Assalamualaikum!

Pas telah banyak kali mengajak Umno berdialog atau berdebat tapi mereka sering tarik diri.

Sedara-sedari!
Ulama dalam Islam ada 2 ketogeri
1.    Ulamak Khoir (Yg. Baik) - Ulamak yg diredhai oleh Allah S.w.t.
2.    Ulamak Suk (Jahat / Hipokrit) - Ulamak menyelewengkan fahaman / Aqidah
        islam yg. sebenar.

Tidak perlulah dipanjangkan disini kerana ramai terdapat ustaz netters kita yang lebih arif tentangnya.

Sudah sekian lama kita menyokong Umno diharap kita belajar dan bertanya tuan guru atau ustaz  yg. mursyid. Janganlah bila dikira ulamak, orang sembahyang!
Aku pun semayang! dah kira betul dan masuk syurga.

Kita dikalangan orang Umno(Melayu yg. mengaku islam)  selepas ini wajib mendalami ilmu akidah(tauhid) sebagaimana ilmu fekah, tasauf, tafsir, hadis dan ilmu islam yg. lain.

Kita orang Umno wajib belajar apakah perkara yang membatalkan islam/Aqidah/iman. Apakah islam boleh batal sebagaimana batalnya wudhu
atau sembahyg,puasa,haji,zakat dsb.

Seseorang itu batal aqidahnya dengan 3 faktor, iaitu perkataan, perbuatan & lintasan dihatinya. Oleh itu kita orang Umno tentu lebih tahu, kalau kurang tahu tanyalah member pas kita yg. tahu. Usahlah sombong dengan fahaman taksub kebangsaan
yg. berpanjikan dengan isme/fahaman/pegangan kita selama ini.

sekian...
 
 
 
 
 

counterbalance wrote:

*** FIKRAH EDITOR
***

Umno perlu sedia berdialog dengan PAS
 

Beberapa pemimpin Umno/BN yang tewas dalam pilihan raya umum lalu di
tangan calon PAS kini menjadi 'juara' untuk menyerang PAS dalam
pelbagai sudut, khususnya di bidang agama.

Orang seperti Abd Hamid Othman yang tewas di Sik, Zainal Abidin Abd
Kadir yang tewas di Melor kini menuduh dan memfitnah PAS hampir setiap
hari kononnya PAS menyeleweng dari Islam, menyebarkan ajaran sesat dan
pelbagai lagi.

Dr Mahathir Mohamad dan diikuti Abdullah Badawi telah memulakan
serangan dan tuduhan seumpama ini. Tidak cukup dengan dua pemimpin
utama Umno itu, kini Zainal Abidin Abd Kadir, di samping Abd Hamid
Othman melanjutkan fitnah terhadap PAS.

Kita dapat memahami mengapa pemimpin Umno mempertingkat tuduhan dan
fitnah terhadap PAS. Kekalahan mereka di banyak tempat, terutama d! ! i
Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang, Selangor dan Perlis sangat
memedihkan dan mengecewakan mereka.

Mereka seolah-olah tidak dapat menerima kekalahan di tangan PAS ini,
lebih-lebih lagi kekalahan 'ulama' mereka seperti Abd Hamid Othman,
Yusof Nor dan Zainal Abidin Abd Kadir sendiri. Mereka ini telah ditolak
oleh rakyat dalam pilihan raya umum lalu.

Sebab itu Presiden PAS, Dato' Haji Fadzil Mohd Noor dengan tegas
menyatakan bahawa pemimpin Umno/BN terus-menerus menyimpan dendam yang
membara. Mereka tahu bahawa tuduhan yang mereka buat itu adalah palsu,
tetapi mereka mengulang juga tuduhan itu untuk kesekian kalinya.

Dalam Harakah keluaran ini - di muka tujuh - kita siarkan ucapan Naib
Presiden PAS, Senator Haji Hassan Shukri yang menjawab pelbagai fitnah
dan tuduhan pemimpin Umno/BN terhadap PAS.

Beliau bersetuju dengan pandangan Mursyidul 'Am PAS, Tuan Guru Haji Nik
Abd Aziz supaya satu muzakarah atau dialog diadak! ! an dengan mana-mana
pihak bagi menjelaskan kepada seluruh umat Islam di negara ini sama ada
PAS yang difitnah dan ditohmah - menyebarkan ajaran sesat seperti
mendakwa 'PAS itu Islam, Islam itu PAS' - adalah benar? Atau ia
semata-mata direka oleh pihak tertentu untuk mengelirukan orang ramai
supaya tidak menyokong PAS.

Menurutnya, PAS mengalu-alukan sebarang usaha untuk mengadakan
perbincangan, muzakarah atau dialog secara bersemuka pada bila-bila
masa. Beliau mengharapkan Jakim sendiri atau Jabatan Mufti atau
mana-mana mufti negeri atau Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri, ketua dan
Ahli Jawatankuasa Biro Agama Umno serta Ahli Majlis Syura' PAS dijemput
hadir di majlis tersebut.

Sesungguhnya untuk kesekian kalinya, kita menegaskan sekali lagi bahawa
pandangan, sikap dan pendirian PAS adalah jelas dan tidak ada apa-apa
yang perlu diragukan, bahawa dasar PAS ialah Islam, hukum dan pegangan
yang menjadi panduannya ialah al-Quran, ! ! al-Sunnah serta Ijtimak Ulama
dan qias.

Ia tidak pernah disembunyikan oleh PAS, malah telah dicatat dalam
perbincangan PAS. Sebab itu PAS sentiasa bersedia, bila-bila masa untuk
bermuzakarah, berdialog atau apa saja dengan sesiapa saja kerana PAS
yakin ia memiliki kebenaran.

Soalnya sekarang bagaimana pula kiranya orang Islam atau sekumpulan
orang Islam yang menjadikan falsafah dan ideologi manusia, seperti
nasionalisme (kebangsaan), sosialisme, libralisme, pragmatisme sebagai
pegangan dan keyakinan mereka. Kita ingin bertanya pemimpin, khususnya
'ulama Umno' mengenai isme ini. Sesungguhnya ini persoalan besar yang
mesti dijelaskan oleh mereka, sebelum mereka menuduh PAS menyeleweng
dan pelbagai tuduhan lain.
 

COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM


Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke