*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillahir Rahmaanir Rahiim
Assalaamu`alaikum wa Rahmatullahi wa Barakaatuh
   
Dalam siri kali ini kita akan membicarakaan tentang matlamat psikologi.
Semua perkara ada matlamatnya (kecuali gila)Kita hidup atas dunia ini pun
ada matlamatnya , iaitu ingin beribadat hanya semata-mata kepada Allah.
Cuma ada juga orang yang hidupnya cuma untuk kehidupan semata-mata, soal
akhirat tidak diambil kira.
(ikut dialah ... kalau dia fikir tak bertemu dengan Allah di akhirat nanti)

MATLAMAT PSIKOLOGI

Tiap-tiap disiplin ilmu ada satu set matlamat yang tertentu. Dalam
psikologi untuk memahami manusia dengan lebih mendalam , pelbagai kajian
telah dilakukan.

(Kadang-kadang kajian yang dilakukan tak logik pun ada, nak
tahu.....nantilah kita akan terjumpa nanti)

Daripada kajiaan ini maka terhasilLah teori-teori tentang manusia, dari
aspek personaliti (pribadi), sikap dan trait (jenis)manusia. Teori ini
dihasilkan oleh tokoh-tokoh seperti Freud, Rogers,Jung, Adler, Erickson dan
sebagainya.

(oleh kerana mereka ini berfikiran Barat maka, banyak dari pada teori ini
yang tak betul dari sudut pandangan agama. Tapi teori mereka ini masih
boleh dipakai, sebab ada juga orang Islam yang berfikiran barat pun...)

Tujuan utama teori mereka ini ialah untuk memahami kehidupan manusia dari
aspek kehidupan yang tertentu.

( Saya dah kata dalam siri yang lepas, manusia telah dipecahkan kepada
juzuk-juzuk yang tertentu)

Untuk mencapai matlamat tersebut semua aliran psikologi berpegang kepada
empat objektif(tujuan) iaitu memperihal,memahami,meramal,serta mempengaruhi
tingkah laku manusia.

1. Memperihal& memahami
Setelah melakukan sesuatu maka seseorang akan bertanya " Apa yang terjadi
dan bagai mana boleh berlaku "

(contohnya kalau kita terpijak paku, apa yang terjadi ...kena lukalah.
Bagaimana boleh berlaku...masa tengah berdemostrasi, fru kejar...lalu
tercabut selipar (ada pula pakai selipar pergi demostrasi)..akhirnya
terpijak paku ) 
 
2.meramal

Kadang-kadang manusia, cuba meneka sesuatu kejadian yang boleh memuaskan
hatinya sendiri. Soalanya "Apa yang akan terjadi sekiranya saya berbuat
demikian", Keadan ini mendorong manusia mencari jawapan terlebih dahulu.
Ini disebut sebagai ramalan.

(contohnya, apa terjadi kalau saya merokok....tentu isteri saya marah, tapi
adakah saya perlu takut pada isteri.....bukan merokok membahayakan
kesihatan. Jadi persoalan " apa terjadi" ini boleh juga dikaitkan dengan
niat. Apakah saya berbuat sesuatu itu kerana isteri saya atau kerana
Allah.kena fikir juga tuh.........)* kalau tak faham dengan ayat saya ini,
tak apalah........ saya tak suruh faham...pun)


3. mempengaruhi

Namun begitu jarang dilakukan oleh manusia untuk mempengaruhi sesuatu
keadaan. Kadang-kadang kita boleh menyuruh anak kita (bagi yang ada anak
lah) diam daripada menangis, tapi sukar untuk menyuruh diri kita diam
daripada menangis (tua-tua pun masih nak menangis). Kebolehan untuk
mempengaruhi orang lain bergantung juga dengan diri kita.Kita terlebih
dahulu menunjukkan contoh yang baik.

(ingat....tentang mempengaruhi ini.....sebab Allah telah memberi amaran
dalam al-Quran:
Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu
perbuat (QS. 61:2)Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan
apa-apa yang tiada kamu kerjakan. (QS. 61:3))

Sebenarnya keempat-empat objektif ini boleh digunakan untuk menolong
manusia mencapai keharmonian dan kesejahteraan di dunia dan lebih-lebih
lagi di akhirat nanti. Yang lebih memahami manusia ialah Yang mencipta
manusia. Segala maklumat perciptaan manusia serta ciri-ciri manusia telah
termaktu dalam sebuah kita, iaitu al_quran. Oleh itu, inilah rujukan yang
lengkap untuk ilmu psikologi. Cuma siapa yang akan
melakukannya.................kita?

akan datang : Sejarah dan perkembangan Psikologi





 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke