*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbt;
Saudara/i,

Sebagaimana yang telah diketahui umum, Islam amat
mementingkan adab. Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud di
dalam bukunya berkenaan Tamaddun Ilmu telah
menjelaskan bahawa kepentingan adab amat nyata apatah
lagi dalam perbincangan keilmuan. Mengikut beliau
lagi, Islam menghalalkan penceraian tetapi tidak
pernah sekali-kali berkompromi tentang adab. Prof Syed
Muhammad Naquib pula menjelaskan bahawa adab boleh
diterjemahkan sebagai 'right actions'. Misalnya, Islam
mengajar umatnya makan dengan dimulai Bismillah,
gunakan tangan kanan, ambil makanan yang paling dekat
sekali dsb. Itu adalah antara contoh-contoh adab.

Apa yang ingin diperkatakan di sini ialah terdapatnya
unsur-unsur yang tidak mementingkan adab di dalam
kehidupan seharian kita sebagai umat Islam hari ini.
Jika kita memandu kereta misalnya, ada yang suka
potong 'queue' dan seumpamanya. Di dalam perbincangan
melalui hizbi.net ini juga terdapat segelintir
penjaring yang kadang-kala melupakan kepentingan adab
dalam memberikan pandangan sehingga ada kalanya
mewujudkan ketegangan yang tidak diperlukan.
Kadang-kala topik perbincangan atau isu sebenar
dilupakan dan diganti dengan hentaman dan sergahan.
Saya berpandangan bahawa kita perlu menunjukkan
kematangan serta mempunyai semangat persaudaraan di
antara kita. Tujuan kita berdiskusi adalah untuk
mendapatkan serta menyebarkan ilmu yang boleh
dimenfaatkan. Tak kurang pentingnya juga, marilah kita
sama-sama cuba untuk membersihkan hati-hati kita
kerana hanya hati-hati yang bersih akan diterimaNya,
insyaAllah.

Wallahu'alam.

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Yusri Mohd <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to