*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
wa'alaikumussalam. saya bukanlah pakar psikologi dan bukan ke sini untuk
mengulas mengenainya. cuma saya tertarik dengan pandangan sdr MRI. tidak
dinafikan bahawa banyak ilmu yang kita perolehi adalah dari rujukan kepada
pemikiran barat. ini tidak dapat dielakkan kerana barat telah berjaya menggali
khazanah pemikir-pemikir Islam dan kemudian menjadikan penulisan pemikir-pemikir
barat ini bahan rujukan. barat berjaya melenyapkan kehebatan pemikir-pemikir
Islam melalui agenda yang terancang rapi untuk menghancurkan Islam. ada baiknya
penerima-penerima ilmu barat dari kalangan muslim berusaha mencarigali
karya-karya asal pemikir-pemikir Islam dan jadikan mereka rujukan-rujukan.
mungkin semasa membuat tesis dahulu pelajar-pelajar terikat dengan syarat-syarat
tertentu oleh pihak-pihak universiti barat. merdekakanlah diri dan fikiran dari
terus terikat dengan "idea-idea" barat yang disonglap dari pemikir-pemikir Islam
dan mengaku mereka punya dan pada masa yang sama tidak malu memperkenalkan
"anti-plagiarism". wallahu 'alam. wassalam

M Rofa Ismail wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Tuan/puan yang berbahagia,
> Assalamualaikum
>
> Izinkan saya mencelah tentang Rene Descartes.
> Sejarah perjuangan beliau untuk fahaman sekuralisme dalam sains dan
> psikologi di Barat perlu direnungi generasi muda sebagai perbandingan dengan
> keluhuran sains dan psikologi yang ditonjolkan oleh pemikir Islam termasuk
> al-Ghazali, Ibnu Khaldun dan Al-Qabisi.
>
> Hakikatnya, karya al-Ghazali al-Munqidh min al-dalal menjadi rujukan utama
> Descartes. Namun Descsrtes yang mengkaji karya al-Ghazali telah mentafsir
> alam dan jiwa mengikut fahaman beliau sendiri. Beliau dengan halus
> memisahkan sains dan metafizik, berbeza dengan al-Ghazali yang melihat sains
> dan agama dalam kesepaduan ilmu dan akidah. Bahkan Descartes menyalahi
> Gerbert, tokoh gereja yang berpegang kepada Iradat Ilahi dalam semua
> peristiwa di alam semesta.
>
> Descartes mengasas fahaman mekanisme yang  mengatakan memang Tuhan mencipta
> alam tetapi selepas penciptaan Tuhan tidak terlibat lagi dengan urusan
> perjalanan alam semesta, bahkan dibiarkan alam berjalan secara automatik
> tanpa sebarang kawalan. Tujuan fahaman ini ialah untuk memisahkan sains dari
> agama. Secara halus, beliau mempengaruhi generasi muda Barat agar memutuskan
> peristiwa sebab dan akibat yang berpunca dari kudrat Ilahi.
> Dengan fahaman mekanisme ini, mengikut Descartes, Tuhan tidak berperanan
> lagi dalam peristiwa sebab dan akibat. Semuanya ditentukan sendiri oleh
> manusia dan alam.
>
> Ternyata fahaman Descartes tersebut, bercangggah dengan Tauhid Rubbubiyyah
> yang menyatakan Tuhan mencipta, memelihara, menentu segala peristiwa yang
> terjadi dalam alam semesta ini, tanpa suatu pun yang berlaku kecuali dengan
> iradat dan ketentuan-Nya.
>
> Berpunca daripada fahaman mekanisme, Barat melangkah lebih jauh kini dengan
> pelbagai fahaman yang jauh menyimpang dari kebenaran termasuk sekularisme,
> modernisme, dan pasca modernisme yang akhirnya menfikan sama sekali
> kewujudan Tuhan.
>
> Alangkah indahnya, gagasan sains dan psikologi Islam menjadi gagasan dalam
> pembentukan acuan falsafah pendidikan negara ke arah merealisasikan
> kelahiran generasi yang mempunyai kesepaduan iman, intelek, etika dan
> pemikiran saintifik. Islam mempunyai segala khazanah ilmu yang pernah
> dikembangkan dalam  tamadun manusia yang bersumberkan  warisan Islam yang
> sahih.
>
> Sekadar pandangan.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ahmad Chukari <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke