*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
hatiku tidak bahagia
pasrah
kehadiranku seperti tidak ujud
aku menangis
walaupun aku ego dan berdendam
tapi hatiku pasti lembut kembali
adakah ini rahmat dari Allah
aku menangis lagi mencari
dimanakah silapku
ingin ku buang dia jauh dari hatiku
pasti Allah satukan kami kembali
Ya Allah ampunkan daku
aku tahu aku melupakanMu sehinggakan
Kau melupakanku
Mungkin Kau ingin mengujiku
Aku sedar syurgaku dibawah tapak kaki siapa
Ampunkanku YaAllah
Biar hatiku terseksa didunia asalkan
aku bahagia disampingMu.



>From: "SITI BALKIS" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>CC: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA
>Date: Tue, 15 Feb 2000 18:39:35 PST
>
>
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>{  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>{        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>{        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Petikan tarbiah oleh Syeikh Ashaari Muhammad
>
>Sebab-sebab hati tidak bahagia ialah kerana adanya MAZMUMMAH di dalam hati.
>
>Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia :
>
>1.    Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di 
>dalam
>diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya
>tidak terang.
>
>2.    Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada.
>Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta
>secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang
>yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
>
>3.    Hasad dengki - amalnya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia
>memiliki sifat ketuhanan.
>
>4.    Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, 
>kesenangan,
>pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada
>duit.
>**    Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang
>yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap 
>memberi
>manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui
>makhluk.
>
>5.    Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan
>puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut.
>**    Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau
>digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh
>dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki
>itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
>
>6.    Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar
>apatah lagi hal-hal yang lebih besar.
>
>7.    Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak
>tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir
>mahupun batin.
>
>8.    Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk
>dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan
>menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya.
>
>9.    Cinta dunia - tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila
>sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal
>hati jangan diletakkan pada harta itu.
>**    Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "syazwani muslimah johor" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke