*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ---------- > From: cikgunik <[EMAIL PROTECTED]> > To: [EMAIL PROTECTED] > Subject: [psikologi-islam] Pengantar Psikologi (02) > Date: Thursday, February 10, 2000 12:56 AM > > From: "cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]> > > Bismillahir Rahmaanir Rahiim > Assalaamu`alaikum wa Rahmatullahi wa Barakaatuh > > sahabat semua, > Dalam siri yang lepas kita telah belajar kenapa psikologi perlu. dalam siri > kali ini pula kita akan belajar tentang definisi psikologi > > DEFINISI PSIKOLOGI > > Yang sebenarnya perkataan psikologi bukan berasal daripada perkataan India > atau Eskimo. Perkataan ini asalnya daripada dua gabungan perkataan greek > iaitu psyche(psik) yang membawa maksud jiwa, rohani, mental. Manakala > logos(logi) membawa maksud kajian. Kalau disatukan kedua-dua perkataan ini > jadilah maksudnya kajian terhadap jiwa, mental dan rohani manusia. > > Ahli psikologi telah memberi pelbagai definisi terhadap psikologi > (kalau anda nak bagi definisi sendiri pun boleh apa salahnya, cuma tiada > siapa yang peduli ) > > Antaranya, > 1. William James,1890 > * Psikologi adalah ilmu mengenai kehidupan mental, Termusklah > keadaan-keadaanya, iaitu perasaan, keinginan,berfikiran > logik,keputusan-keputusan dan sebagainya > > (perasaan- anda hari ini bagaimana.............. tentulah gembira atau > serabut perut) > (keinginan- adakah anda ingin makan satay kajang) > (Berfikiran logik- PM mengunakan fikiran logiknya bila mengatakan orang > melayu tak makan babi sebab jijik ........tapi dari sudut agama tak betul) > > > 2. Wihhen Wuldt, 1892 > * Psikologi berperanan menyelidik pengalaman dalam sensasi dan perasaan > kita sendiri, fikiran dan kehendak kita yang dikaitkan dengan objek > pengalaman luar. > > (saya faham kata Wuldt, tapi payah nak jelaskan.......gini sajalah kalau > ada masa datang ke rumah saja) > > 3. John B. Watson,1919 > *Psikologi merupakan bahagian ilmu yang menekakan aspek perilaku manusia... > > (Ini definisi mazhab tingkah laku (behaviourisme)..saya tak gemar sangat, > sebab ia boleh menyempitkan skop manusia. Seperti satu lesen untuk > mengenepikan unsur rohani dari diri manusia. Tapi nak belajar punya pasal > tak apalah...) > > Daripada definisi-definisi yang pelbagai ini, ijma' ahli psikologi > mendefinisikan psikologi kepada tiga bahagian : > > 1. Psikologi sebagai satu kajian saintifik > --- Maknanya dalam psikogi dilakukan kajiselidik, kajian kes, permerhatian, > ujian bermakmal dan sebagainya. > > (Itu sebabnya kita tidak boleh kata tok bomoh, sebagai ahli psikologi, > walaupun dia mengkaji atau menjelaskan sikap dan tingkah laku manusia > bertahun-tahun lamanya..... tak tahulah pula kalau tok bomoh yang "kerat > orang' boleh dianggap sebagai satu kajian atau eksperimen) > > > 2. Psikologi mengkaji tingkah laku manusia > -- Tingkah laku ialah perbuatan yang boleh dilihat, seperti > mengundi,demostrasi,lari,garu kepala (tapi rambut tiada), dan sebagainya. > > (cuma saya tak pasti sama ada terjatuh dari kuda boleh dikatogerikan > sebagai tingka laku manusia... atau tingkah laku kuda > ................(oopss tiada kaitan dengan sesiapa) > > 3. Kajian ke atas proses mental > -- proses ini lebih dikenali sebagai tingkah laku terselindung, yang tidak > dapat dilihat seperti > bayangan, mimpi, perasaan, fantasi dll.Contohnya mimpi mempunyai pengaruh > yang besar terhadap psikologi aliran psikoanalisis. > > (PM sangat cedik, kerana dia telah membuat kajian terhadap proses mental > orang Melayu, orang Melayu bersemangat hangat-hangat tahi ayam. Sekarang > ramai yang sudah tidak berminat dengan perbicaraan DSAI, yang > berbelit-belit.....akhirnya tak menang juga. Semangat ini akan hangat > semula kalau ada orang nak pukul DSAI atau isu lain......seperti TPM > dipecat lagi) > > > *****Kalau anda ingin hanya huraian ilmiah, jangan baca ayat dalam > kurungan. Ayat-ayat itu hanya untuk orang yang membaca sambil rehat > saja******* > > > Akan Datang : Matlamat Psikologi > > wassalam > > > > --------------------------- ONElist Sponsor ---------------------------- > > Love. Relationships? E - Commerce! > <a href=" http://clickme.onelist.com/ad/SparksValentine1 ">Click Here</a> > > ------------------------------------------------------------------------ > > Community email addresses: > hantar message: [EMAIL PROTECTED] > Daftar ahli: [EMAIL PROTECTED] > Berhenti: [EMAIL PROTECTED] > Shortcut URL to this page: > http://www.onelist.com/community/psikologi-islam > BERSAMA KE ARAH MEREALISASIKAN PSIKOLOGI ISLAM > INSYA ALLAH ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>