*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Telah hampir masanya Khadam Haramain ditukar. Itulah wajah Saudi yang 
kononnya melaksanakan undang-undang dan hukum Islam. Terbukti mereka hanya 
negara umat Islam, bukan negara Islam sejati. Merekalah yang selama ini yang 
membidaahkan orang lain, sebaliknya telah melakukan bidaah yang besar, 
mengusir orang yang ingin menjadi tetamu Allah.
Begitu juga di sebelah sini, kerajaan yang 'menerap' Islam patut diganti 
kepada yang mengamalkan Islam yang syumul. Mereka di ambang kehancuran, 
makin hari makin tenat, menteri agamanya makin hari makin nyanyuk.
Kejadian ini menjelaskan lagi isyarat hadis, akan berlaku perubahan global 
yang melibatkan seluruh dunia. Prosesnya bermula di Timur (Malaysia) dan 
akan berterusan ke Timur Tengah (Makkah dan Madinah).
Keluarga Rasulullah SAW yang diusir dari bumi Hijaz hampir mendapat 
pembelaan, dan Islam kan berdaulat kembali menguasai dunia.

Wassalam,

Arjuna Armada


>From: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
>To: Pemuda Cawangan <[EMAIL PROTECTED]>
>CC: ismail ahmad <[EMAIL PROTECTED]>, Ahmad Chukari <[EMAIL PROTECTED]>,  
>       kliner <[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: H-Net* Jemaah Haji - Celaka LUTH.....
>Date: Thu, 17 Feb 2000 13:56:40 +0800
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamualaikum wbt.
>
>Di Malaysia, jika kerajaan mengenakan sekatan ke atas program kuliah,
>ceramah dan kelas fardu ain di masjid dan di surau atau musolla yang
>dibimbangi disalahguna untuk menentang kerajaan dan sebagainya kita tentu
>rasa tidak puas hati dan meradang.
>
>Begitu juga jika sekiranya masjid di tutup dan hanya dibuka pada awal
>masuk waktu solat dan setengah jam selepas solat, pun ramai juga
>timbulkan rungutan yang tidak puas hati.
>
>Tetapi kerajaan Saudi lebih berani daripada itu. Berita penangkapan umat
>Islam untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima amat menyayat hati kita.
>
>Tindakan berani kerajaan Saudi itu amat kejam dan tidak berperikeIslaman.
>Umat yang ditangkap dan dihantar pulang itu bukannya "berniat" untuk
>tinggal di Mekah tetapi untuk menunaikan Haji. Apakah kesalahan yang
>lebih besar daripada menghalang umat Islam daripada mengerjakan "Haji"
>yang diwajibkan sekali dalam seumur hidup itu? Tidak bolehkah diadakan
>peraturan lain yang lebih menasabah dan berperikeIslaman semata-mata atas
>alasan tidak memiliki visa Haji? Contohnya dikenakan denda (contohnya
>Riyal 100) sahaja asalkan niatnya tidak terbatal atau pemergiannya tidak
>sesia. Lagi pun jemaah Haji Malaysia yang ditangkap itu sudah berada di
>sana.
>
>Kalau pun kerajaan Saudi mahu mengenakan peraturan yang ketat, namun
>sepatutnya perkara yang berkait dengan amal Rukun Islam yang kelima
>sekali seumur hidup itu patut dikaji semula. Jemaah Haji bukannya
>pelancong atau hidup merempat atau meminta sedekah di sana yang mungkin
>bakal menyusahkan penduduk Mekah atau kerajaan Saudi.
>
>Lagi pun berkenaan dengan pas lawatan atau visa itu hanyalah perkara yang
>berkait dengan peraturan atau undang-undang ciptaan manusia. Ia
>sepatutnya boleh dilonggarkan atau dipinda atas budi bicara semasa
>pelaksanaannya. Selagi tidak ada kemudaratan atau kesukaran yang lebih
>serius timbul.
>
>Dalam agama Islam sendiri, kita telah dididik lebih bertolak ansur untuk
>menunaikan sesuatu amalan dalam Rukun Islam. Contohnya perintah solat.
>Solat boleh didirikan secara jama' jika keadaan memaksa dengan
>syarat-syarat tertentu. Begitu juga tentang cara mendirikan solat. Tidak
>boleh berdiri, boleh duduk. Tidak mampu duduk boleh baring/mengiring ke
>kanan dan seterusnya. Apa yang jelas di sini ialah betapa bertolak
>ansurnya Allah ke atas hamba-hambaNya. Dan menunjukkan agama Islam itu
>sangat fleksibel dan seterusnya mendidik agar umatnya demikian juga dalam
>menjalani dan menempuh kerenah kehidupan yang bakal dihadapi yang tidak
>terduga banyaknya.
>
>Kerajaan Arab Saudi harus sedar bahawa "zon suci Tanah Mekah dan umat
>Islam mendirikan amal ibadah Haji"  bukan milik mutlak sesabuah kerajaan.
>Zon tersebut adalah milik Allah yang Allah amanahkan untuk semua umat
>Islam seluruh dunia. Dalam hal ini sepatutnya pemimpin negara Islam yang
>lain perlu dan patut sedar dan mengambil tanggungjawab  secara bersama
>menangani masalah ini yang kerap kali berulang setiap tahun. Iaitu hak
>menunaikan Haji adalah hak setiap umat Islam yang tidak boleh dihalang
>dan disekat. Kecualilah bagi orang yang menunaikan Haji kali kedua atau
>lebih daripada itu.
>
>Wallah hu a'alam.
>
>Pemuda Cawangan wrote:
>
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > Salamun alaikum
> >
> > Nampak sangat sedara kita ni buta fakta. Setiap tahun
> > terlalu ramai bakal jemaah haji yang dipaksa pulang
> > oleh Kerajaan Arab Saudi.
> >
> > Di Mekah sendiri hampir setiap hari ada yang kena
> > tangkap sebab tiada visa. Penangkapan biasanya dibuat
> > di Tanaim dimana umat islam akan pergi berniat untuk
> > umrah. Biasanya pemeriksaan mengejut dibuat ketika
> > jemmah ini turun dari bas dan akan diperiksa passport
> > masing-masing.
> >
> > Pernah terjadi jemaah yang tak bawa passport, walaupun
> > masih ada visa, ditahan dan di bantai sehari semalam
> > sebelum mereka bertanya tentang dimana passport.
> >
> > Tahun lepas kalau tak silap saya ada satu kapalterbang
> > dari Iran yang dipaksa balik setibanya di Jeddah.
> >
> > Jadi bukanlah rakyat Malaysia sahaja yang kena tahan.
> >
> > Sekian harap maklum
> >
> > wassalam
> >
> > --- ismail ahmad <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> > >
> > >
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "arjuna armada" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke