*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Suraya wrote: <deleted> Bila terbaca e-mail pasal maid yang kena pegang babi ni, saya nak bagi satu komen. Sebenarnya, saya sendiri mempunyai maid dan saya ambik guna agensi yang sah. Masa saya pilih alun tu, saya tengok le ada beberapa soalan yang menarik. Contohnya: 1. Adakah anda sanggup berkerja dengan bukan Islam? 2. Adakah anda makan babi? 3. Adakah anda sanggup memegang daging babi? Bila saya tanya kepada agensi tu, pasal apa ada sesetengah yang sanggup jawap YA kepada semua soalan tersebut. Jawap dia, mungkin kerana kepayahan hidup di sana. Kekadang saya terfikir, apsal mereka sanggup berkorban sampai membuat perkara-para yang haram itu. Tidakkah ada sedikit rasa dari hati mereka untuk mencari rezeki yang benar-benar halal? itu yang ada yang mengeluh sebab kerja dengan bangsa lain, padahal mereka sendiri yang mengatakan kesanggupan mereka. Ada pulak yang bila dapat kerja dengan Melayu, jadi tak reti nak bersyukur..asyik bandingkan gaji dengan member yang kerja dengan bangsa asing. Kekadang saya saje tanya maid saya, kalau suami saya suruh urut, dia urut tak? Jawapnya: "Boleh, tapi ibu mesti ada sekali!" Beristigfar panjang saya .... sampai begitu sekali mereka committment mereka. <deleted> Assalamualaikum, Menarik juga cerita saudari ini; memang benar cerita saudari ini. Saya pernah mendengar cerita dari seorang kawan maidnya bercerita, sebelum datang ke Malaysia mereka dikhabarkan bahawa gaji mereka lebih tinggi kalau bekerja dengan majikan Cina berbanding bangsa lain. Saya tidak pasti siapakah yang bawa cerita dongeng ini, kerana menurut sahabat saya yang ada hubungan dengan ajensi pembantu rumah ini, gaji minimum maid2 ini telah ditetapkan oleh pihak imegresen sebanyak RM350 min sebulan. KALAU HANGPA JADI MAJIKAN, HANGPA NAK BAGI RM350 KA RM500 SEBULAN?? [Tambah-tambah lagi kalau majikan dia tu dari jenis bangsa lapaq duit....bukan takat tak bayaq gaji, balun dan rogol pulak tu....celaka punya kapiaq!] Cakap pasal komitment depa; depa mai sini memang komited sungguh, ramai yg datang betul2 ikhlas nak kerja, nak cari rezeki untuk anak-anak di Indonesia. Saya pernah mendengar satu kisah dari seorang sahabat, satu pesanan dari anak maidnya ini sebelum datang ke Malaysia. Kata si anak itu: "Ibu, pergi Malaysia, balik nanti jangan lupa beli susu ya ibu!" Rupa-rupanya, si anak ini yang sudah berumur hampir 6 tahun, semenjak dari kecil tidak pernah merasa minum susu tepung dalam tin!! Apabila melihat gambar maid-maid yang didera, dan teringatkan kisah ibu, anak dan susu tepung ini, rasa macam nak menitis air mata... Wassalam, Ahmad Baharudin Kasbi ------------------------------------------------------------ Get your FREE web-based e-mail and newsgroup access at: http://MailAndNews.com Create a new mailbox, or access your existing IMAP4 or POP3 mailbox from anywhere with just a web browser. ------------------------------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>