EDISI ISNIN
1 Zulkaedah 1420
7 Februari 2000
-------------------------------------------


Tidak salah cakap politik di masjid


KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik
Mat menolak sama sekali dakwaan yang mengatakan fungsi masjid hanya
berkaitan dengan ibadat semata-mata.

Katanya, masjid di zaman Nabi Muhammad s.a.w adalah berfungsi dalam
pelbagai bidang termasuk melantik panglima perang dan tempat
menandatangani perjanjian.

"Masjid ketika itu dijadikan tempat serbaguna termasuk tempat mengajar,
berceramah, hendak jumpa orang, menandatangani sebarang perjanjian dan
akad nikah," katanya pada satu ceramah di sini, baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau menolak dakwaan banyak pihak kononnya tidak
membenarkan perkara-perkara yang berkaitan politik dibincangkan di
dalam masjid.

Baru-baru! ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato' Dr
Abdul Hamid Othman dipetik sebagai berkata, kerajaan Pusat akan
memanggil mesyuarat khas dengan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri
bagi membincangkan pentadbiran hal ehwal agama Islam termasuk
menyalahguna masjid sebagai tempat 'politik maki hamun'.

Menurutnya, kerajaan Pusat selama ini tidak mempunyai kuasa mengambil
tindakan terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan masjid kerana
pentadbiran masjid adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, ketika Nabi Muhammad s.a.w mula-mula
berhijrah ke Madinah pertama sekali baginda meminta orang Islam membina
masjid.

"Masjid adalah tempat sembahyang, tempat orang berhenti, sekolah tempat
belajar, tempat menjamu orang miskin, tempat berunding dan tandatangani
perjanjian. Masjid ketika zaman nabi adalah bangunan serba guna.

"Malah orang kafir yang tidak masuk Islam lagi bila dia d! engar ada tok
guru yang baru timbul membawa Islam mereka datang mencari Nabi Muhammad
s.a.w di masjid sehingga makan dan tidur di situ," katanya.

Sehubungan itu, beliau hairan mengapa masih ada orang mengatakan tidak
boleh bercakap politik dalam masjid.

Menurutnya, tidak pernah berlaku di zaman Nabi Muhammad s.a.w ceramah
agama dan politik perkara yang berlainan.






COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM

Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke