*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillahir Rahmaanir Rahiim
Assalaamu`alaikum wa Rahmatullahi wa Barakaatuh
   
(sekarang kita sudah masuk siri 06, ramai sahabat bertanya pada saya
siri-siri yang sebelumnya, dan minta saya hantarkan. Kalau boleh saya nak
hantar tapi kalau ramai.....aral sikit.....begini lah, kalau nak siri yang
lepas sila ke laman web psikologi-islam 
iaitu http://www.onelist.com/community/psikologi-islam........... harap
maaf...nanti tak menulis pula saya)

Setelah kita melihat sumbangan Rene Descartes terhadap psikologi, sekarang
mari kita lihat pula perkembangan yang seterusnya.

3. Empirisisme Inggeris

Fahaman ini bermula di England, iaitu pada abad yang ke-17 dan ke-18. ia
dipelopori oleh tokoh-tokoh seperti Locke,Hume,Berkeley dan James Mills.
Empirisme ialah satu konsep falsafah manusia yang mengutamakan pemerhatian
yang tepat dan penggunaan pemikiran yang logik.

(secara mudahnya, kalau kita perhati sesuatu dan kemudian berfikir secara
logik. Yang diperhati ialah yang dapat dilihat, yang tak dapat lihat mana
boleh diperhatikan. cumalah kalu kita perhatikaan sesuatu,...kemudian baru
kita kaitkan dengaan yaang tak dapat dilihat. contoh kalau kta perhatikan
perjalanan siang dan malam maka kita akan kaitkan ia dengan kebesaran Allah
taala..... Tak perasan pula saya sama ada konsep ini atau tidak dalam
empirisisme....kalau adapun rasa-rasanya tak sampai peringkat tauhid.)

Aliran pemikiran ini telah bersetuju dengan pandangan Descartes tentang
konsep dualisme iaitu manusia terdiri daripada jiwa dan jasad.konsep ini
difahami melalui cara analisis kendiri atau introspection (iaitu kita
..analisis diri sendiri)dan kaji diri (self analysis)

(sebenarnya mereka juga bersetuju dengan pandangan Islam....juga lah. sebab
konsep dualisme ini memang sudah ada dalam Islam...dan lebih daahulu
daripada Descrates pun.....tapi apa boleh buat akibat halangan agama
mungkin.....hal ini tak ada orang yang ketengahkan)

Empirisisme tidaak bersetuju dengaan konsep Plato, yang mengatakan bahawa
manusia bila lahir sudah ada akal fikiran (maknanya...lahir saja sudah
cerdik...tahun depan boleh buat PhD)
Oleh itu mereka telah memperkenalkan konsep " tabula rasa".Konsep ini
membawa pengertian bahawa jiwa dan fikiran manusia kosong semasa
dilahirkan.Jadi kekosongan ini telah diisi oleh pengalaman kederiaan
(experiences of senses)(iaitu pengetahuan atau ilmu yang dapat dripada
anggota deria kita) dan pengalaman sensasi dari dunia luar. barulah manusia
daripada tak tahu menjadi tahu.

(tabula rasa ..bukanlah sejenis gendang India... yang itu orang pangggil
tabla. Tapi yang paling peting hal ini sudah dijelaskan oleh Rasulullah
SAW, sebelum empirisis lagi, kalau mereka tak cakap pun kita sudah
tahu....cuma mana ada ahli psikologi Islam yang mengetengahkannya. Rasul
ada menjelaskan (lebih kurang begini) manusia itu dilahirkan dalam keadaan
fitrah, oleh itu ibu bapanyalah yang mencorakkannya sama ada menjadi
muslim, yahudi atau nasrani.Jadi konsep tabula rasa dalam psikologi sama
dengan konsep fitrah, iaitu seumpama kain putih. Cuma yang bezanya konsep
ini ilah berasaskan nilai tauhid, iaitu anjuran kepada orang Islam supaya
mencorakkan anaknya jadi orang muslim, bukan jadi orang Melayu yang
berfikiran Yahudi (satu angkatan dengan jenis manusia yang ingin bersahabat
dengan yahudi)...hadis ini jugaa meliputi ilmu pendidikan
kanak-kanak.....pengalaman sensasi disini mungkin boleh dikaitkan dengan
corak daripada orang tua...wallahu a'lam)

Kaedah analisis kendiri yang digunakan oleh aliran ini menyatakan bahawa
fikiran kita  bukan hanya kederiaan ( panas,masin,cerah )saja, tetapi satu
lakuran kesemua kederiaan yang kita alami. hasil daripada kaedah ini mereka
telah mengeluarkan prinsip perkaitan (principle of association).  Mengikut
prinsip ini, kejadian yang berlaku bersama-sama pengalaman sensasi
(kederiaan) pada satu masa dan tempat yang tertentu akan dikaitkan dan
dihubungkan dengan jiwa dalam diri. Contohnya kejadian jatuh (dari kapal
terbang) menyebabkan kita rasa sakit, dan berlaku pada masa dan tempat yang
tertentu, akan memberi kesan kepada jiwa kita, sebab telah berkaitan
(itupun jika tak mati....kalau mati tunggu saja lah).


#########################

untuk mendapatkan siri yang lepas sila
kehttp://www.onelist.com/community/psikologi-islam 







 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke