*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kalau bersanding di hotel 5 bintang, maka boleh-lah
kita beranggapan bahawa pengantin pompuan Melayu atau
lelaki India tu atau kedua-duanya adalah dari kalangan
golongan berada. Tak gitu.  

Maka saya juga beranggapan bahawa salah seorang
daripada mempelai atau kedua-duanya sekali tu telah
diberitahu oleh pihak hotel akan aktiviti-aktiviti
yang akan dijalankan semasa persandingan tu.  Ialah
sebagai kenangan manis sekali dalam seumur hidup
katakan. Tak gitu. 

Dengan itu saya beranggapan juga bahawa pasangan
tersebut bersetuju rela hati atau reda dengan acara
yang dibuat oleh pihak hotel.  Tak gitu. 

Jadi saya membuat kesimpulan bahawa "LANTAK KAULAH
WAHAI MEMPELAI-SENDIRI BUAT SENDIRI TANGGUNG-MAK
BAPAK, SEDARA MARA DAN RAKAN TAULAN KAN ADA...TAKKAN
TAK BAGI NASEHAT KOT SEBELUM BENDA TU BERLAKU"

Cuma saya berharap benar mempelai India tu ikhlas
masuk Islam bukan sebab nak kawin pompuan Melayu tu. 
Dan moga-moga dikekalkan jodoh mereka.

Tak maulah terjadi lagi episod lelaki India/Hindu
kembali murtad tak lama selepas kawin pompuan Melayu. 
Habis madu, sepah dibuang.  Tak gitu.

Pak Engku, any komen. Sila rujuk kes lelaki India
kembali murtad tak lama selepas kawin pompuan Melayu
dalam E-mail saya terdahulu.

Sekian.

