Webmaster Harakah <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

EDISI ISNIN
1 Zulkaedah 1420
7 Februari 2000
-------------------------------------------


PAS bantah kampung ala Hollywood


KUALA LUMPUR:PAS membantah keras sikap kerajaan negeri Selangor
membenarkan pembangunan sebuah pusat perkampungan hiburan di Sepang
oleh sebuah syarikat swasta sebagaimana kenyataan Setiausaha Kerajaan
Negeri, Dato' Ambrin Buang yang dilaporkan akhbar Selasa lalu.

Presiden PAS, Dato' Haji Fadzil Mohd Noor berkata, usaha ini dilihat
senada dengan hasrat yang pernah disuarakan oleh Perdana Menteri Dato'
Seri Dr Mahathir Mohamad mengenai 'perkampungan hiburan' sebahagian
daripada projek dalam Koridoraya Multimedia (MSC) tempoh hari.


Kampung hiburan langkah ke belakang

PAS menganggap pewujudan pusat seumpama 'Hollywood' di dalam negara ini
sebagai langkah ke belakang dalam usaha untuk membina nilai-! nilai murni
dalam masyarakat.

Malah, katanya, perkampungan hiburan akan hanya mencambahkan peluang
melakukan maksiat, seterusnya menggagalkan usaha Malaysia bergerak
menuju ke arah pelaksanaan nilai Islam.

"Budaya hedonisme yang menjangkiti masyarakat Malaysia selama ini pun
telah banyak merosakkan remaja kita dan langkah terbaru ini akan hanya
memburukkan lagi keadaan.

"Kita hairan dengan sikap tidak konsisten kerajaan Selangor pimpinan
Tan Sri Abu Hassan Omar dalam membuat sesuatu keputusan.

"Adakah hasrat menubuhkan perkampungan hiburan ini timbul dari
keperluan rakyat, atau mungkinkah ia desakan pihak tertentu yang ingin
menghancurkan keharmonian kekeluargaan dan sosial yang wujud di negara
ini, serta mengaut keuntungan dari kehancuran tersebut?" katanya.

Katanya, jika kemungkinan kedua itulah sebab musababnya, PAS menganggap
ini cubaan penjajah kuasa asing ke atas negara yang boleh dilihat
sedang berlaku ! di bawah pemerintahan BN yang mendakwa kononnya
menentang kuasa asing.

Sehubungan itu, katanya, PAS meminta rakyat menyedari akan kesan buruk
yang bakal timbul dan PAS akan menentang usaha berbahaya ini
sebagaimana tindakan membantah cadangan mewujudkan 'Jerai Theme Park'
di Kedah suatu masa dulu.

"Kerajaan Negeri Selangor seharusnya meningkatkan usaha bagi memajukan
pendidikan Islam melalui pembinaan lebih banyak sekolah dan institusi
pendidikan yang menerapkan sistem yang lebih bersepadu antara mata
pelajaran akademik dan agama serta melaksanakan program kekeluargaan
dan keremajaan yang lebih cenderung membina akhlak dan moral generasi
muda.

"Justeru itu, PAS risau melihat keghairahan kerajaan memajukan MSC ini
dalam bentuk yang menekankan kepada aspek industri pembinaan sedang
sasaran awal MSC untuk melonjakkan Malaysia ke paras negara maju
melalui perkembangan ilmu dan mempergiatkan industri berasaskan ilmu
serta! maklumat tidak diberi penekanan.

"Ini sekaligus mengesahkan dakwaan sesetengah golongan yang menjangka
pembangunan MSC ini adalah untuk menguntungkan segolongan usahawan yang
berkepentingan," katanya.




COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM

Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke