*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Masalah Kanak-Kanak Sekolah dan Masalah Sekolah Islam;

Pendidikan anak-anak boleh lah kita bahagikan kepada 3 ketegori:
a) Pendidikan Al-Quran
b) Pendidikan Agama
c) Pendidikan Akedemik

Ketiga-tiga nya amat perlu, penting, ideal dan bagus sekali. 
Kalau nak anak-anak Islam kita jadi Jurutera, Doktor dan 
sebagainya, kita kena ajar anak-anak pendidikan Akedemik. Supaya 
anak-anak selamat dunia dan akhirat, maka pendidikan agama dan 
Al-Quran perlu dan mesti ada.

Namun pasti sekali ia melibatkan Bahan Bacaan dan Tulisan, iaitu 
berupa Buku Teks, Buku Kerja dan Buku Untuk Menulis.  Jika di campur 
semua sekali, sememangnya amat berat, malah jika kita sendiri 
(pernahkah si ibu bapa atau guru) cuba mengangkatnya, memang berat 
sekali, sedangkan kanak-kanak baru berusia muda dan kekuatannya maseh 
kurang berbanding kita yang dewasa.  Terasa bagitu kesihan dan sedih 
sekali, tetapi adakah ibu bapa dan guru mengambil berat, perihatin dan 
ambil tindakan "pro-active" masalah ini.

Penyelesaian pertama adalah dengan mengadakan Almari / Rak Buku samada 
di sebelah atau di belakang Bilik Darjah.  Setiap buku di tulis Nama 
Penuh Murid-Murid.  Dalam masalah ini, tindakan dan tanggungjawab 
pehak Pengurusan Sekolah tersebut.  Memang kos tinggi, tetapi jika 
kita buat satu demi satu, pasti selesai akhirnya.  Contoh sekolah yang 
saya lawati dan temui adalah Sekolah Rendah Simpang 5, Klang, 
Selangor.   Bayangkan sekolah tersebut mejoriti nya Bukan Melayu / 
Islam, bagitulah pehak pengurusan sekolah mengambil berat tentang 
pelajar.  Tetapi bagaimana pula sekolah yang mejoritinya Melayu / 
Islam ?.  Bagaimana pula sekolah swasta di mana pemiliknya Melayu / 
Islam ?.  Sudah buat kerja atau belum ?

Penyelesaian kedua adalah dengan melalui Jadual Waktu itu sendiri. 
Semua sekolah ada jadual waktu untuk murid / darjah.  Dalam hal ini 
kerjasama Murid, Ibu Bapa dan Guru amat di perlukan.  Setiap malam  
ibu bapa seharusnya luangkan masa sebentar tengok kerja-kerja harian 
sekolah dan Jadual Waktu anaknya untuk hari esok.  Bantu anak-anak, 
bukan "main suruh dan marah anak-anak".  Bagitu juga, guru cubalah 
peringatkan murid-murid apa-apa keperluan untuk esoknya.  Tetapi 
terdapat komen dari anak-anak, dimana ada sekolah dimana guru tidak 
datang kelas, maka kesian anak itu tidak belajar, si anak jadi mangsa. 
 Biasalah jika guru tiada, bermainlah si anak itu.

Penyelesaian ketiga melalui "Smart School (Sekolah Bestari)" - 
Computer based school / Learning.  Cadangan minta murid bawa Notebook 
Computer tu, tak payah lah.  Yang penting di rumah tu biarlah ada 
komputer.  Bila kaedah Smart School / Bestari di laksanakan, apa-apa 
di pelajari dalam Buku teks, boleh di masukan kedalam komputer dan di 
pelajari melalui komputer software.  Tentu sekali kos tinggi, tapi 
kena buat lah sikit demi sikit.  Tetapi yang amat malang, ada sekolah 
swasta islam yang menggunakan nama BESTARI, tetapi TIADA BILIK 
KOMPUTER atau Tiada Menyediakan Komputer.  Sedih sekali kita sebagai 
umat Islam maseh cuba membuat Penipuan Secara Halus kepada Ibubapa. 
Apa hukumnya orang atau pehak pengurusan sekolah yang seperti ini.  
Sedangkan sekolah yang bukan menggunakan perkataan Bestari, telah ada 
Bilik Khas Komputer dan telah mula mengajar murid-murid bermula dari 
Darjah 1 lagi. Sekali lagi saya memberi kepujian kepada Sekolah yang 
sama itu Sekolah Rendah Simpang Lima, Klang, Selangor selepas membuat 
lawatan dan kajian.

Kesimpulannya, orang bukan Islam, amat perihatin dan ambil berat 
tentang pembelajaran anak-anak dengan menyediakan pelbagai kemudahan 
dan aktiviti, ikut perkembangan semasa dan teknologi.  Tapi kita yang 
Islam ini, sepatutnya seperti mereka atau lebih baik dari mereka.  
Macam seolah-olah kita Tiada Idea, Tiada Wawasan, Tiada Perancangan, 
Tiada Pengurusan.  Macam-macam masalah timbul, semacam tidak boleh di 
atasi sendiri.  Bila komen sikit, melenting, tidak mahu cuba 
membetulkan keadaan.

Masalah Pengurusan Sekolah yang kecil itu pun tidak boleh di 
selesaikan, ini kan pula masalah negara. Bayangkan ada sekolah swasta 
Islam yang hingga kehari ini (25 Feb. 2000) maseh TIADA PAKAIAN 
SERAGAM UNTUK ANAK-ANAK SEKOLAH - inilah jadinya jika kita ajar orang 
supaya jangan sifat tamak, tapi kita yang mengajar rupanya bersifat 
TAMAK.  Kita ajar anak-anak supaya bersih sebab ia sebahagian dari 
iman kita, tapi rupanya tempat guru mengajar dan anak-anak belajar, 
tempat nya kotor, bilik airnya kotor (ada kala terdapat najis) tidak 
di bersihkan, tidak ada paip getah atau mangkuk untuk ambil air, malah 
ada ketika tiada air.  Jadi dimana iman kita sebagai Guru, malah di 
kenali sebagai Ustaz/Ustazah.  Kadang terasa malu, bila anak-anak 
balik komen kat ibu bapa tentang masalah tersebut.

Dalam masalah lain pula, kita maseh bernasib malang, kita sudah 
merdeka 42 tahun pun, Pakar Sakit Puan, maseh Lelaki, nak melahir anak 
pun, ada tempat dimana lekaki yang menyambutnya. Kemana perginya 
Doktor Wanita Islam ?.  Dimana wasasan pendidikan Islam, dimana 
wawasan Pertubuhan dan Parti Islam ?.

Jadi, macamana Allah nak beri Islam memerintah negara, sebab Tak Layak 
atau Belum Layak memerintah Negara....hanya layak memerintah negeri 
saja sebagai percubaan.
 

Sekian

Burhanuddin bin Mohd Saleh <[EMAIL PROTECTED]> wrote on Thursday February 
17, 2000 at 12:15pm:
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Cuma nak tambah sikir.....
>
>Tentang masalah beg berat?
>Bermacam penyelesaian telah dicadangkan. Antaranya Jadual Waktu 
anjal. Bagaimana
>dengan keberkesanannya?
>
>Apa yang saya perhatikan ialah, pengenalan buku kerja. Bayangkan 
selain dari
>buku teks, pelajar terpaksan menyediakan buku kerja serta beberapa 
buah buku
>tulis untuk sesuatu matapelajaran. Adakah ini perlu? Setahu saya, 
buku kerja ini
>hanya sebagai tambahan, bukan sesuatu yang mesti. Ada sekolah-sekolah 
yang
>mewajibkan pelajar-pelajarnya membeli buku kerja kerana sekolah nak 
duit atau
>Persatuan Pengetua-pengetua nak duit hasil dari jualan buku kerja 
itu. Kalau
>ditengok latihan-latihan yang ada selalunya bukannya sesuai dengan 
tahap pelajar
>berkenaan. Lihat siapa yang rugi......Jika sikap memaksa 
pelajar-pelajar
>menggunakan buku-buku kerja diamalkan, perkenalkan apa jenis jadual 
sekali pun
>masalah tak akan selesai.
>
>Dan satu tentang jadual waktu anjal ini. Bagi saya ada tak baiknya. 
Contohnya,
>jika 2 waktu matematik digabungkan, adakah sesuai diajar kepada 
pelajar 2 tajuk
>yang berlainan. Melalui pengalaman saya sebagai pelajar, saya rasa 
tidak. Tajuk
>baru yang diajar perlu dimahirkan. Ini memerlukan latihan. Tapi belum 
sempat nak
>buat latihan ini, dah diajar pula tajuk yang satu lagi. Kalau tak 
ajar pulak
>timbul masalah sukatan tak habis. Abis camnooooo...
>
>H Rahman wrote:
>
>>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>> Salam~
>>
>> Saya bersetuju penuh dengan pandangan saudara Tebuan ini.
>>
>> Kadang-kadang saya naik simpati dengan anak-anak saya yang masih 
kat sekolah
>> rendah tu. Malam, nak kena buat kerja-kerja sekolah; di celah-celah 
itu
>> pula, mereka kena mengaji Quran. Nasib baik lah saya sendiri yang 
mengajar
>> kat rumah, bolehlah bahagi-bahagikan masa antara h/work dan mengaji 
itu.
>>
>> Saya terperasan kadang-kadang anak-anak saya ini jadi 'boring' 
semacam bila
>> saya dok asyik berleter suruh mandi cepat-cepat, nak kena mengaji, 
lepas tu
>> nak kena buat kerja sekolah. Kadang-kadang, saya tengok dema ini
>> tersenggok-senggok masa buat kerja sekolah, masa mengaji Quran pun 
dok kira
>> nak cepat saja. Kesian kat dema!
>>
>> Masalahnya, kami suami isteri tak boleh buat apa-apa....walau pun 
isteri
>> saya itu cikgu, dan saya pula orang kuat PIBG!!
>>
>> Guru-guru dan PIBG tak boleh buat apa-apa deh!
>>
>> Sekian
>> H Rahman
>>
>> ============================
>> [EMAIL PROTECTED] wrote:
>>
>> Assalamu'alaikum,
>>
>> Teman tak tahulah samaada teman silap dengar atau tidak.
>> Dalam satu berita Inggeris semalam ada diperkatakan
>> pasal beg berat dan kanak2 dibebani dengan terlampau
>> banyak mata pelajaran dan peperiksaan - perkara ini
>> rupa2nya berlaku juga di negara China, bukan di
>> Malaysia saja.  Infact on average those kids spend
>> almost 3 hours a day doing revision at home.
>>
>> Dan semasa taste-bud teman dok memproses pari bakar
>> (itu pasal saraf pendengaran sedikit terganggu)
>> teman dengar homework untuk tahap 1 dan 2 ingin/telah
>> diharamkan.  Antara sebabnya ialah untuk memberi
>> peluang kanak2 menikmati alam kanak2 sepenuhnya yang
>> mana tidak diajar dalam buku teks.
>>
>> Nah, kalau begitu gayanya, apahal dengan kita di sini;
>> tak cukup dengan beban homework, ditambah pula dengan
>> tuition, ditambah pula dengan express kelasnya, dsbnya.
>> Bila besar dan berjaya, apa jenis character agaknya
>> yang akan muncul dari insan super bagus ini?
>>
>> Ada sapa2 terdengar benda yang sama semalam?
>>
>> Wassalam
>>
>> ______________________________________________________
>> Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
>>
>>  
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE 
HIZB)
>>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE 
HIZB)
>>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan            
 )
>>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                 
 )
>>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                   
 )
>>  
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>>
>> Pengirim: "H Rahman" <[EMAIL PROTECTED]>
>
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: Burhanuddin bin Mohd Saleh <[EMAIL PROTECTED]>

+--------------------------------------------------------------------------+
| The coolest site for free home pages, email, chat, e-cards, movie info.. |
|               http://www.goplay.com - it's time to Go Play!              |
+--------------------------------------------------------------------------+

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "year2003" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke