Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
BERITA MALAYSIA
Febuary 27 , 2000 11:10AM
DATUK ABDULLAH KIA MENINGGAL DUNIA
KUANTAN, 27 Feb (Bernama) -- Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pendidikan dan Multimedia Negeri Pahang Datuk Abdullah Kia meninggal dunia malam tadi di Hospital Tengku Ampuan Afzan akibat serangan angin ahmar.
Abdullah, 54, yang dimasukkan ke hospital itu Selasa lepas menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 11.05 minit malam tadi. Turut berada di sisi beliau pada masa itu ialah Sultan Pahang yang datang melawat beliau sejak pukul 10 malam dan anggota keluarga yang lain.
Jenazahnya dibawa pulang dan disembahyangkan dirumahnya di 6242, Lorong 46, Jalan Tengku Muhammad, Alor Akar, Kuantan.
Beliau akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Hutan Setali, Galing, di sini selepas waktu Zohor hari ini.
Beliau meninggalkan dua orang balu dan tujuh orang anak.
Abdullah mendapat pendididikan awal di Sekolah Melayu sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya.
Beliau yang mula bergiat aktif dal! am politik sejak 1975, memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kerdau pada pilihan raya umum 1982 dan kemudiannya bertanding di kerusi DUN kawasan Jenderak pada pilihan raya 1986, dan kemudiannya dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Negeri sejak itu.
Beliau yang bertanding di kerusi DUN Sanggang kemudiannya dilantik menjadi speaker DUN selama dua penggal selepas pilihan raya umum 1990.
Abdullah kemudiannya dilantik semula ke jawatannya sekarang pada 10 Dis tahun lepas selepas mengekalkan kerusinya pada pilihan raya umum ke-10, 29 Nov 1999. -- BERNAMA
Won by BN N26 - Sanggang Total Voters 15,579 Abdullah Kia (BN UMNO) 6008 Abdul Rahim Abd Latif (OPP PAS) 4970 Total Votes cast % Votes cast Spoilt Votes Majority Votes 10978 72.46 273 1038
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
To Post a message, send it to: [EMAIL PROTECTED] To Unsubscribe, send a blank message to: [EMAIL PROTECTED]eGroups.com Home: http://www.egroups.com/group/mat-salleh
www.egroups.com - Simplifying group communications