*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam;
Petikan Daripada Berita Harian Singapura,, Tokoh Politik dari Parti Mana kah 
ini,,,,, hehehe



Tokoh politik diminta dedah bilangan isteri

KUALA LUMPUR -- Untuk mengelakkan sebarang bentuk politik kotor dan gosip 
liar, ahli-ahli politik di sebuah daerah di Malaysia telah diminta 
mendedahkan bilangan isteri masing-masing, satu laporan dipetik sebagai 
berkata, semalam.

Meskipun hubungan di luar nikah merupakan satu perbuatan terlarang, banyak 
pulau peranginan dan tempat-tempat tumpuan hujung minggu di Malaysia 
dipercayai menjadi destinasi bagi pihak-pihak tertentu melakukan hubungan 
sulit.

Di Pulau Langkawi, Kedah, misalnya kini tersebar berita angin kononnya 
sesetengah tokoh politik dilihat bersama wanita-wanita yang tidak dikenali, 
demikian menurut Encik Aziz Desa, Presiden Pasukan Belia Wawasan Langkawi, 
sebuah kumpulan bukan kerajaan.

Encik Aziz ditukil oleh akhbar The New Straits Times sebagai berkata bahawa 
tokoh-tokoh politik harus bersikap jujur dan mengisytiharkan bilangan isteri 
masing-masing untuk mengelakkan daripada sebarang syak-wasangka dan menjadi 
bahan gosip liar serta cerita bohong.

Meskipun amalan beristeri lebih daripada satu dapat diterima di Malaysia dan 
kehidupan peribadi tokoh politik tidak disiarkan dalam media setempat, ia 
kini menjadi semacam topik hangat dalam perbualan kosong di kedai dan warung 
kopi serta menjadi gosip di majlis-majlis keramaian. -- AP.

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "michel mick" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to