*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Raya Cina baru-baru ini, kami sekeluarga balik kampung; bukannya apa, saja la
nak tumpang bagi sesak jalan raya yang dah sedia sesak itu. Cakap pasal jalan
sesak ini, ada sekali masa tengah memandu kereta itu, saya terperasan yang
jalanraya menghala ke pekan kecil kampung asal saya itu makin hari makin sesak
dengan kenderaan. Rasa-rasanya, dulu tak sesak macam itu; dulu-dulu kalau
kami naik basikal, boleh lagi dok buat willy kat tengah jalan; la ni bukan
kata nak buat willy, silap-silap kalau tak pegang handle betul-betul, boleh
tergolek, terbabas ke tepi jalan nak elak bas-bas atau van-van kilang.
MASALAHNYA - JUMLAH KERETA, LORI, BAS DAN VAN SERTA MOTOSIKAL MAKIN HARI MAKIN
BANYAK, TAPI JALAN DOK BESAQ TU JUGAK!!
[Maka itu, memang patut lah, tiap kali depa buat operasi statistik, tak
kiralah musim raya Melayu ka, raya Hindu ka raya Cina ka, apa-apa ka, jumlah
yang maut di jalan raya tak pernah berkurangan; makin bertambah ada!!]
KITA BAYAQ ROAD TAX, DOK HARAP DEPA NAK GUNA PERBESARKAN JALAN-JALAN KAT
KAMPUNG TU; TAPI DEPA TARAK NAK PEDULI AIH, ORANG NAK MAMPUS, MAMPUS LAH,
PERBESARKAN JALAN KAMPUNG BUKANNYA BOLEH KUTIP TOL!!
TAIK KUCING PUNYA SAMMY VELLU!
Dah terlajak balik kampung, saya pun pusing kereta pi cari satu kedai makan
yang saya rasa antara yang best dia punya ais kacang. Saya tak tau pulak best
tang mana, tapi sebab dia punya ais kacang dari jauh nampak berwarna warni,
ada kaler merah ada kaler hijau, boleh membuatkan orang yang berpuasa tertelan
air liur; maka saya pun teringinlah ke sana nak menjamu selera.
Cari punya cari, La, tu dia, tutup pulak dah. Selalunya kedai itu buka
tiap-tiap hari, tak kan hari ini tutup pulak kot. Lalu, saya terperasan,
banyak kedai-kedai di Pekan Kecil tadi juga ditutup; nak kata cuti berkabung
sebab Sultan Mati atau Mahathir Mangkat, tak dak pulak radio bukak cerita.
Pikir punya pikir, hmm, patutlah depa tutup - cuti tahun baru cina.
KALAU TUTUP, CUTI TANDA HORMAT RAYA CINA TAK APALAH JUGAK - INI, TUTUP SEBAB
KEDAI CINA YANG SUPPLY AIS BATU KAT PEKAN KECIL TU TUTUP!!
[Ish, ish, tak sangka no, dah lebih 43 tahun negara merdeka, nak buat ais
kacang pun, orang kita di kampung masih lagi dok bergantung kat bangsa lain!!]
Saya dok ingatkan cerita ekonomi orang Melayu bergantung kepada bangsa asing
ini hanyalah wujud dalam memoirs "Tun Mahathir" dalam buku The Malay Dilemanya
saja; rupa-rupanya kisah yang dicatatkan oleh beliau seawal tahun 1969 itu
masih lagi laku hingga ke hari ini. Untuk yang tidak tahu, dalam buku the
Malay Dilemanya itu, Dr Mahathir ada menulis mengenai betapa susahnya
pengusaha-pengusaha kedai minyak Melayu ketika itu untuk maju - kerana
kebanyakan lori-lori dan kenderaan pengangkutan ketika itu dimiliki oleh kaum
bukan Melayu yang lebih 'gemar' mengisi minyak di kedai-kedai minyak milik
bangsa mereka sendiri. Kerana itulah ketika itu, ekonomi negara banyak
bergantung kepada orang2 bukan Melayu khususnya kaum Cina.
Dr Mahathir ini, dulu-dulu memang saya tabik, saya cukup kagum dengan dia ;
apa taknya, dia berani lawan semua orang. Tunku dia lawan, Raja-Raja Melayu
dia lawan, Hakim dia lawan, Soros dia lawan, kira berani sungguh lah dia ini;
tapi sejak-sejak dia tunjuk lagak nak lawan Nabi (isu janggut) dan dia
terlajak cakap macam nak lawan Tuhan (isu Hudud), terus saya tawar hati nak
bertuankan dia. Ish, kalaulah Dr Mahathir tiba-tiba diberi hidayah macam Ogy
Ahmad Daud, kan bagus!!
BUKANNYA APA; SESEKALI TU TERINGIN JUGA RASANYA NAK TENGOK CHE DET MENANGIS
MENDAYU-DAYU DI KACA TV, MACAM OGY AHMAD DAUD, KESAL DAN INSAF DENGAN
KESILAPAN DAN KEJAHILAN YANG LALU!!
Semasa pulang bercuti raya Cina di kampung, saya berkesempatan hadir dalam
satu majlis kenduri tahlil untuk keluarga terdekat. Saya tengok, ramai kaum
kerabat saya yang hadir. Meriah jugak, sebab selepas musim pilihanraya dulu,
inilah pertama kali kami dapat berkumpul dan bersembang dalam suasana yang
lebih selesa. Ya lah, masa hari raya dulu, jumpa juga, tapi jumpa gitu-gitu
aje, sebab masa tu baru saja lepas pilihanraya, nak bersembang rancak pun
macam rasa ada dinding pemisah antara kami yang berlainan ideologi ini.
Sekarang, suasana tegang dulu dah kembali tenang, bolehlah bersembang macam
biasa.
Di celah-celah rasa kekok akibat panahan musim p/raya ke-10 yang saya rasa
paling sengit itu; kami cuba bersembang atas isu-isu biasa yang dirasakan
common kepada semua orang. Saya tak berapa ingat isu-isu biasa yang dibualkan,
tak silap saya kami bercerita pasal bab kereta; kereta mana paling laju,
kereta mana paling bagus pick up dia, yang mana kuat makan minyak dan
sebagainya. Bab ini okaylah, semua orang boleh masuk, PAS, UMNO, ADIL atau
apa-apa parti sekali pun. Habis sembang bab itu, entah macam mana termasuk bab
golf atau pun mungkin termasuk bab tanam padi; saya tak pasti macam mana jalan
ceritanya; tiba-tiba terpesong masuk cerita Banjir di Padang Golf Pedu dan
kisah Menteri Besar tak nak campur tangan dalam isu nak lepas ka tak mau lepas
air!
AIK, CONTROL PUNYA CONTROL, MASUK BAB POLITIK JUGAK!
Salah seorang saudara kami, orang ADIL, selamba saja tanya: "Mana penting,
padang golf ka bendang padi?". Suasana jadi sunyi sepi; saya yang terperasan
isu itu dah masuk bab politik, cepat-cepat cuba mengubah tajuk; tapi tak
berapa menjadi, sebab selepas itu saya lihat masing-masing cuba membawa diri,
mencari klik masing-masing.
PERCUBAAN SAYA UNTUK CONTROL MAJLIS CUMA MAMPU BERTAHAN DEKAT 10 MINIT SAJA!!
Saya tak tahu nak kata apa, cumanya saya terfikir, dalam keadaan kawan-kawan
dan saudara-saudara kita berbangsa UMNO yang sudah teruk terhimpit ke dinding
ini (akibat penangan p/raya ke-10); saya rasa ada baiknya kita berhikmah sikit
apabila berhubungan dengan mereka. Janganlah berkasar sangat.
Kita kena ingat, depa-depa ini bukannya jenis yang panjang akal sangat; saya
tak taulah keluarga tuan-tuan; tapi sanak saudara saya yang kuat-kuat UMNO ini
kebanyakannya cuma SPM Gred-3, itu pun kalau nasib baik sempat ambik SPM,
kalau tidak cuma ada LCE saja. Jadi, apa sangat yang kita nak harap dengan
manusia-manusia yang bermentaliti LCE ini??
Saya bagi contoh, salah seorang sepupu saya yang kini jadi orang kuat UMNO kat
kampung saya. Dia ini mengaji pun tak sampai mana, SPM dia kalau tak Gred-5
mungkin Gred-4. Saya tiap kali tengok muka dia, rasa macam nak tergelak. Bukan
nak kutuk, dia punya IQ mungkin elok sikit saja daripada IQ Tajol Rosli.
Sepupu saya ini perangai bodoh sombong dia memang terbawa dari dulu-dulu lagi;
saya masih ingat masa kami sekolah rendah dulu; masa tu kalau tak silap, kami
dalam darjah 2. Sekali tu cikgu tanya soalan:
"Apakah nama ibunegara Malaysia?"
Orang semua diam, tak reti jawab; bila cikgu tanya dia, dengan penuh yakin dia
jawab:
"DATUK HUSSEIN ONN!!"
Tergelak kami satu kelas, sebab walau pun kami tak tau jawapannya, tapi kami
yakin Datuk Hussein Onn bukanlah ibunegara Malaysia!
Ada sekali tu pulak, cikgu tanya ibunegeri Kedah. Saya tak pasti siapa kena
tanya, tapi antara ingat dan lupa, saya rasa sepupu saya itu jawab:
"Bangladesh!!"