adi.
--- Hantu Raya <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
> http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]  
>       }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED]     }
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Majlis perkahwinan penuh kemelayuan-Islam dicemari
> 
> Saudara Pengarang,
> PADA malam 12 Februari 2000 yang lepas satu upacara
> perkahwinan pasangan
> Melayu dan India telah diadakan di sabuah hotel lima
> bintang di Shah Alam.
> 
> Dalam majlis itu saya merasa sangat terharu dan
> kagum melihat satu majlis yang
> diadakan disambut dengan penuh meriah oleh
> masyarakat yang berlainan agama
> dan bangsa dengan suasana harmoni sekali.
> 
> Pihak pengantin perempuan adalah terdiri dari orang
> Melayu sementara pihak
> lelaki pula berbangsa India.
> 
> Para jemputan yang datang lebih kurang tiga ratus
> orang terdiri daripada 
> bangsa
> Melayu, India dan Cina. Dapat duduk semeja dan
> berbual mesra tanpa mengira
> status agama dan bangsa, syabas anda semua orang
> Malaysia.
> 
> Pada malam itu pasangan mempelai diiringi dengan
> paluan kompang menuju ke
> arah pelamin. Kedua mempelai begitu anggun dengan
> set lengkap pakaian tradisi
> Melayu.
> 
> Upacara dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz
> jemputan dari pihak hotel,
> semua jemputan yang beragama Islam mengangkat tangan
> mengaminkan doa
> tersebut.
> 
> Bagi yang bukan Islam pula hanya tunduk menghormati
> bacaan doa ustaz
> tersebut.
> 
> Selepas itu diadakan pula upacara menepung tawar
> oleh kedua-dua belah pihak
> perempuan dan lelaki.
> 
> Pihak lelaki walaupun agak kekok dengan budaya yang
> agak asing baginya
> tetapi dapat melakukan dengan baik.
> 
> Syabas walaupun anak mereka kini telah berlainan
> agama dan adat mereka
> masih dapat memelihara hubungan dan ikatan
> kekeluargaan.
> 
> Kemudian diadakan pula acara silat Melayu, lapan
> pemuda dengan lincah
> mempersembahkan silat warisan Melayu 'yang takkan
> lapuk dek hujan dan
> takkan lekang dek panas'. Tahniah!
> 
> Selepas itu diadakan pula majlis makan beradab
> bersama para jemputan dengan
> diiringi oleh nyanyian lagu-lagu Asli. Sungguh
> mengasyikkan, Tahniah!
> 
> Sebaik selesai upacara makan beradab, diadakan pula
> upacara memotong kek.
> Memotong kek tidak salah daripada sisi agama Islam.
> Apa yang sangat-sangat
> dikesalkan, ialah sambutan acara memotong kek
> berkenaan.
> 
> Upacara itu bukan saja mirip kepada budaya agama
> lain tetapi terus melencong
> daripada akidah Islam.
> 
> Pada upacara itu para pengiring dipakaikan, pakaian
> dengan identiti sesuatu
> agama, seperti yang sering kita lihat dalam
> cerita-cerita Inggeris dikaca TV,
> menuju ke arah pentas.
> 
> Seperti apa yang sering kita lihat setiap kali orang
> inggeris hendak memotong
> kek perkahwinan mereka, mereka akan diiringi oleh
> beberapa pembawa kek
> dengan iringan lagu berunsur agama mereka.
> 
> Lagu yang sering dimainkan setiap kali upacara agama
> dimainkan di dalam
> dewan yang serba indah itu.
> 
> Sebahagian tetamu yang beragama Islam agak terkejut
> dan ada yang mengucap
> panjang melihat satu peristiwa yang sungguh asing
> bagi mereka. Apa yang saya
> lihat ustaz yang tukang baca doa, hanya boleh
> menggeleng-gelengkan kepala
> sahaja.
> 
> Saya sungguh terkejut dan terasa seolah-olah berada
> dalam dewan sebuah
> tempat ibadat agama lain pada ketika itu.
> 
> Pada mulanya perasaan bangga dan kagum terhadap
> majlis itu kini telah bertukar
> menjadi meluat pula. Kerana terasa seolah-olah agama
> Islam yang suci dan adat
> Melayu yang disanjung dipermain-mainkan.
> 
> Walaupun mereka berkahwin campur tetapi agama dan
> adat tidak boleh
> dicampur seperti orang kahwin campur.
> 
> Pada pandangan saya yang ku-rang mengerti tentang
> soal-soal hukum agama,
> inilah salah satu cara untuk mereka memesongkan
> akidah penganut agama Islam.
> Apa lagi mereka yang baru memeluk agama Islam
> seperti pasangan yang baru
> itu.
> 
> Mereka menggunakan satu taktik yang sungguh halus
> tanpa dapat dikesan oleh
> umat Islam dan Jabatan Agama Islam .
> 
> Di sini ingin saya bertanya pada pihak pengurusan
> hotel di Shah Alam amnya,
> apakah upacara itu satu tradisi yang diamalkan oleh
> semua hotel di Malaysia 
> atau
> hanya hotel berkenaan sahaja? Ataupun permintaan
> dari pihak pe-ngantin?
> 
> Juga saya berharap pihak majlis agama Islam dapat
> berbincang dan mengambil
> tindakan yang sewajarnya demi kebaikan umat Islam.
> 
> Begitu juga dengan pihak berkuasa supaya dapat
> mengawal kembali aktiviti yang
> melibatkan pihak hotel yang ingin menganjurkan
> upacara yang berunsur agama
> supaya mengkaji dulu secara mendalam.
> 
> Juga saya berharap agar pihak Kementerian Kebudayaan
> Kesenian dan
> Pelancongan agar lebih peka terhadap masalah-masalah
> yang berkaitan dengan
> agama.
> 
> Diharap Jabatan Agama Islam lebih peka terhadap
> perkara-perkara yang
> bersangkutan dengan akidah orang Islam. Umat Islam
> di Malaysia wajar bukan
> hanya pada nama sahaja Islam tetapi akidahnya juga.
> - INSAN TERSEDAR,
> Shah Alam, Selangor.
> 
>
------------------------------------------------------------
>  Get your FREE web-based e-mail and newsgroup access
> at:
>                 http://MailAndNews.com
> 
>  Create a new mailbox, or access your existing IMAP4
> or
>  POP3 mailbox from anywhere with just a web browser.
>
------------------------------------------------------------
> 
> 
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body
> : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body: 
> UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak
> menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  
>                )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]    
>                )
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: Hantu Raya <[EMAIL PROTECTED]>
> 
=== message truncated ===
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: adi purnama <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke