Webmaster Harakah <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

EDISI JUMAAT
28 Syawal 1420
4 Februari 2000
-------------------------------------------


Melaka sekat ceramah PAS
(Oleh Othman Abdullah)


MELAKA: Polis negeri ini tidak lagi membenarkan ceramah PAS dibuat
secara terbuka kepada orang ramai kecuali membabitkan tiga tokoh parti
di peringkat Pusat, kata Setiausaha Badan Perhubungan PAS Melaka, Haji
Izutdin Hassan.

Katanya, keputusan itu dibuat berikutan pertemuan beberapa orang
pimpinan PAS negeri dengan Ketua Polis Negeri Melaka, baru-baru ini.

Dalam pertemuan itu, PAS diwakili oleh Haji Izutdin sendiri; Timbalan
Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Minghat Mamut; Setiausaha kerja negeri,
Haji Hassan Mat Dahan; AJK PAS negeri, Haji Mat Diah Abdul dan Cikgu
Abd Samat Mamat.

Mereka berbincang dengan Ketua Polis Negeri, Dato' Haji Malik Abd Hamid
berkaitan penolakan beberapa pe! rmohonan mengadakan ceramah di negeri
ini.

Dalam pertemuan yang diadakan di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Melaka
itu, polis negeri melalui ketuanya tidak akan lagi mengeluarkan
sebarang permit ceramah kecuali kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru
Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor dan
Timbalan Presidennya, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Haji Izutdin yang turut sama dalam pertemuan tersebut, menyatakan pihak
polis mengarahkan, selain tiga orang pimpinan PAS itu, ceramah lain
hendaklah dibuat di tempat tertutup seperti di markas PAS, hotel, dewan
dan sebagainya.

Polis negeri juga tidak memberi jangka masa peraturan tersebut perlu
dipatuhi.

Sebelum ini, PAS negeri tidak menghadapi banyak masalah berkaitan
permohonan permit ceramah di tiga daerah membabitkan Polis Alor Gajah,
Jasin dan Melaka Tengah.

"Hanya sejak akhir-akhir ini (selepas pilihan raya umum lalu), berlaku
penolakan pe! rmohonan mengadakan ceramah oleh polis negeri ini.

"Sebanyak enam permohonan permit untuk mengadakan ceramah di negeri ini
telah ditolak oleh polis," katanya.

Semasa ditanya mengapa polis tidak dibenarkan ceramah secara terbuka,
Ketua Polis Melaka menasihatkan PAS supaya bersabar berhubung perkara
tersebut.

Haji Izutdin berkata PAS negeri kesal atas sekatan baru ini sedangkan
program ceramah di negeri lain berjalan seperti biasa.

PAS negeri juga berharap polis membuat penyeragaman agar wibawanya
tidak dipertikai.

"Kita (PAS) berharap agar unsur politik tidak mempengaruhi bidang kuasa
polis, kerana bagi kita tiada cara lain untuk menyampaikan maklumat
selain ceramah dan Harakah.

"Pihak PAS negeri juga akan membawa perkara tersebut untuk dibincangkan
di peringkat PAS Pusat," katanya.






COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM

Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke