Subject:        Persoalan Neck Tie Sutera.

Sah ke sembahyang seseorang lelaki dengan memakai tie sutera ( di tulis 100% silk ) ???
Siapa yang arif silalah membantu saya yang kurang pakar dalam hukum hakam bab ini.
Apakah takrif sutera yang sebenar yang tidak boleh di pakai oleh lelaki Islam samada di dalam atau di luar sembahyang.

Terima kasih kerana bantuan anda.

Wassallam.



Wa'alaikum salam warahmatullah,

Isu 1: Adakah dibenarkan memakai tali leher 100% sutera?

Terdapat 2 pendapat mengenai persoalan di atas.
1. Ulamak yg mengharuskannya dgn alasan sutera itu (neck tie) bukanlah pakaian utama [jumlah kain sutera adalah sedikit berbanding dgn kain utama yg dijadikan pakaian].

2. Ulamak yg mengharamkannya dgn alasan bahawa Hadith pengharaman sutera tidak menyebut sekadar mana sutera yg diharuskan walaupun satu jari.

Komentar:
Hadith tentang pengharaman sutera adalah jelas. Namun begitu, ulamak berselisih pendapat bahawa sekiranya jumlah kain sutera yg dipakai adalah terlalu sedikit dgn jumlah kain (yg bukan sutera) yg dijadikan pakaian utama; ada yg berpendapat harus dan ada yg mengatakan sebaliknya.

A. Kumpulan ulamak yg mengharuskannya berpegang kpd qaul berikut:
Diriwayatkan oleh Ibn Hazm, dari Suwaid bin Ghaflah: "Kami telah berjaya menakhluki negeri Syam. Pada suatu hari kami pulang ke Madinah, dan sudah hampir ke sana, kami pakai kain sutera dan dibaj (sejenis kain sutera yg banyak gambar). Sebaik sahaja Umar melihat kedatangan kami yg memakai kain sutera itu, beliau melempar kami. Melihat beliau marah, kami tanggalkan pakaian itu dan kami pakai kain biasa. Kemudian beliau nampak tersenyum dan berkata: "Selamat datang wahai kaum muhajirin. Ketahuilah bahawa Allah S.W.T tidak membolehkan pakaian sutera bagi org-org sblm kamu, apakah Dia bolehkan kpd kamu? Kaum lelaki tidak boleh memakai sutera kecuali sekadar ini dan ini." Menurut Syukbah, Umar mengisyaratkan satu jari, dua atau tiga jari. Maksudnya lelaki dibolehkan memakai kain yg bercampur sutera tetapi campuran suterana jauh lebih sedikit dari kain biasa.
**Dlm archive Al-Ahkam Online, Panelnya (Tuan Hassan Tuan Lah) menyebut bahawa terdapat hadith drpd Riwayat Imam Muslim daripada Umar Al-Khattab bahawa Baginda S.A.W membenarkan lelaki memakai sutera dgn sekadar satu jari, dua atau tiga jari. Tetapi apabila disemak, ia tidak terdapat dlm riwayat Imam Muslim. Riwayat di atas membuktikan bahawa ia adalah ijtihad Umar Al-Khattab dan bukannya sabda Rasulullah S.A.W seperti yg tertera dlm ahkam-online.

Imam Syaukani dlm Nailul Autar berpendapat harus bagi lelaki sedikit sutera.

B. Kumpulan ulamak yg mengata sebaliknya (haram) berpegang kpd hadith berikut, ini kerana hadith berikut tidak menyatakan tentang sekadar mana yg dibolehkan pakai:
Rasulullah S.A.W mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya dan ia mengambil emas kemudian diletakkan sebelah kirinya, lantas ia  berkata: "Kedua ini haram buat lelaki dari ummatku." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An-Nasaie, Ibn Hibban dan Ibn Majah)
 

Isu 2: Takrif sebenarnya sutera yg tidak dibenarkan dipakai oleh lelaki samada di luar atau dlm sembahyang
Isu ini bukanlah kerana sutera itu najis. Sutera dibenarkan dipakai oleh kaum wanita di dlm dan luar sembahyang dan kaum lelaki diharamkan memakai sutera samada di dlm atau di luar sembahyang. Namun terdapat khilaf mengenainya, apakah dibolehkan sekiranya jumlah sutera itu sedikit atau tidak dibenarkan. Ulamak yg mengatakan harus memakai sedikit sutera, maka dibolehkan memakai sedikit sutera dlm sembahyang. Ulamak yg mengatakan sebaliknya (Haram), diharamkan memakai sutera walaupun sedikit.

Lelaki hanya dibenarkan memakai sutera hanya pada ketika darurat spt masalah kesihatan, iaitu sebagaimana Rasulullah S.A.W pernah mengizinkan Abdul Rahman bin Auf dan Zubair Al-Awwam utk memakai sutera kerana ada luka di bhgn badannya (Riwayat Bukhari).

Disebabkan dalil-dalil yg mengharamkannya lebih jelas dan dalil yg mengharuskan sedikit pemakaian sutera terlalu kabur, maka pilihlah yg kuat agar dipermudahkan kita menjawab di yaumil mashyar.

Wallahua'lam.

Al-fiqh Islami Wal Adillatuhu, Dr. Wahbah Az-Zuhaili
Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Al-Qardhawi
Umar Al-Khattab: Keputusan hukum dan Fatwa-fatwanya, Abdul Aziz Al-Hallawi
Al-Ahkam Online

Kirim email ke