Webmaster Harakah <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

EDISI JUMAAT
28 Syawal 1420
4 Februari 2000
-------------------------------------------


Bukan Islam akan terbela


KUALA TERENGGANU: Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Dr Syed Azman Syed
Ahmad memberi jaminan orang bukan Islam di Terengganu akan mendapat
pembelaan yang sewajarnya di bawah kerajaan PAS Terengganu. Ini
termasuklah membangunkan negeri ini sebaik mungkin antaranya memastikan
pembangunan di Kampung Cina yang tidak berubah sejak lebih 10 tahun
lalu.

"Kita (kerajaan) akan memberi pembelaan serta keadilan terhadap semua
kaum dalam negeri ini," kata beliau di Majlis Dialog Pemimpin Bersama
Rakyat di sebuah Dewan Kampung Cina, Kuala Terengganu.

Masyarakat bukan Islam di negara ini, katanya, telah diberikan gambaran
yang menakutkan oleh kerajaan BN jika Barisan Alternatif (BA)
memerintah.

Namun begitu, kata beli! au, masyarakat bukan Islam terutama kaum Cina
dan India di Terengganu tidak perlu takut serta bimbang berada di bawah
kerajaan baru PAS.

Menurut kajiannya, dalam pilihan raya umum ke-10 lalu masyarakat
'Tionghua' tidak banyak memberi sokongan kepada BA di seluruh negara.

"Ini bukan salah tuan-tuan (orang cina) tetapi propaganda kerajaan BN
yang keterlaluan," ujarnya di hadapan lebih 100 masyarakat bukan Islam
di majlis tersebut. Turut hadir Adun Bandar, Encik Azmi Lop Yusuf dan
Setiausaha DAP Terengganu, Mr Ng Chai Hing. Dialog terbuka dengan
masyarakat bukan Islam di bandar Kuala Terengganu juga diadakan di
majlis itu.




COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM

Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Reply via email to