*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam...
Nie email, ada sesiapa boleh bagi keterangan and conformation?  

 
Begin forwarded message:

From: [EMAIL PROTECTED] 

Reference : http://www.malaysia.net/sarawak/messages/3222.html


Kalaulah benar laporan Borneo Post semalam bahawa Parti KeADILan
Nasional [KeADILan] Sarawak keluar dari BA, ia jelas satu kejadian yg
amat tragis semasa kita bersiap sedia menghadapi Pilihanraya Negeri yg
akan datang.

Para KeADILan sepatutnya sedar bahawa rakyat Sarawak begitu memberi
harapan besar kepada KeADILan utk membenteras politik kotor Taib dan
kroninya. KeADILan patut sedar bahawa sokongan itu diberi oleh rakyat
atas karisma dan pengaruh KeADILan di Semenanjung, bukan kerana
kewibawaan kepimpinannya di Sarawak. Siapa itu yusuf Abdul Rahman di
mata orang Sarawak? Kalau bukan kerana isu kontroversi nama Abadul
Rahman di belakangnya dikaitkan dengan 'Yakub' tak ada sesiapa yg kenal
Yusuf di Sarawak. Janganlah terlalu perasan sehingga merasa org Sarawak
ni seolah2 semua kenal Yusuf. Dati Seri Wan Azizah jelas tersalah pilih
org ketika Yusuf tak semena-mena tampil menubuhkan JK KeADILan. Yusuf
sepatutnya sedar bahawa kedudukan beliau sebagai Liason Officer
KeADILan Sarawak bersifat sementara sebelum pemimpin sebenarnya
diketengahkan. Tapi tak nampak pun Yusuf memberi laluan walaupun dia
tahu tidak mempunyai pengaruh walau sesen pun dalam KeADILan.

Alasan tidak dapat bekerjasama dengan DAP dan STAR ekoran dari
pertindihan calon dalam pilihanraya yang lepas menunjukkan
ketidak-matangan para pimpinannya. Ini hakikat yg perlu diakui dan
penulis ini bolehlah dianggap sebagai penyokong BN yg menyamar jadi
penyokong BA kalau memang tidak mahu jujur pada diri sendiri. Dalam
pilihanraya yg lepas sebagai sebuah parti yang baru muncul KeADILan
sepatutnya lebih bersifat memberi laluan kepada parti yang sudah lama
bertapak. Bahkan mereka juga perlu sedar bahawa pada hakikatnya, selain
dari Protem Committee yg dibentuk di Kuching, KeADILan Sarawak bahkan
tidak layak pun disebut sebagai sebuah parti. Jentera parti sebenarnya
hampir tidak wujud di semua daerah. Yang ada hanyalah penyokong. Hanya
calon2 KeADILan yg berasal dari ABIM sahaja yg benar2 ada jentera yg
memang telah lama dimobilise melalui usrah!

Sepatutnya dalam pembahagian kerusi dengan parti2 lain KeADILan
mendahulukan DAP dalam kawasan yang mereka nampak lebih berpeluang
seperti Bandar Kuching dan Stampin. Dengan STAR memanglah boleh
berunding sedikit, kerana Presidennya pun termasuk jenis perasan
yangmenyangka dia patut diberi semua kawasan majority non-muslim Bumi!
Bahkan KeADILan juga patut menghormati PAS yang memang sudah berkembang
sejak lama. Sebelum ditubuhkan Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak,
kumpulan PAS yg digerakkan oleh Ustaz Mohd Zain ( sekarang Ketua Dewan
Ulama PAS Selangor ) telah pun membina pengaruh mereka sendiri di
sekitar kawasan Petra Jaya. 

Semua parti lain, selain STAR yg perasan tadi, akur bahawa KeADILan
punya peluang besar untuk memenangi semua kawasan yg bukan tradisi DAP
atau STAR , dan juga PAS ( walaupun tak pernah ada calon pilihanraya). 

Faktor lain ialah kerakusan para veteran politik yg menyertai KeADILan
untuk ikut bertanding. Ini melemahkan lagi pengaruh KeADILan terutama
sekali kawasan Petra Jaya yg ditandingi oleh Wan Zainal. Maaf lah Ami
Zainal... ini hakikat yg perlu diakui. Lupalah kes lampu padam tu.
Kalau calon seperti Ustaz Husaini atau Zulrusydi ( Pengerusi ABIM )
diletakkan di situ, mungkin majoritynya jauh lebih besar sehingga kes
lampu padam pun mungkin tidak akan memberi impact kepada kiraan undi
melalui kotak seludup ( undi Pos konon !!)

contohilah pemimpin veteran seperti Habsah Harun yg lebih bersedia
menjadi pendorong sahaja kepada pelapis politik baru di sarawak. Datuk
Habsah mungkin tahu pasti bahawa, walaupun beliau sudah berusaha
memberitahu Tun Rahman jgn ikut campur, tetapi rakyat tidak mudah utk
tidak mengaitkannya dengan Tun. 

Jadi apakah cerita di sebaliknya, sehingga KeADILan merasa mampu
bersaing seorang diri di pilihanraya akan datang ? Tidak sedia
'berkongsi kasih' utk menambat hati rakyat? Bukan itu tamak namanya.
Bagaimanakah rakyat akan memberi kepercayaan kepada parti yang tidak
dapat bekerjasama dengan orang lain ... walau benci macamana pun mereka
di bawah kepimpinan Taib.

Adakah kegiatan UMNO melobi para personel KeADILan akhir2 ini memberi
kesan? Adakah tawaran UMNO Sarawak untuk berganding bahu menjadi
barisan pembangkang di peringkat negeri membuat KeADILan bertukar
angin? Tidakkah perkara ini dibincangkan dahulu dengan para pemimpin
KeADILan di luar Kuching sehingga mereka saat ini pun terpinga2 dengan
keputusan ini. 

Last sekali .. jgn ketawa.. betulkah laporan Borneo Post tu?

Ini pandangan ikhlas dari seorang penyokong yg memberi harapan supaya
KeADILan dapat mepertingkatkan lagi peluangnya. Maaf kalau ada yg
tersinggung ... maklumlah zaman saman-menyaman ni!!

aku ~~~~~~




------------------------------------------------------------------------
Demi keADILan - http://www.keadilan.org
To subscribe, send a blank e-mail to:
[EMAIL PROTECTED]
To unsubscribe, send a blank e-mail to:
[EMAIL PROTECTED]

------------------------------------------------------------------------
Body Paint, Chocolates, & Roses Oh My!
http://click.egroups.com/1/1159/0/_/1916/_/949685225/


eGroups.com home: http://www.egroups.com/group/parti-keadilan
http://www.egroups.com - Simplifying group communications





 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: AbgLang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke