*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Minggu lepas, kita gebang pasal politik; walau pun tajuknya Gebang-Gebang, 
tapi ada orang yang melenting dan ambil serius dengan apa yang kita tulih, 
mungkin sebab bersangkut paut dengan politik kot; jadi apa kata minggu ini 
kita gebang-gebang bab lain pulak yang tak ada kena mengena dengan politik.

Ini, saya nak bawak cerita pasal Pembantu Rumah atau Maid dari Indonesia.

Saya teringin nak menulih pasal maid indonesia ini sebab dok tengok dalam 
surat khabar dua tiga hari ini gamat sekali dengan isu pembantu-pembantu rumah 
dari Indonesia yang didera. Kalau kita tengok akhbar the SUN semalam 
(13/2/00), boleh tengok gambar makcik kita dari Indon, bernama Nurjannah 
dengan gambar lebam, kurus kedengkiang kena dera dengan majikan dia. Di 
mukasurat yang sama juga ditunjukkan gambar sorang lagi pembantu rumah dari 
Indonesia yang lebam lengan atasnya bekas kena tokak (gigit) dengan 
majikannya.

ISH, ISH TERUK SUNGGUH DEPA-DEPA INI; TAK KAN MARAH ORANG SAMPAI NAK TOKAK 
TANGAN KOT!!

Cakap pasal makcik Nurjannah itu, saya tertunggu-tunggu nak tengok muka 
Majikan dia itu; cantik ka dia, huduh ka dia, hitam ka kulit dia, sawo matang 
ka, putih kuning ka; tak dak apa aih, saja la teringin nak tengok. Dah berapa 
hari dah berita Nurjannah ini kena dera keluar suratkhabar, The SUN semalam 
letak gambar kecil dia kat muka depan; dalam pun ada, jelas lebam dua-dua 
belah mata; lebih teruk lagi daripada kes lebam Datuk Seri Anwar kita.

Sembang pasal pembantu rumah dari Indonesia ini; macam-macam cerita kita 
dengar pasal Indonesian maid ini; apa tidaknya, sedar tak sedar, jumlah depa 
nie di Malaysia sekarang sudah mencecah angka 400,000 orang.

KALAULAH DEPA 400,000 ORANG INI PAKAT PI LUKU KEPALA MAJIKAN NURJANNAH INI, 
BOLEH LUNYAI KEPALA DIA!!

Kot mana pun, untuk berlaku adil kepada beribu-ribu majikan Indonesian maid 
ini, bukan semua perangai macam si majikan di atas. Ada juga yang lemah 
lembut, melayan pembantu rumah macam saudara kandung sendiri; tapi masalahnya 
ada yang terlebih layan sampai kan pembantu rumah itu pijak kepala. Ini 
selalunya terjadi kepada majikan yang first time atau pertama kali mendapatkan 
pembantu rumah.

Ini ada beberapa kisah benar yang terjadi kepada terjadi kepada beberapa orang 
sahabat yang terlalu memanjakan atau terlalu mempercayai maid mereka.

Kisah 1: Seorang teman yang terdesak untuk mendapatkan pembantu rumah untuk 
menjaga anak2 sewaktu mereka suami isteri bekerja; setelah bersusah payah 
menghabiskan hampir RM3000 untuk mendapatkan pembantu, mereka  akhirnya 
berjaya mendapat seorang pembantu rumah dari Indonesia melalui ejen yang sah. 
Oleh kerana pertama kali mendapat maid, dan terpaksa berkorban RM3000, serta 
merasa lega kerana anak2 mereka ada yang menjaga di rumah; maka mereka memberi 
layanan kpd  maid tersebut bagaikan menatang minyak yang penuh.

Makan minum maid tersebut semuanya cukup; untuk persalinan pula, berhelai2 
baju lama si isteri (yg masih elok) diberikan kpd maid tersebut. Untuk melepas 
rindu dgn anak2 beliau di Indonesia pula, majikan itu sendiri tolong poskan 
surat, stem pun dibayar. Tak cukup dengan surat, talipon pun dibenarkan 
dipakai. 
Bilalah dah mula bertalipon itu, maid ini yg tak pernah berpisah dengan anak2 
dan ibunya di Indonesia, sudah jadi ketagih nak berhubung dengan anak2 dan 
ibunya di sana. Nasib baik dia ini janda, kalau tidak, mungkin bergayut dengan 
lakinya kat sana.

Rasa rindunya kat anak2 dan ibunya di sana, makin lama makin teruk hinggakan 
kerja2 rumah sudah tak dipedulikan lagi. Sekali tu, dia cakap yang dia nak 
berhenti kerja, nak balik Indonesia sebab terlalu teringatkan anak2 dan 
ibunya. Hullamak, terkejut tuan rumah itu, baru tak sampai pun 2 bulan. Bila 
tuan rumah kata tak boleh, sebab kontrak dia 2 tahun; dia berkeras nak 
berhenti nak balik Indonesia juga. Bila tuan rumah buat dek; dia mula merajuk; 
mulalah berkurung dalam bilik, mogok tak mau buat kerja, tak mau turun makan 
dan minum.

Tuan rumah yang pertama kali dapat maid ini dah mula naik gabrah; buatnya maid 
ini pengsan, mati atau apa-apa sebab tak makan, tak pasal2 kena charge kes 
dera. Bila suami tuan rumah ini cuba pujuk maid tersebut; maid itu kata:

"PAK, SAYA TAK BOLEH KERJA PAK; SAYA SAKIT JANTUNG PAK!!"

Aik, masa mai dulu, boleh pulak mai, siap dengan surat doktor lagi. Tanpa 
surat doktor, pihak imegresen tak akan keluarkan visa. Akhir sekali, 
majikannya ini memanggil pihak ajensi untuk menyelesaikan masalah. Pujuk punya 
pujuk tak jadi jugak. Last2 sekali, maid tersebut terpaksa juga dihantar 
pulang ke Indonesia.

Ha, majikan ini dah naik gabrah sebab masa ambik maid tersebut, bukan ada 
perjanjian bertulis pun dengan ajensi berkenaan. Ini, sapa nak jaga anak2 
beliau ini? Kalau nak ambik maid baru, nak kena bayar RM3000 lagi ka, atau 
macam mana? Sembang punya sembang, nasib baik ejen tu sporting; lebih kurang 2 
bulan dari tarikh itu, majikan ini diberikan seorang pembantu baru tanpa 
sebarang bayaran. Dalam masa 2 bulan itu, berpeluhlah tuan rumah ini dok 
merayu adik beradik kat kampung minta mai tolong jaga anak2nya.

BILA DAH DAPAT MAID BARU INI; BUKAN TAKAT TAK BAGI TALIPON BALIK INDONESIA, 
SURAT MENYURAT PUN ISTERI TUANRUMAH INI KAWAL BAGAI NAK RAK!!

[Sekarang pahamlah kita kenapa sesetengah majikan sangat bertegas dengan maid 
mereka]

Kisah 2: Seorang wanita kenalan isteri saya bercerita bagaimana maid beliau 
jatuh cinta dengan suaminya. Beliau pun tidak tahu asal cerita; tapi menurut 
katanya, pergerakan maid beliau di rumahnya begitu bebas sekali, bebas masuk 
mana2 bilik termasuklah kamar tidur tempat beliau suami isteri beradu. Kadang2 
waktu siang masa suami dia tengah tidur pun, maid ini boleh masuk. Kata 
beliau, "Paham-pahamlah, orang lelaki ini, tidur dengan kain pelikat saja; 
kadang-kadang terselak sana terselak sini".  Beliau tak pasti bila masa si 
maid ini mula jatuh cinta dengan suaminya. Beliau cuma terperasan selepas 
menyelak tilam maid tersebut, dan mendapati berkeping-keping gambar suaminya 
(yg dicuri dari album) disimpan di bawah tilam. Dipendekkan cerita, terus 
dihantarnya maid itu balik ke Indonesia.

HAIYA - PATUT LA ORANG RUMAH SAYA TAK BERAPA NAK BERMINAT NAK AMBIK PEMBANTU 
RUMAH INDONESIA INI!!

Kisah 3: Seorang guru sekolah bercerita bagaimana suaminya begitu berselera 
sekali menjamah masakan yang dimasak oleh pembantu rumahnya. Kalau makan itu, 
sedap hingga menjilat-jilat jari; kadang-kadang itu pula, saki baki makanan 
malam tadi yang dipanaskan semula dimakannya hingga habis, sungguh berselera 
sekali. Cikgu ini pun naik heran, awat sampai macam tu sekali lagi dia kedarah 
masakan maidnya ini.

Pertanyaannya terjawab, apabila sekali itu, atas rasa ingin tahu, beliau 
membuka tudung periuk, nak tengok apa benda yang dimasak oleh pembantunya ini. 
Tengok punya tengok, la - rupa2nya dalam periuk itu dibubuh seluar dalam - 
ish, macam tak percaya pulak bila dengar cerita ini.

PERCAYA KA TAK PERCAYA KA, ITULAH CERITANYA. MUNGKIN KERANA ITU KOT, ADA 
SURIRUMAH YANG TAK MEMBENARKAN PEMBANTU RUMAH MEMASAK UNTUK SUAMINYA!

Kisah 4: Seorang sahabat bercerita kisah maid yang 'termengandung' ketika 
sedang bertugas. Sahabat ini suami isteri bekerja, pagi sampai petang. Sahabat 
ini pula, cuti sabtu ahad dan isterinya hari sabtu separuh hari. Kadang2 
pulak, beliau cuti isterinya tidak. Bila cuti tu kadang2 ada di rumah, kadang2 
keluar.

Nak dijadikan cerita, entah macam mana, pecah cerita dalam rumah tu kata 
maidnya sudah mengandung. Fuh! Gabrah habis sahabat kita ini. Apa tidaknya, 
semua orang termasuk isterinya sudah pandang semacam kepada beliau. Mak pak 
dan sanak saudara pun pakat dah tahu dah. Sahabat ini rasa orang semua dok 
syak dia yang bagi pregnant maidnya ini. Dipendekkan cerita, sahabat ini 
memanggil keluarga kedua-dua belah pihak mai bersemuka di rumahnya, kemudian 
dipanggil pembantu rumahnya sekali untuk mendapatkan cerita sebenar.

Maka, di hadapan keluarga beliau dan isterinya ini, maid itu ditanya:

"Siapa yang bagi kamu mengandung?"

Jawab maid itu:

"BUKAN BAPAK YANG BUAT, bla, bla, bla!!!"

Fuh! Lega rasanya hati beliau. Kalaulah maid ini nak buat konspirasi dengan 
sapa-sapa, nak blackmail ka apa-apa ka, memang mudah saja. Hang tak bagi aku 
RM50,000, nanti aku habag hang yang bagi aku mengandung!

Cerita yang sebenarnya; si pak we maid itu selalu datang memadu kasih di kala 
sahabat ini suami isteri keluar bekerja. Kata sahabat ini:

"CELAKA BETOI - DEPA PI TIBAI KAT KATIL BILIK TIDOQ AKU!!"

Akhir kalam, walaupun begitu bukan semua daripada 400,000 orang maid Indonesia 
ini semuanya perangai macam di atas. Ada juga yang bagus-bagus, tapi biasalah 
yang baik jarang orang perkatakan. Apa-apa pun, sejahat atau seteruk mana 
sekali pun perangai maid-maid ini, tidaklah sampai melayakkan mereka untuk 
didera macam yang dibuat oleh manusia keparat bernama YAP SAW LI ke atas 
makcik Nurjannah itu.

Dok pikir-pikir sekali, mungkin si YAP ini sudah terpengaruh dengan cerita 
RAHIM NOOR. Tergamak beliau memukul makcik Nurjannah ini sampai lebam-lebam 
kedua belah bijik mata. Seingat saya, RAHIM NOOR pun tak sekejam itu, DSAI 
lebam pun cuma sebelah bijik mata saja.

Mungkin dia ingat, "Alah, Rahim Noor bagi lebam mata Anwar Ibrahim pun tak 
kena apa, tak kan aku yang bagi lebam mata Minah Indonesia ini depa nak 
tangkap pulak kot!!"

Wassalam,
Ahmad Baharudin Kasbi


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to