Bismillahirahmanirahim

Oleh: Hamba Yg Dhoif
 

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Bermula segala puji itu sabit Allah iaitu tuhan sekelian alam.
Selawat dan Salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W iaitu penutup
segala nabi-nabi dan rasul-rasul. Dan untuk keluarganya dan sahabat-sahabat
sekeliannya.

Maka kemudian daripada itu;

Syukur alhamdulillah kita ucapkan kepada Yang Maha Esa, kerana Ia masih
memberi nikmat Iman yang tidak terhitung. Semoga nikmat iman ini akan abadi
buat selama-lamanya amin.

Abu Hurairah r.a berkata; pada suatu hari ketika Nabi S.A.W duduk bersama
sahabat, tiba-tiba seorang bertanya Apakah Iman ? Jawab Rasullah S.A.W Iman
ialah percaya kepada Allah, dan malaikat-malaikatnya dan akan Nabinya
utusan-utasannya dan percaya kepada hari kebangkitan daripada kubur.

Lalu ditanya; Apakah Islam? Jawab Rasullah; Islam ialah menyembah Allah dan
tidak menyekutuinya dengan sebarang apa pun, dan mendirikan solat.

Lalu bertanya Apakah Ihsan? Jawab Nabi S.A.W; Ihsan ialah menyembah pada
Allah seakan-akan anda melihatnya, maka jika tidak dapat melihatnya ,
ketahuilah bahawa Allah melihatmu.

Lalu bertanya; Bilakah hari kiamat? Jawab Nabi S.A.W; Orang yang disoal
tidak mengatahui daripada orang bertanya tetapi saya memberitakan padamu
beberapa tanda-tanda akan tibanya hari kiamat iaitu apabila sahaya ( hamba )
telah melahirkan majikannya, dan jika pengembala unta dan ternak lainya
telah berlumba membangun gedung-gedung, termasuk dalam lima macam yang tidak
dapat mengatahuinya kecuali Allah, yang tersebut di dalam ayatnya:

“Sesungguhnya hanya Allah yang mengatahui, bilakah hari kiamat, dan Dia
pula yang menurunkan hujan, dan mengatahui apa yang di dalam rahim ibu, dan
tiada seorang pun yang mengatahui apa yang akan terjadi esok harinya, dan
tidak seorang pun yang mengatahui di manakah ia akan mati. Sesungguhnya
Allah Maha mengatahui sedalam-dalamnya.”

Kembalilah orang itu . Lalu Nabi S.A.W menyuruh sahabat-sahabat memanggil
orang itu, tetapi sahabat tidak dapat mengesan orang itu. Maka Nabi S.A.W
bersabda; Itu malaikat Jibril datang untuk mengajar agama kepada manusia. (
Bukhari, Muslim ).

Umat Islam Malaysia sekarang masih dahagakan nikmat dan petunjuk Iman yang
sebenarnya untuk hidup sebagai hamba Allah yang diredainya.

Seandainya nikmat iman iaitu percaya kepada Allah tiada lagi ujud kepada
seseorang insan itu maka ia membawa ke arah murtad.

Perkataan MURTAD tidak asing lagi, dilaung-laungkan pelbagai jenis manusia
samada individu ataupun masyarakat. Masing-masing memperkatakan tentang
masalah murtad.

Murtad ialah sesuatu perbuatan yang dilakukan atau perkataan yang disebutkan
oleh seseorang Islam yang Mukalaf di mana perbuatan atau perkataan itu
menyebabkan seseorang itu akan terkeluar daripada Agama Islam.

Seseorang yang Islam itu akan jatuh murtad disebabkan beberapa perkara
iaitu;

(1) Disebabkan iktikad ( kepercayaan )
(2) Disebabkan perbuatan yang sengaja.
(3) Disebabkan perkataan yang sengaja.

Seseorang yang Islam itu boleh jatuh ke gaung murtad disebabkan iktikad (
kepercayaan ) yang bertentangan dengan aqidah Islam iaitu;

(1) Tidak mengakui atau syak bahawa Allah S.W.T itu adalah tuhan sekelian
alam dan Nabi Muhammad itu pesuruhnya.
(2) Mengikari salah seorang daripada Rasul-rasul yang terdahulu daripada
Nabi Muhammad S.A.W.
(3) Tidak mengaku bahawa Al-Quran itu diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W
perantaraan Malaikat Jibril a.s.
(4) Tidak mengakui dan meragui hukum-hukum yang disebutkan di dalam AL-Quran
dan Hadith Nabi Muhammad S.A.W.
(5) Tidak mengaku bahawa segala-segala tugas yang diberikan kepada
malaikat-malaikat dan segala urusannya yang telah diserahkan oleh Allah
S.W.T.
(6) Meragui salah satu Rukan Iman yang enam.
(7) Tidak mengakui atau ragu-ragu menerima ijma sahabat-sahabt Nabi Muhammad
S.A.W di dalam perkara-perkara agama.
(8) Menghalalkan perkara yang telah diharamkan oleh Allah S.W.T dan
mengharamkan perkara yang telah dihalalkan oleh Allah S.W.T.
(9) Mengingkari perkara-perkara yang telah diketahui oleh umum iaitu umat
Islam tentang sesuatu perkara yang telah ditentukan dan ditetapkan dalam
agama, seperti mengingkari bilangan waktu sembahyang atau bilangannya
rakaatnya.
(10)Tidak mengakui kewajipan yang telah disabitkan dengan dalil-dalil qatie
seperti sembahyang lima waktu sehari semalam, puasa, sebulan di bulan
Ramadhan, zakat, haji dan sebagainya.

Perbuatan-perbuatan yang membolehkan seseorang itu jatuh kepada gaung murtad
ialah;

(1) Sujud menyembah berhala.
(2) Melakukan perbuatan sembahyang cara orang yang kafir.
(3) Sujud kepada makhluk-makhluk, jin, binatang dan seumpamanya.
(4) Membuangkan ayat-ayat Al-Quran dan Hadtih ke tempat najis atau
memijaknya.

Perkataan-perkataan yang membolehkan seseorang itu jatuh ke dalam gaung
murtad ialah;

(1) Mengatakan bahawa Allah S.W.T itu ada sekutunya, atau mengatakan Allah
S.W.T itu tidak berkuasa apa-apa di atas bumi.
(2) Mengatakan bahawa syariat yang diturunkan oleh Allah S.W.T ini tidak
mengatur perhubungan di antara individu , masyarakat dan negara.
(3) Mengatakan hukum-hukum tuhan itu tidak wajib dilaksanakan pada masa
sekarang, kerana tidak sesuai dengan kedaan hidup masyarakat hari ini.
(4) Mengatakan setengah-setengah hukum Islam tidak sesuai lagi digunakan
pada hari ini, hanya sesuai pada masa silam.
(5) Mengatakan bahawa tafisr-tafsir ayat-ayat Al-Quran yang dibuat oleh
ulama-ulama dahulu tidak sesuai ;agi digunakan sebagai dasar hukum hari ini.

Salah yang sah menjadi seorang yang murtad ialah;

(a) Baligh
(b) Berakal
(c) Kemahuan sendiri.

Apabila cukup perkara tersebut maka hukum tuhan telah meletakan hukum
terhadap orang yang murtad ialah bunuh.

Sabda Rasullah yang bermaksud;

“Sesiapa yang menukar agamanya ( murtad ) maka bunuhlah dia”
( Riwayat Bukhari )

Maka sudah termaktub bahawa hukum Islam meletakan bunuh terhadap mereka yang
murtad
seandainya kita mengikuti agama Islam dimanakah perjuangan kita?

Apakah faktor yang menyebabkan insan boleh jatuh murtad?

Persoalan demikian saya mengariskan beberapa faktor;

(1)Kurang mendalami Agama Islam dari sudut ilmiah dan pratikal.
(2)Mudah termakan budi.
(3)Mudah terpedaya dengan musuh islam
(4)Mengalami masalah keluarga
(5)Kurang didikan agama daripada ibubapa.
(6)Tidak Taqarub ilallah ( Hampir Kepada Allah ).
(7)dll.
 

1. KURANG MENDALAMI AGAMA ISLAM DARI SUDUT ILMIAH DAN PRATIKAL

Agama Islam meletakan bahawa Islam adalah Agama yang syumul ( lengkap ).
Apabila dikatakan syumul, ia meliputi segala bentuk dari semua segi iaitu
masalah ketuhanan, ekonomi, kehidupan seharian, individu, masyarakat,
kekeluargaan, individu terhadap masyarakat, masyarakat terhadap individu
dll.

Kadang-kadang segelintir masyarakat hanya mampu mendalami ilmu sampai ke
menara gading. Walaupun kita mendalami ilmu tapi tanpa praktikal membolehkan
insan tersebut tidak sempurna, umpama pokok tidak berbuah. Jadi ilmu dan
praktikal harus bercampur untuk menyempurnakan hakikat insan.

2. MUDAH TERMAKAN BUDI

Mudah termakan budi, iaitu satu faktor membuatkan insan merasa kasihan dan
mempunyai satu daya kelemahan untuk membuat apa saja kehendak si pulan bin
si pulan.

Maka, bagaimana untuk mengatasinya?

Persoalan ini kemunkinan akan terkeluar daripada lubuk sesorang insan yang
termakan budi. Andaikata anda termakan budi seseoarang insan yang kafir,
bagaiman anda ingin mengatasi masalah atau situasi yang akan memudaratkan
diri anda mengenai ketuhanan.?

Di dalam hukum Islam, umat Islam tidak akan mempunyai sikap mudah terikut
dengan dakyah yang dilakukan oleh seseorang insan. Hukum tuhan sudah
menyatakan bahawa setiap apa yang ditegahkan oleh Allah SWT ditinggalkan,
dan setiap yang membawa kebajikan maka kita perlu turuti.

Kesimpulannya, terpulang kepada sesuatu fenomena yang akan dilakukan oleh
insan tersebut, adakah ia melanggari hukum Allah SWT atau tidak. Kalau ianya
tidak melanggari maka tuhan dipersilakan menurutinya, andaikata ianya
melanggari hukum tuhan, maka sudah putus bahawa perkara yang dingininya
jangan dituruti.

MENGAPA MEREKA MENURUTI KEINGINAN TERSEBUT SEANDAINYA IANYA MELANGGARI HUKUM
ALLAH SWT?

Perkara tersebut sudah saya terangkan tadi, iaitu individu tersebut kurang
mendalami ilmu Agama Islam. Kalau ia mengerti hukum tuhan, insayallah insan
tersebut akan meninggalkan perkara tersebut.

Kalau dihayati akan hukum dan ayat Al-Quran insyallah dengan izin Allah SWT
ia akan meninggalkan perkara tersebut dengan hati terbuka kepada pendirian
diri sendiri.

BAGAIMANA, SEKIRANYA WUJUD INSAN YANG MENDALAMI HUKUM ISLAM DAN PRAKTIKAL
KEMUDIAN MENURUTI DAKYAH TERSEBUT?

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Maka Mahasucilah (Allah) yang ditangan-Nya (kekuasaannya) milik tiap-tiap
sesuatu dan kepada-Nya kamu dikembalikan.” (Yaasin: 83 )

Sudah terjawab sendiri dengan persoalan yang ditanyakan, susah diberikan
petunjuk maka terpulang sendiri kepada individu itu sendiri, seandainya
ingin menuruti hukum tuhan atau melanggarinya. Sekiranya ia melanggar hukum
tuhan, natijah yang kita dapat seolah-olah ianya melawan tuhan-Nya sendiri.

3. MUDAH TERPEDAYA DENGAN MUSUH ISLAM

Kita sebagai umat Islam perlu ingat setiap gerak gerik kita perlu
dimuhasabah kepada ilahi. Dan setiap muhasabah perlulah diingatkan bahawa
musuh Islam tidak akan sekali-kali membiarkan umat Islam berleluasa di muka
bumi Allah SWT ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tiada suka kepada engkau, kecuali kalau
engkau turut agama mereka.” (Surah Al-Baqarah:120)

“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu ikut orang-orang kafir, nescaya
mereka mengambalikan kamu kafir, lalu kamu berbalik menjadi orang-orang yang
rugi.” (Surah Al-Imran:149)

Maka di sini terbukti janji tuhan bahawa tak sekali-kali kita akan dibiarkan
di muka bumi tuhan dengan mengakhidahkan Tuhan Esa.

JUSTERU ITU BAGAIMA UNTUK MENGATASI MASYARAKAT YANG BERBILANG KAUM?

Masalah tidak akan timbul, kalau insan mengerti masalah individu, masalah
masyaratkat, masalah agama dll.

Agama Islam tidak meletakan kekerasan kepada manusia baik ianya Islam
ataupun tidak. Tapi, sekiranya ia bergama Islam, ia jadi wajib kepada
individu tersebut untuk mengikuti Agama Islam.

Agama Islam tidak membawa masyarakat kepada pergaduhan ataupun berperang.
Masalah yang timbul, sikap masyarakat yang tidak mengerti erti pokok
terhadap kehidupan masyarakat.

Agama Islam, membenarkan umatnya bergaul dengan orang kafir, selagi mana
ianya tidak melanggari hukum Allah SWT.

Maka di sini sudah membawa satu natijah (jawapan) yang mengukuhkan pendirian
kita. Pepatah melayu ada mengatakan, `Masakan pokok bergoyang tanpa angin`

4. MENGALAMI MASALAH KELUARGA

Istilah manusia, ialah insan yang dijadikan oleh Allah SWT untuk menjaga
dunia ini. Insan tersebut ialah lelaki dan perempuan. Maka apabila wujudnya
lelaki dan perempuan maka akan dihasilkan zuriat seterusnya melalui proses
wati.

Apabila wujudnya ibu/bapa dan anak. Maka masing-masing memerlukan kasih
sayang di antara masing-masing.

PERSOALAN YANG TIMBUL DIKETIKA ITU IALAH, ADAKAH KITA SEBAGAI SEORANG INSAN
MEMBERIKAN KASIH SAYANG YANG SEWAJARNYA TERHADAP MEREKA?

Kita mampu jadi seorang ibu/bapa terhadap anak lelaki/perempuan, kita mampu
jadi anak lelaki terhadap ibu/bapa, kakak, abang dan adik-adik, kita mampu
jadi anak perempuan terhadap ibu/bapa, abang, kakak dan adik-adik, kita
mampu jadi seorang datuk/nenek kepada anak dan cucu.

Tapi adakah kita mampu menjadi seorang insan memberikan kasih sayang kepada
mereka?

Sudah maklum bahawa anak perlu dibelai dan diasuh daripada benang yang putih
maka ditenunkan dan dijadikan kain kita ingini.

Justeru itu, silap siapa? Adakah kita atau anak kita sendiri. Mereka akan
membuat satu keputusan yang kemunkinan besar menghancurkan rumahtangga kita.

BAGAIMANA PENYELESAIANNYA?

Seseorang itu mempunyai masa yang banyak untuk memberikan kasih sayang
kepada ahli keluarga sendiri. Sebagai ibubapa kepada anak mereka semestinya
memilih hari yang sesuai untuk muhasabah anak-anak mereka tentang tugas
harian mereka. Dan tunjukan kasih sayang kita kepada mereka di mana mereka
memerlukan tunjuk ajar melalui kasih sayang.

Cuba selesaikan dengan cara hikmah dan berikan tunjuk ajar untuk
menyelesaikan sesuatu masalah yang berlaku. Dan seringkali memberi nasihat
dengan cara ilmiah dan bukan cara penghancuran. Hati manusia walaupun keras
bagaimanapun insyallah akan lembut dengan kelembutan dan kesabaran di hati.

Rumahtangga yang dibina perlu diislah (diperbaiki ) tambah pula hati dan
perangai manusia. Setiap hari wajib insan perlu mengislahkan diri sendiri.
Ibubapa mempunyai tanggungjawab menjaga anak mereka, maka tugas selanjutnya
ialah mengislahkan anak-anak mereka melalui usrah rumahtangga.

Apabila wujudnya kasih sayang terhadap anak-anak insyallah Allah SWT akan
mengizinkan kehidupan masyarakat islami.

5. TIDAK TAQARUB ILALLAH ( HAMPIR KEPADA ALLAH )

Masalah ini ialah dinamakan masalah rohani. Rohani kita sebenarnya hancur
dimamah api yang membakar. Sekiranya kita mampu mendalami ilmu dan
mempraktikalnya tapi tanpa taqarub ilallah belum pasti kita mampu menjalani
ujian yang akan menimpa.

Taqarub ilallah membolehkan kita menguatkan rohani kita menghadapi situasi
pelbagai rupa, samada ia berbentuk realiti dan fantasi.

Perkataan taqarub ilallah mudah disebut tapi, amat sukar untuk mendapatnya.
Hanya pilihan tuhan sahaja yang mampu dinamakan taqarub ilallah. Taqarub
ilallah mempunyai perjalanan yang amat jauh dan mempunyai mujahadah yang
amat kuat sekali.

Sebagai kita insan, perlulah kearah itu, walaupun api yang membara, lautan
yang dalam, gunung yang tinggi, kita wajib melalui perjalanan tersebut.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Tiadakah mereka tahu, bahwa mereka dicobai tiap-tiap tahun, sekali atau dua
kali, kemudian mereka tiada taubat dan tiada pula mereka mengambil
peringatan.” (Attaubah: 126)

Sudah termaktub ayat di atas bahawa manusia akan dicobai dengan pelbagai
masalah, Allah mendatangkan cobaan (malapetaka) kepada manusia dalam masa
itu, mereka tiada juga insaf dan taubat kepada Allah SWT.

BAGAIMANA HENDAK TAQARUB ILALLAH?

Perjalanan taqarub ilallah mempunyai jalanya sendiri. Kita perlu mencari
guru yang murshid (membawa petunjuk). Tanpa guru kita diibaratkan belajar
dengan syaitan.

Carilah guru yang faqih mengenai masalah kerohanian. Tapi sebelum seseorang
itu ingin taqarub ilallah ia perlu belajar ilmu ketuhanan iaitu tauhid.
Sebelum ia ingin hampir kepada-Nya perlu kita mengenal siapa itu Tuhan
Semesta Alam Yang menjadikan manusia, bumi, planet dan segala
makhluk-makhluk dibumi ini.

Bersambung…
 
 

Reply via email to