakat 
Melayu tengah bergaduh mengenai isu bahasa BAKU vs bahasa Standard.  Fikir 
punya fikir, oleh kerana bahasa Melayu bercampur dengan Bahasa Inggeris ini 
tidak termasuk dalam kategori BAKU atau pun kategori Standard, maka apa kata 
kita wujudkan satu lagi kategori untuk bahasa tersebut.

Kata cendiakawan, apabila seseorang itu bertutur dua bahasa, maka ia dinamakan 
sebagai Bilingual atau pun dwibahasa. Jadi, pak-pak menteri atau pun pengacara 
TV yang bercakap bahasa Melayu bercampur aduk dengan bahasa Inggeris ini 
bolehlah dikatakan mereka bertutur menggunakan Bahasa Bilingual atau pun 
ringkas nya ialah bahasa BABI!!

Justeru itu, kerana telinga ini cukup sakit apabila melihat pak-pak menteri 
bertutur menggunakan bahasa BABI, maka adalah dicadangkan supaya selain 
daripada Bahasa BAKU, penggunaan Bahasa BABI juga hendaklah dihapuskan dengan 
segera, berkuat kuasa serta merta!!!

Ada sokongan?

Wassalam,
Ahmad Baharudin Kasbi

------------------------------------------------------------
 Get your FREE web-based e-mail and newsgroup access at:
                http://MailAndNews.com

 Create a new mailbox, or access your existing IMAP4 or
 POP3 mailbox from anywhere with just a web browser.
------------------------------------------------------------


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Reply via email to