*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
....Sambungan....

     Sabda Nabi s.a.w. lagi,"Bahawasanya ALLAH yang
Maha Mulia lagi Maha Besar menerima ia akan taubat
hamba selama belum sampai rohnya kepada halkumnya."
[ Hadis ini diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi.Nabi
mengatakan bahwa ALLAH bersedia menerima taubat
manusia,tetapi ALLAH meletakkan syarat; iaitu selagi
mana roh tak sampai di halkum.Pasai tu lah ALLAH tak
terima taubat Firaun,yang last second baru dia sebut
dia beriman dengan Tuhan Musa.Jadi,dia tidak menepati
syarat yang Tuhan tentukan.Lagi pun,sebelum
ditenggelami laut,kata-kata Firaun untuk beriman
dengan ALLAH bukanlah daripada hati kecilnya,tetapi
kerana dia tersepit.Begitu jugalah sekiranya seseorang
yang meninggalkan dosanya kerana bala yang ALLAH bagi
dekat dia,maka itu bukan dikira taubat,malah dosanya
tetap dikira.Sebagai contoh; ada seorang kaki
arak,tiba-tiba Tuhan bagi dia kena sakit jantung.Lalu
semenjak kena sakit jantung tu,dia tak pernah pi dah
ke kedai-kedai arak ni lagi.Dia kata,"Aku tobat dah
sejak kena sakit jantung ni.Aku tak sentuh dah
binatang ni." Dengan kenyataannya itu,adakah dia
dianggap sebagai seorang yang
bertaubat?...Jawapannya,dia tidak dianggap bertaubat
dan dia tetap dapat dosa minum arak; kerana dia
berhenti minum arak bukan kerana takut dekat
ALLAH,tapi takut mati kerana sakit jantung.Orang macam
ni,kalau dia baik daripada sakit,dia nanti pi balaih
balik arak. ] 
     Dan sabda Nabi s.a.w.,"Barang siapa taubat ia
sebelum naik matahari daripada tempat
lenyapnya,nescaya menerima ALLAH akan taubat dia."
[ Ayat ini memberitahu tentang syarat-syarat
taubat.Syarat yang pertama iaitu pastikan kita
bertaubat sebelum roh sampai ke halkum,dan yang kedua
pastikan kita bertaubat sebelum matahari naik dari
sebelah barat.Kalau mai saja kedua-dua waktu yang
disebutkan ini,maka tak guna lagi untuk kita menyesal
dan menangis sampai berguling-guling atas lantai
serupa gambaq hindu kerana ALLAH tak akan terima dah
taubat ketika itu. ]
     Ketahui olehmu bahwasanya makna 'taubat' pada
bahasa,yakni kembali ataupun pulang.
[ Memang kita semua sekali ni,akan pulang kepada ALLAH
akhirnya.Inna lillahi wa inna ilai hi ro ji `un.Tak
kiralah,kita sapa ka,suka ka,tak suka ka; kita semua
akan pakai kain putih.Oleh sebab itu,pastikan apa pun
kerja yang kita buat di dunia ni,halakan kepada ALLAH
AZZAWAJALLA. ]
     Dan pada syarak barang yang berhimpun padanya 3
rukun.
[ Dalam hadisnya,Nabi s.a.w. telah menyenaraikan 8
tanda taubat yang diterima ALLAH.Kerana bukan semua
orang ALLAH terima taubat depa.Eg,dalam bulan Ramadan
yang baru lalu,ada orang buat qiamullail pada 10 malam
terakhir; menangis ni kira sungguh-sungguh punya
menangis,bukan buat-buat punya (buat-buat pun ada
juga,tapi yang tu bila dia nak kalah); tapi setelah
berlalunya Ramadan,dia dok macam tu juga,yakni tak dak
apa-apa perubahan pun.Ini makna kata ALLAH terima
ibadatnya lagi; yang ni cukup punya malang lah
tuan-tuan (ALLAH Maha Mengetahui). ]
     3 rukun itu ialah :
   (i) menyesal atas mengerjakan maksiat kerana ALLAH.
[ Sebenarnya kesalan yang jujur adalah kurniaan
daripada ALLAH SWT.Bukan semua orang dapat;
misalannya,apabila kita duduk saja-saja dengan
kawan-kawan,kemudian kita sembang pula tentang
dosa-dosa masa lampau kepada ALLAH,maka berlinanganlah
airmata kesalan.Tetapi bila kita dok
sorang-sorang,benda tu tak boleh kita nak praktik
pula,maka maknanya kita masih menghadapi masalah dari
segi nak latih hati.Bukan pasai apa
tuan-tuan,orang-orang yang telah beriman,mereka ni
memang tak pernah senang dengan dosa masa
lampau.Kerana orang-orang yang pernah buat dosa,hati
mereka ni seolah-olah seperti dok ada dalam
penjara/seolah-olah ditusuk paku/seolah-olah seperti
dihiris pisau dan tak tau lah lagi macamana nak habaq
tentang hati yang terasa ni.Tapi sapa yang kena,dia
nanti tau macamana perasaan tu. ]
       Maka tiada sah taubat mereka yang tiada sesal
atau menyesal tidak kerana ALLAH seperti menyesal ia
kerana bala yang turun atasnya disebabkan maksiat itu.
[ Bila Tuhan bagi satu bala dekat dia,kemudian baru
dia menyesal; maka kesalan ini tidak sah kerana dia
menyesal bukan kerana ALLAH,tapi dia menyesal kerana
Tuhan bagi bala. ]

  (ii) meninggalkan akan maksiat yang taubat ia
daripadanya,maka tiada sah taubat mereka yang
meninggal ia akan maksiat atau taubat ia daripada
maksiat.             
[ Syarat yang kedua ialah kita mesti tinggalkan
maksiat.Tapi ALLAH bagi tau bahwa cukup susah untuk
seseorang bagi meninggalkan maksiat.Sepertimana ALLAH
sebut dalam hadis Qudsi,"Mudah sahaja bagi manusia
untuk lari daripada api yang berada di depannya;
begitu juga mudah bagi manusia untuk lari daripada
binatang buas; tapi untuk lari daripada dosa bukanlah
mudah bagi manusia." Oleh sebab inilah,maka ALLAH
kesian dekat manusia,lalu disyariatNya taubat kepada
kita. ]
       Tidak sah bagi orang yang mengatakan dia taubat
tapi masih tidak meninggalkan maksiat.Sepertimana
sabda Nabi s.a.w.,"Sapa-sapa yang mengaku bertaubat
tapi pakaiannya tidak berubah dan perhiasan dirinya
juga tidak berubah; maka ini bukanlah orang yang
bertaubat."

  (iii) mencita-cita ia ketiadaan kembali kepada
umpama maksiat yang taubat ia daripadanya; maka tiada
sah taubat mereka yang tiada mencita-cita akan
ketiadaan kembali kepada umpama maksiat itu. 
[ Maknanya kita kena berazam untuk tidak kembali
melakukan maksiat.Kepada siapa yang bertaubat tapi
dalam hatinya masih ada lintasan yang seronok dengan
maksiat,maka dia tidak dinamakan sebagai orang yang
bertaubat.Eg,apabila kita tanya,"Hang la ni apa
macam?"...Dia kata,"La ni nampak ok la,tapi masa akan
datang tak tau la pulak macamana." Kenyataan seperti
ini,bukanlah kenyataan daripada seorang yang nak
bertaubat.Tapi kalau dia kata,"Aku dah bertaubat pada
ALLAH dan aku berazam sungguh-sungguh; sekiranya sapa
ka mai layok maksiat macamana sekali
pun,Insya`ALLAH,aku tidak akan terlibat lagi dengan
maksiat." Ini barulah contoh kenyataan yang berupa
keazaman untuk meninggalkan segala maksiat. ]    
       Ini jika maksiat itu tiada meninggalkan fardu
dan tiada bergantung dengan manusia.Ada pun jika ada
dosanya itu meninggalkan umpama fardu sembahyang,maka
wajib atasnya mengqada segala fardu yang luput itu.
[ Kalau dosa kita melibatkan benda yang fardu kita tak
buat,maka kita kena qada balik ibadat-ibadat tu.Ini
menunjukkan akan kesungguhan kita untuk
bertaubat.Kalau kita belum qada lagi,ini bermakna
salah satu syarat daripada taubat tercicir dalam hidup
kita. ]
       Dan jika ada maksiat itu bergantung dengan
manusia seperti mencuri harta orang,maka disyaratkan
memulangkan ia akan harta itu atau ganti kepada
empunya nya.Kalau tak boleh ganti,kita kena minta
halal ia daripadanya dengan tamsil dengan mazhab kita
Syafi`i.
[ Dalam mazhab Imam Syafi`i,kalau kita dah terambil
hak orang,maka kita sendiri yang kena pi mintak halal
secara terperinci,i.e. bila/benda apa yang kita
ambil/tempat kejadian.Oleh sebab itu,kalau kita
mengikut mazhab Syafi`i,ini bermakna minta halal
melalui kad raya adalah tidak boleh.Kerana melalui
kad,kita mengguna kaedah ijmali iaitu meminta maaf
zahir/batin dicampur sekali dan meminta halal pula
tanpa terperinci. ]
       Bersalahan pada mazhab Imam Malik,memada minta
halal dengan ijmali.
[ Kalau mengikut Imam Malik,takpa kita minta halal
secara kad raya.Oleh itu,semasa kita menulis kad
raya,hendaklah kita bertaqlik pada mazhab Imam Malik.
]
      Dan ada padanya keluasan.Dan jika tiada kuasa ia
memulangkannya,maka tiada menghalal oleh yang empunya
nya,maka hendaklah bersungguh-sungguh ia pada
mengikhlaskan taubatnya dan memohon akan ALLAH TA`ALA
mudah-mudahan menjadikan ia akan empunya harta itu
redha pada hari qiamat.
[ Kalau kita tak mampu nak ganti balik harta orang
yang kita ambil,maka terpaksalah kita pi jumpa tuan
harta tu dan minta halalkannya.Tapi kalau tuan harta
tu tak mau menghalalkannya,maka kenalah kita
mengikhlaskan taubat dan berdoa ke hadrat ALLAH supaya
moga-moga dihalalkan oleh tuan harta itu di akhirat
kelak.Tengok la tuan-tuan,betapa lecehnya bila kita
ada sangkut dengan harta benda orang. ]

     Dan setengah daripada syarat taubat itu keadaan
sampai roh kepada halkum.Ketiadaan sampai roh kepada
halkum dan ketiadaan naik matahari daripada sebelah
barat seperti yang tersebut dalam 2 hadis yang
lalu.Dan apabila sempurna segala syarat dan
rukun-rukun itu,maka sah ia dan tak dapat tiada
daripada diterima akan dia. 
[ Tuhan cukup suka kepada orang yang bertaubat,dengan
syarat kita dapat memenuhi tingkatan-tingkatan tadi. ]
     Dan bermula doa dengan menerima taubat  seperti
"Allahumma takabbal taubati",yang bermaksud,"Ya
ALLAH,terimalah oleh Mu akan taubat aku."
[ Mau berdoa tiap-tiap hari yakni selepas setiap kali
sembahyang fardu/sunat. ]
     Dan adalah ia kerana ketiadaan diyakin akan cukup
segala syarat.
[ Dalam masalah taubat ni,kita kena ada 2 benda :
iaitu takut dan berharap.Bila kita buat ibadat apa
pun,kedua-dua benda ni mesti mau ada.Kita takut
kalau-kalau Tuhan tolak taubat kita.Dan berharap Tuhan
terima taubat kita.Dalam ibadat,kita kena bawa 2 sifat
ni supaya Tuhan terima seluruh amal ibadat kita. ]  
     
WALLAHUA`LAM.



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to