Mungkin masa itu masih budak-budak lagi, tak boleh nak salahkan beliau, tapi
realitinya perangai bodoh sombong beliau beserta IQ LCEnya itu terbawa-bawa
hingga sekarang. Contohnya, surau kat kampung saya yang "kadang-kadang" hidup
cuma waktu maghrib, pernah cuba dimeriahkan oleh beberapa orang PAS di kampung
berkenaan. Malangnya, saya diberitahu, dua tiga kerat orang PAS ini kena
sergah dengan beliau, "Woi, madrasah ini UMNO yang buat, kalau nak semayang,
pi lah suruh PAS buat madrasah hangpa sendiri!". Saya tak taulah apa yang ada
dalam kepala hotak beliau, tapi satu benda yang pasti, kalau tang sembahyang,
dia sembahyang jugak, tapi cuma sembahyang jumaat saja - .itu pun kalau dia
tak ada urusan lain di luar mukim!
Ringkasnya, majoriti pemimpin-pemimpin UMNO kat luar sana, terutamanya di
sebelah-sebelah kampung sana, kalau tak banyak pun, ramai yang hampir satu
rupa dengan sepupu saya ini. Nak salah depa pun tak berapa kena sebab depa
punya IQ dah dijadikan Tuhan macam tu. Kita yakin, orang-orang macam Dr
Mahathir dan Pak Lah tahu benda-benda ini, sebab tu depa berani keluarkan
'Fatwa' kata "Demi menyelamatkan UMNO, dua jawatan tertinggi parti tak boleh
ditandingi!".
SAYA TAK TANYA SEPUPU SAYA, TAPI SAYA YAKIN, KALAU SAYA TANYA, DIA
BERMATI-MATIAN AKAN KATA DIA SETUJU PENUH DENGAN 'FATWA' BERKENAAN!!
Kesian sungguh kat orang-orang kampung apabila aturcara hidup mereka
ditentukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO macam sepupu saya ini, yang saya rasa
di peringkat atas mungkin boleh masuk satu kumpulan macam Ibrahim Ali dan suku
sakatnya. Sebab itu, saya cukup seronok bila dengar berita dua tiga hari lepas
bahawa kerajaan telah menarik balik larangan kakitangan kerajaan Kumpulan-A
daripada bergiat dalam politik. Penarikan larangan yang mula dikuatkuasakan
sejak 1987 itu bermakna lebih 80,000 guru kategori DG1, 2 dan 3 akan dapat
menyumbangkan tenaga mereka kepada pembangunan negara.
OLEH KERANA BUKAN SEMUA DARIPADA 80,000 ORANG ITU AKAN BERSAMA PAS, MAKA KITA
HARAP YANG MANA YANG MEMILIH UMNO ITU AKAN DAPAT BERBUAT SESUATU SUPAYA
ORANG-ORANG SEPERTI IBRAHIM ALI DAN SEPUPU SAYA INI TIDAK MENJADI PENENTU
KEPADA NASIB GENERASI MENDATANG!
[Suka ka tak suka ka, untuk beberapa tahun akan datang, realiti semasa
mengatakan UMNO akan terus menguasai pemerintahan negara. Alang-alang menyeluk
pekasam, biarlah yang elok-elok saja dok di hadapan]
Akhir sekali, waktu singgah di suatu tempat, saya ada terbaca satu cerita
dalam surat khabar kisah Kementerian Belia dan Sukan kena tipu hidup-hidup
dengan sekumpulan 'Malaysia Boleh' yang diheboh-hebohkan menjadi anak-anak
Malaysia pertama membuat penerjunan payung terjun di kutub selatan, tapi
rupa-rupanya selepas mendapat tajaan 'pinjaman' beratus-ratus ribu ringgit
dari kerajaan berserta bantuan berbagai rupa, depa bukannya terjun di kutub
selatan, tapi nu dia, lebih kurang 1,800 kilometer jauhnya daripada sasaran.
KALAU HABAG AWAI-AWAI KATA GAGAL TAK APALAH JUGAK - INI, DAH LA BERIBU BATU
JAUHNYA DARIPADA SASARAN, KEMUDIAN TAK MALU PULAK PI BUAT CERITA KATA BERJAYA
TERJUN DI KUTUB SELATAN!!
Nasib baik ada sorang Doktor dalam pasukan itu yang bocorkan rahsia, kalau
tidak butalah kita satu negara kena tipu hidup-hidup dengan puak-puak Malaysia
Boleh ini!!
Penipuan hidup-hidup ini membuatkan kita terfikir:
"ISH, BETOI KA DATUK AZHAR MANSUR DAH PUSING DUNIA TU; KA, DEPA BAWAK DIA
TURUN NAIK TURUN NAIK, GUNA KAPAL LAIN PUSING DUNIA ???"
Manalah tahu, kot-kot lepas Tanjung Pengharapan di Afrika tu, depa lepas dia
balik turun ke laut, suruh tala ke Langkawi. Ya lah, Malaysia Boleh punya
pasal, macam-macam boleh jadi. Wallah hu aklam.
Wassalam,
Ahmad Baharudin Kasbi
------------------------------------------------------------
Get your FREE web-based e-mail and newsgroup access at:
http://MailAndNews.com
Create a new mailbox, or access your existing IMAP4 or
POP3 mailbox from anywhere with just a web browser.
------------------------------------------------------------
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>