Assalamualaikum,
 
Ingin nak tambah sikit, mungkin kebetulan saja agaknya apa yang ingin saya komen. mengapa agaknya dibenarkan majikan bukan Islam mengambil pekerja Islam sebagai pembantu rumah? Juga mengapa yang paling kuat mendera ni yang berbangsa Cina (Bukan Muslim). Spesis yang macam ni belum dapat memerintah satu negara dah macam ni lagaknya.
 
High pressure dibuatnya isk....grrrr
----- Original Message -----
Sent: Wednesday, February 16, 2000 5:07 AM
Subject: H-Net* DUA PEMBANTU RUMAH RAKYAT INDONESIA DIROGOL DAN DIDERA MAJIKAN

Assalamualaikum wrt.

1. Elok PAS buat sesuatu apatah lagi kebetulan di parlimen sekarang.

Rogol satu hal, di paksa makan babi satu hal.

PAS dan ahli parlimen perlu beri solution kerana selain maruah tetapi kehormatan agama juga tidak dihormati. terlalu jahat !!

BERITA MALAYSIA


Febuary 16 , 2000 19:05PM

 

DUA PEMBANTU RUMAH RAKYAT INDONESIA DIROGOL DAN DIDERA MAJIKAN


Seorang pembantu rumah rakyat Indonesia berusia 18 tahun pada sidang berita sedang ditanya sesuatu oleh seorang pegawai Imigresen setelah beliau diperkosa beberapa kali oleh majikan lelakinya sejak mula bekerja empat bulan lalu di rumahnya.


JOHOR BAHARU, 16 Feb (Bernama) -- Dua pembantu rumah rakyat Indonesia berusia 18 dan 29 tahun hari ini mendedahkan "kekejaman" dan penderaan yang dilakukan oleh majikan masing-masing yang tinggal di Taman Seri Skudai dan Taman Perling, dekat sini.

Kedua-dua kes penderaan pembantu rumah yang didera secara fizikal dan emosi itu dikesan oleh Jabatan Imigresen Johor baru-baru ini.

Pengarahnya, Tasnim Othman berkata kedua-dua wanita itu telah tempatkan sementara di Konsulat Indonesia, di sini.

Kes pertama melibatkan seorang pembantu rumah berusia 18 tahun yang dirogol beberapa kali oleh majikan lelaki yang berusia 34 tahun, sementara kes kedua melibatkan penderaan fizikal oleh majikan perempuan, katanya pada persidangan berita di sini, hari ini.

Kedua-dua mangsa dera itu turut hadir serta menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh para pemberita.

Gadis mangsa rogol yang berasal dari Lampong, Sumatera Bara! t itu mendakwa beliau telah dirogol sebanyak lima kali oleh majikan lelakinya seorang pemilik kedai gambar sejak mula bekerja dengannya, empat bulan lalu.

"Kali pertama dia (majikan lelaki itu) merogol saya ialah pada 3 November 1999 di dalam bilik tidurnya dalam keadaan mabuk dan ketika isterinya tiada di rumah. Kali terakhir pula ialah pada petang sambutan Tahun Baru Cina yang lalu," kata pembantu itu yang dirahsiakan namanya.

Katanya, majikannya itu juga mengugut akan mencederakan dan membelasahnya sekiranya beliau menolak kemahuan majikannya itu.

"Dia juga marah-marahkan saya dan menghina saya setiap kali hendak melakukan perbuatan terkutuk itu," katanya yang juga merupakan seorang Islam.

Menurut gadis itu lagi, beliau berjaya melarikan diri daripada rumah majikan itu pada pukul 11 malam ketika keluar membuang sampah, 11 Februari lalu.

"Saya lari ke pondok polis yang berhampiran tetapi ianya tutup. Kemudiannya saya mengetuk pintu rum! ah seorang Melayu pada pukul 2.30 pagi dan kebetulan orang itu seorang anggota polis dari Skudai," katanya.

Katanya, majikanya tidak membayar gaji selama empat bulan bekerja di rumah dan juga kedainya gambarnya serta memaksa beliau menyentuh dan memakan benda-benda haram termasuk daging babi.

Sementara itu, kes kedua melibatkan seorang pembantu rumah bernama Isam Bt Roki, 34, yang berasal dari Jawa Barat.

Isam berkata, beliau didera secara fizikal termasuk dicurahkan dengan air panas di kaki oleh majikan wanitanya serta tidak pernah menerima gaji selama empat tahun sembilan bulan bekerja di rumah majikannya, di Taman Perling.

"Saya juga pernah ditarik rambut dari tingkat atas hingga ke tingkat bawah serta dipotong rambut dan pernah juga diacu dengan sterika panas," katanya.

Isam dibawa ke balai polis oleh majikan lelakinya pada 7 Februari lalu, yang khuathir beliau akan dipukul sampai mati.

Tasnim menyeru orang ramai yang mendapa! tkan bantuan pembantu rumah supaya memberikan layanan yang baik kepada pembantu mereka.

"Pihak imigresen tidak teragak-agak untuk membatalkan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) mereka atau menarik balik pas yang sedia ada," katanya.

Menurut Tasnim, majikan lelaki itu telah ditahan oleh pihak polis sementara majikan wanita dijangka akan ditahan setelah siasatan dijalankan.

-- BERNAMA


Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke