DR MAHATHIR DIJANGKA BERI KETERANGAN KHAMIS INI

 

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dijangka memberi keterangan pada perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Khamis ini.

Gobind Singh Deo peguam yang mewakili Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, yang dituduh bersama-sama Anwar, berkata mereka telah memaklumkan kepada pendakwaan mengenai perkara itu.

"Saya rasa beliau akan hadir pada hari itu kerana sehingga kini tidak ada sebarang permohonan untuk mengetepikan sapina yang telah dikeluarkan terhadapnya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun Gobind berkata kehadiran Perdana Menteri bergantung kepada perjalanan kes itu kerana pembelaan bercadang menghabiskan keterangan saksi-saksi mereka terlebih dahulu.

"Kita harus berlaku adil kepadanya. Takkan kita nak suruh PM tunggu diluar mahkamah sementara menunggu giliran untuk memberi keterangan?" katanya.

Sukma telah memohon mahkamah m! engeluarkan sapina terhadap Perdana Menteri pada Oktober lepas untuk menjadi saksi pembelaannya bagi kes liwat berkenaan.

Anwar, 52, dan Sukma, 39, kini membela diri terhadap tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar, 39, di pangsapuri Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bukit Bandaraya Bangsar di sini, pukul 7.45 malam, antara Januari dan Mac 1993.

Sukma, ahli perniagaan juga menghadapi tuduhan bersubahat dengan Anwar meliwat Azizan, bekas pemandu peribadi isteri Anwar Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail pada masa dan tempat yang sama.

Perbicaraan hari ini mendengar keterangan empat wartawan berhubung laporan akhbar mengenai kenyataan Dr Mahathir dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor berkaitan tuduhan salah laku seks terhadap Anwar.

Wartawan Bernama, E. Sivabalan berkata beliau menulis artikel berkenaan selepas menghadiri sidang media Perdana Menteri pada 24 Ogos 1997.

Katanya semua yang terkandung dalam laporannya dipetik daripada ke! nyataan Dr Mahathir dan beliau tidak silap dalam memetik kenyataan Perdana Menteru itu.

Wartawan Utusan Malaysia Siti Mariam Md Zin yang turut menghadiri sidang media yang sama juga mengesahkan kenyataan Dr Mahathir berhubung perkara itu.

Mengenai kenyataan Abdul Rahim yang turut menafikan tuduhan salah laku seks Anwar, wartawan New Straits Times, A. Kathiresan berkata ia dibuat pada sidang media bertarikh 3 Sept 1997 di ibu pejabat polis kontinjen Pulau Pinang.

Seorang lagi wartawan Utusan Malaysia, Yahya Ahmad berkata dia menulis berita berkaitan kenyataan Dr Mahathir pada 30 Ogos 1997 yang bertajuk "Penyebar Khabar Angin Patut Ditembak".

Sebelum itu, Tan Seng Kooi, pegawai harta Bandaraya Development Sdn Bhd berkata bahawa pada Januari 1993 dia memeriksa unit pangsapuri milik Sukma dan mendapati bilik air di bilik tidur utama sedang diubah suai secara besar-besaran.

Katanya dia tidak nampak pengubahsuaian dilakukan di bahagian lain pa! ngsapuri berkenaan. Perbicaraan disambung esok. -- BERNAMA

 



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM

Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke