Assalamualaikum wbt.

Eluklah sdri. yang bertanya itu sedar dari awal sebelum berkahwin dengan pemuda pilihannya. Berdasarkan kepada maklumat yang dilampirkan, pemuda itu ingin menganut agama Islam semata-mata kerana ingin mengahwininya, bukan sudah lama menganut dan tertarik kepada cara hidup Islam.

Walaupun agama Islam adalah untuk semua bangsa dan keturunan (bukan hanya untuk orang Melayu sahaja), tetapi oleh kerana ingin berkahwin barulah sesaorang itu menganut agama Islam, dalam hal ini kenalah hati-hati menerimanya sebagai suami.

Allah SWT menegaskan bahawa " ...Dan jgnlah kamu kahwinkan perempuan muslim dgn lelaki musyrik kecuali mereka beriman (memeluk Islam)..." itu amat  dalam dan luas pengertiannya.

Orang yang berIman adalah orang yang beroleh petunjuk, bimbingan, pedoman dan tuntunan daripada Allah.

Dalam kes ini, yang dipersoalkan adalah sdri. yang bertanya itu sendiri. Jika sdri. penanya adalah seorang yang sudah biasa mengamalkan ciri-ciri orang yang berIman dan beribadah, sudah tentu dari kaca mata sdri. penanya tahu kedudukan sdri. berbanding dengan pemuda berkenaan, sesuai atau tidak dikahwini.

Sebagai seorang yang berIman, tiada tempat yang paling baik dan paling utama untuk memohon petunjuk dan jawapan pertanyaan melainkan kepada Allah. Allah tetap berada dimana kita berada. Tanyakanlah kepada Allah (serukanlah kepada Allah apa jua hajat dan keinginan nescaya Allah akan memberikan jawapannya atau memperkenankan jawapannya). Yakinilah bahawa Allah itu "Ada" dan sentiasa mendengar dan melihat apa jua yang kita lakukan hatta yang belum lagi kita zahirkan atau yang masih tersembunyi di dalam hati.

Jika hubungan kita dengan Allah belum baik atau intim atau teguh, sehingga kita merasakan bahawa tentulah jawapannya tidak diperoleh daripada Allah, maka bagaimanakah boleh atau mampu kita mahu memimpin atau membimbing satu manusia yang lain dan yang baru dalam penghidupan agama Islamnya?

"Barangsiapa yang berTakwa kepada Allah, nescaya Allah akan melepaskan segala masalah dan kesukaran yang dihadapinya, dan Allah akan mengurniakan rezeki dari sumber-sumber yang tidak diduga..." Ayat 1000 Dinar..

BerIman dengan Allah bermakna yakin bahawa Allahlah yang akan menjadi pelindung dan penolong selamanya...

Wallahu a'alam.

Abu Az-Zuhri wrote:

 
Assalamualaikum

Saya telah ditanya seperti berikut:

" Saya akan berkahwin dengan seorang yang baru sahaja memeluk Islam. Bakal suami saya ini adalah seorang yang berugama Kristian. Beliau adalah seorang yang bertanggungjawab, penyayang dan baik hati. Beliau akan memeluk Islam akan tetapi apa yang saya khuatir samada
beliau akan mengamalkan amal ibadat yang diwajibkan oleh Islam.

1.Adakah saya akan turut sama menanggung dosa beliau, sekiranya beliau engkar mengerjakan tuntutan Islam ?

Saya mendapat jawaban yang berbeda beda dari berbagai bagai pihak, semoga tuan dapat menjelaskan dengan sepenuhnya.



Wa'alaikumsalam warahmatullah,

Kita tinjau dalil-dalil naqli mengenainya.
Firman Allah S.W.T:
"Tiada paksaan dalam memeluk agama, telah nyata jalan yang benar dari jalan yang sesat" (Surah
Al-Baqarah: ayat 256)

FirmanNya lagi:
"Dan jgnlah kamu berkahwin dgn perempuan2 kafir musyrik sblm mereka beriman dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yg beriman itu lebih baik daripada seorang perempuan musyrik sekalipun keadaannya memikat/menarik hati kamu. Dan jgnlah kamu kahwinkan perempuan muslim dgn lelaki musyrik kecuali mereka beriman (memeluk Islam). Sesungguhnya hamba lelaki yg beriman adalah lebih baik drpd lelaki musyrik meskipun ia mentakjubkan hati kamu. Mereka itu menyeru ke dlm neraka dan Allah menyeru ke dlm syurga dan kepada ampunan dgn izinNya. Allah menyatakan ayat2Nya kpd manusia, mudah-mudahan mereka menerima peringatan" (Surah Al-Baqarah: ayat 221)

"Kalau sudah yakin mereka itu perempuan2 mu'minah, maka jgnlah dikembalikan kpd org2 kafir sbb mereka itu tidak halal bagi kaum kafir dan kaum kafir pun tidak halal buat mereka (muslimah)." (Surah Al-Mumtahinah: ayat 10)

Daripada Umar Al-Khattab R.A katanya: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: "Bahawasanya amalan itu bergantung kpd niat dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa yg diniatkannya. Maka barangsiapa berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrah itu adalah kpd Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yg berhijrah kerana dunia yg ia ingin memperolehinya atau kerana seorang perempuan yg ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu adalah kpd apa yg ia berhijrah kerananya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Seorang lelaki  telah bertanya kpd Al-Hasan bin Ali, katanya: "Saya mempunyai seorang anak perempuan, dgn siapakah yg harus saya kahwinkan?"
Al-Hasan menjawab: "Kahwinkannya dgn org yg bertaqwa kpd Allah, jika dia sayangkannya tentulah dia akan memuliakannya dan jika dia tidak menyayanginya tentulah dia tidak akan menzaliminya."
(Fiqh Al-Mar'ah Al-Muslimah, Ibrahim Al-Jamal)

Penjelasan:
1. Ayat 221 Al-Baqarah memberi peringatan baik kpd lelaki mukmin ataupun perempuan mukmin supaya berhati-hati memilih pasangan agar tidak terjerat dgn keperibadian dan rupa paras.  Sebaik-baiknya memilih mereka yg dah JELAS bertaqwa. Saya kira kita semua belum pasti sikap seseorang yg belum jelas ketaqwaannya selepas berkahwin, mungkin dia menjadi bertambah baik atau lebih buruk.

2. Hadith di atas (bahawa segala amalan itu bergantung kpd niat....) mengisahkan seorang sahabat bernama Hatib yg menyintai Ummu Qais. Pernah suatu ketika sblm berhijrah Hatib meminang Ummu Qais tetapi peminangannya ditolak. Dan apabila sampai ke pengetahuan Hatib bahawa Ummu Qais akan berhijrah ke Madinah bersama-sama org Islam lain, maka Hatib pun turut berhijrah. Lalu hadith ini disabdakan kerana menempelak sikap Hatib tersebut. Beliau (Hatib) berhijrah bukanlah kerana suruhan Allah dan RasulNya, tetapi kerana cintanya terhadap Ummu Qais.
    Apa yg saya hendak sebut disini, adakah perkahwinan itu (kes di atas) atas nama agama (kerana ALlah Taala) atau kerana beliau adalah seorang yang bertanggungjawab, penyayang dan baik hati? Kalau dia memeluk Islam atas dasar perkahwinan, maka itulah yg dia dapat, mungkin selepas berkahwin dia tidak sembahyang atau tidak melakukan tuntutan agama etc. Kalau dia memeluk Islam kerana Allah dan RasulNya BUKAN kerana hendak bernikah dgn perempuan yg dicintainya, maka hasilnya InsyaAllah baik. Betul, memanglah penting peribadi2 yang baik, yg ini sememangnya dituntut oleh agama. Banyak kes yg memeluk Islam kerana nak kawin, berakhir dgn ketidakbahagiaan. Walaupun begitu, saya tidak nafikan ada juga yg menjadi bertambah baik sblmnya. Cuma sekadar peringatan, NIAT menentukan segalanya.

3. Ayat 256 surah AL-baqarah menerangkan umat lain tidak dipaksa memeluk Islam. Saudari di atas perlu menjelaskan hal ini kpd dia (lelaki tersebut). Once dia mengucap kalimah syahadat, maka dia WAJIB patuh taat dan meninggalkan larangan yg dituntut oleh agama Islam. Bukan sekadar mengucap kalimah syahadat tetapi hendaklah ia menunaikan hak-hak kalimah dan tuntutannya. Islam bukan agama hawa nafsu, bukan agama utk berkahwin tetapi ia adalah Way of life.

4. Tentang persoalan di atas, 'adakah saudari berdosa sekiranya beliau engkar mengerjakan perintah agama?' ini boleh dilihat dua aspek:
a. Adakah telah sampai dakwah kpdnya? Sekiranya keingkaran beliau di atas sebab kelalaian saudari membimbing beliau, maka saudarilah yg bertanggungjawab.
Sabda Nabi S.A.W:
"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu bertanggungjawab atas tanggungannya." (Riwayat Ibn Umar, Bukhari dan Muslim)

b. Apabila telah sampai pemahaman kpdnya, lalu dia ingkar, kita berlepas daripadanya. Ini bersandarkan kpd firman Allah S.W.T:
"Dosa seseorang itu tidak boleh dibebankan ke atas orang lain." (Surah Al-An'am: ayat 164)
 

Wallahua'lam.

Rujukan:
Al-Halal Wal Haram, Al-Qardhawi
Matan Arbain Annawawiyyah
Fatwa Muasirah, Al-Qardhawi
Undang-undang keluarga Islam, Dr. Mat Saad
 
 

Kirim email ke