SAYA HANYA PINDAH PADA APRIL 1993, KATA SUKMA

 

KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) -- Perbicaraan kes liwat Datuk Anwar Ibrahim dan adik angkatnya diberitahu bahawa apartmen tempat kejadian liwat itu didakwa berlaku, hanya didiami pada April 1993, sebulan selepas tempoh kejadian itu dikatakan terjadi.

Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, 39, adik angkat bekas timbalan perdana menteri itu berkata beliau berpindah ke apartmen Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bukit Bandaraya, Bangsar di sini selepas pengubahsuaian secara besar-besaran dilakukan.

Ia melibatkan pengubahan dinding, siling, pembesaran bilik air dan penukaran kesemua pintu, katanya.

"Semasa mengendalikan pengubahsuaian itu yang dibantu oleh Rahimazlan Ab. Rahim, saya menerima sepucuk surat daripada Bandaraya Development Berhad (pemaju) bertarikh 15 Jan 1993 yang memberi amaran berkaitan tahap pengubahansuaian itu," katanya.

Sukma berkata demikian ketika disoal oleh peguamnya Gobind Singh Deo semasa membela! diri pada perbicaraan kes liwatnya yang dibicarakan bersama-sama Anwar di Mahkamah Tinggi di sini.

Mengikut pertuduhan, Sukma dan Anwar, 52, didakwa meliwat Azizan Abu Bakar, 39, di apartmen Sukma di Tivoli Villa, Bangsar di sini pada suatu malam, pukul 7.45, antara Januari dan Mac 1993.

Sukma, seorang ahli perniagaan juga didakwa bersubahat dengan bekas menteri kewangan itu untuk meliwat Azizan, bekas pemandu peribadi isteri Anwar, di tempat dan pada masa yang sama.

Ketika ditanya mengenai tilam-tilam yang terdapat di dua bilik di apartmennya itu, Sukma berkata beliau membelinya pada 4 Feb 1993 dan Rahimazlan menerima bagi pihaknya seminggu kemudian.

Beliau juga memberitahu mahkamah bahawa alat pendingin hawa, kertas dinding dan permaidani dipasang pada penghujung Januari tahun berkenaan.

Pembelaan kemudiannya mengemukakan surat, resit penyerahan dan perjanjian jual beli apartmen itu yang dibelinya pada 15 Sept 1992 serta surat penyera! han kunci pada Disember 1992.

Semasa ditanya sebab beliau ikut sama berpindah dan tinggal bersama-sama Anwar setelah bekas menteri kewangan itu berpindah dari rumah bapanya, Sukma berkata beliau berbuat demikian bagi membantu Anwar serta isterinya yang selalu sibuk.

Mengenai Azizan, beliau berkata beliau mengenali lelaki itu semasa dia menjadi pemandu kepada Dr Wan Azizah dan hanya pernah sekali memintanya ke Tivoli Villa untuk menghantar barang iaitu pada Januari 1993.

Beliau berkata Anwar ke apartmennya buat pertama kali pada pertengahan Mei atau Jun 1993 bersama-sama Dr Wan Azizah bagi menghadiri majlis doa selamat dan kemudiannya sekali lagi pada tahun 1994 juga ditemani isteri.

Ketika disoal mengenai surat memohon maaf yang ditulisnya kepada Anwar semasa mereka berdua dalam tahanan polis di lokap Bukit Aman pada September 1998, Sukma berkata beliau memperolehi tiga keping kertas dan pen untuk menulisnya semasa ditempatkan di bilik mesyuarat! di tingkat 11.

Menjawab pertanyaan Timbalan Kanan Pendakwaraya Datuk Abdul Gani Patail, beliau berkata beliau dibiarkan tanpa kawalan semasa di situ dan tidak diperiksa sebelum ditempatkan kembali dalam selnya.

Sukma berkata beliau menulis surat enam muka itu ketika berada dalam selnya yang sentiasa diterangi cahaya lampu pada sebelah malam dan melontarkan ke hadapan pintu besi sel Anwar semasa pegawai polis dan pengawal lokap sedang sibuk mengisi borang bagi urusan keluar lokapnya.

Beliau juga berkata pengakuannya di hadapan hakim diberikan mengikut apa yang dikehendaki polis.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Arifin Jaka disambung esok.

-- BERNAMA


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM

Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke