*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Melaka dah tak ada apa-apa lagi yang tinggal. Hang
Tuah dah lama pergi. Semangat kepahlawanannya telah
lama terkubur.  Yang tinggal hanyalah periginya di
Duyong. Itu pun terlepas kat Gan Boon Leong yang
menang dengan undi pos sebanyak 47 undi. 

Semangat perjuangan membela kawan oleh  Hang Jebat pun
dah lama dikuburkan. Yang ada dalam catatan sejarah
hanyalah sifat  menderhaka kepada Raja . Yang tinggal
hanyalah bas ekspress yang diberi nama JEBAT EKSPRESS.


Rajanya pun dah lama lari ke kepulaan Indonesia. Tak
siapa pun di kalangan keturunannya yang berani nak
menuntut takhta. Kalau kembali pun ke Melaka, mereka
sudah tidak boleh bertutur bahasa Melayu Johor-Riau.
Mungkin ditangkap dan dianggap sebagai pendatang haram
dari Indonesia.

Itu belum masuk soal bukit yang kini diserahkan kepada
orang Cina (Bkt China), tanjung yang diberi kepada
orang India (Tg. Keling), pokok yang hanya tinggal
batang (Batang Melaka), dan berbagai lagi nasib malang
yang menimpa Melaka.

Melaka....oh...melaka...... bila lagi kau nak sedau?
 ( sedar dalam loghat Melaka ialah sedau)

Wassalam

KU MID


--- spy leman  wrote:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamu'alaikum,
> 
> Kalau benarlah berita dibawah ini maka teramatlah
> malang
> keadaannya pasukan polis ni. Mereka sepatutnya adil
> kepada
> semua rakyat. Orang PAS/BA pun rakyat malaysia yang
> bayar 
> cukai.  Malaya ni bukan hak bapak orang UMNO/BN
> saja.  
> Sudahlah Harakah di sekat2 sedemikian rupa, hak
> bersuara pun
> hendak disekat juga. Mabuk ke orang yang buat
> keputusan
> menghalang rakyat dari mendapat maklumat ni?
> 
> Polis patutnya tumpukan kepada hal2 yang lebih
> serius
> sekarang seperti jenayah, kemalangan jalanraya, dan
> masaalah
> sosial yang semakin tak terbendung. Pecah rumah
> merata2. 
> Semakin ops statik semakin banyak yang mati. Salah
> guna
> dadah semakin parah. Ertinya formula yang dicari
> belum lagi
> dijumpai. Apa nak sibuk dengan ceramah politik yang
> banyak
> memberi keinsafan pada semua.  Pemuda-pemudi yang
> pergi
> ceramah Pas sekurang2 dapat juga dengar sepatah dua
> hadith
> dan ayat Al-Quran. Bukankah gejala sosial muda-mudi
> semakin
> menjadi2? Sambil tu dapat juga peniaga2 kecil melayu
> cari
> rezeki. Sepatutnya Polis pun suruh keluarga mereka
> berniaga
> sama diceramah2 BA. Juallah apa patut - cenderahati
> ke,
> kaset ke, sup tulang ke....  Nak harapkan Umno buat
> majlis
> untuk rakyat berkumpul, poooodah... Perayaan Mabuk
> menyambut
> tahun 2000 tu kerja puak2 Umno/BN lah tu - freedom
> konon, 
> piiirah.  
> 
> Oleh itu, orang2 Polis, fikir betul2. Jangan hanya
> ikut 
> telunjuk pemimpin Umno yang sedang berebut kuasa
> sekarang. 
> Mereka semakin senang lenang dengan kuasa. Polis2
> semua
> nak beli motor pun berhutang sana sini.
> 
> Sekian adanya.
> 
> Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
> 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Engku Hamid <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke