Title: KHAS BUAT PEMBELI KERETA NASIONAL DARI KALANGAN WARGA HIZBI.... TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK..!
ELOK LAH TU KALAU DLM NET NIH ADE ORG EON..
AT LEAST KALAU ADE APE APE ESP SERVICE MATTER  KE CUSTOMER SERVICE TU BULEH TENGOK TENGOK....
 
BUKAN APE ...SETAU SAYE SERVICE EON NIH MEMANG NAK KATE BAGUS TU TAK LAH TAPI KENE IMPROVE BANYAK LAGI...NAK COMPARE DGN UMW -TOYOTA TU KIRE JAUH LAGI LAH..........
 
 
ADE CASE ..(MEMBER SAYA...OIL FILTER SERVICE KAT EON GLENMARIE PASANG TAK BETOI SAMPAI OIL LEAKING NASIB BAIK TAK TERBAKAR ENGINE)....
BANYAK LAGI CASE YG LAIN MUNGKIN BULEH FWD KAT
CIK AIN EON KITE....
 
----- Original Message -----
Sent: Friday, February 18, 2000 12:42 PM
Subject: H-Net* KHAS BUAT PEMBELI KERETA NASIONAL DARI KALANGAN WARGA HIZBI.... TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK..!

Assalamu'alaikum Warga Hizbi yg dihormati sekelian,

Tumpang saya menulis ni, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada warga Hizbi yg merupakan pembeli KERETA NASIONAL yg di pasarkan oleh EON Berhad.  Sebagai seorang kakitangan yg bertanggungjawab, saya rasa amat wajar untuk saya mengucapkan terima kasih ini kepada semua rakan-rakan Hizbi Netters (baik yg saya kenal personally ataupun tidak), baik yg se"consensus" dengan saya ataupun tidak, itu tak jadi masalah - tapi semuanya berhak untuk menerima ucapan terima kasih yg tak terhingga.  Tanpa kalian, siapalah kami!

Selalunya kita ni asyik bercakap pasal politik lah, itulah, inilah..... namun di sebalik itu, saya tak mahu lupa bahawa pengguna/pembeli kereta Nasional edaran kami adalah asset yg paling penting....  dan saya rasa, Hizbi netters juga merupakan asset kami yg penting yg tak patut dilupakan.

Sehubungan dengan itu, pihak Perkhidmatan Pelanggan kami akan sentiasa menghargai semua pelanggan dengan memberikan perkhidmatan selepas jualan yg cekap dan memuaskan.

Ya... tanpa kalian, siapalah kami!  Untuk menghadapi cabaran yg akan datang, kami akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki mutu perkhidmatan pelanggan kami dan mempunyai hubungan baik dengan "pembeli/pelanggan setia".

Harap pihak Penyelenggara Hizbi tak "ban" saya, ini bukan promosi  tapi suatu penghargaan secara peribadi dari saya kepada Hizbi Netters yg menggunakan Kereta Nasional edaran kami.

Untuk pengetahuan dan demi mengelakkan sebarang kekeliruan, izinkan saya senaraikan model-model yg diedarkan di samping model yg dipasarkan oleh pesaing kami:

EDARAN OTOMOBIL NASIONAL BERHAD:

1.      Proton Perdana V6 (ini yg paling baru)
2.      Proton Perdana biasa berbagai versi (World Cup Golf, etc)
3.      Wira SEDAN (1.3, 1.5, 1.6 both Manual & Auto, except 1.3)
4.      Iswara Aeroback (1.3 - Manual, 1.5 Auto & Manual)
5.      Iswara SEDAN (1.3 - Manual, 1.5 Auto & Manual juga)
6.      Wira 1.8 (SOHC & DOHC, Auto & Manual)
7.      Wira 2.0 (Diesel - Manual saja)
8.      MTB TRuck (HICOM Perkasa)

Lagi apa?  Itu ajelah......


USPD (Usahasama Proton DRB)

1.      Putra 1.8 (Auto/Manual)
2.      Satria 1.3 & 1.6 (Auto hanya model 1.6 shj)
3.      Tiara
4.      Wira Aeroback 1.3, 1.5 & 1.6 (Manual & Auto)

So far, itu saja yg saya tahu.....

PERODUA:

1.      Kancil 660 & 850 (Auto, Manual)
2.      Kembara 1.3  (Auto, Manual)
3.      Rusa 1.3 & 1.6 (kalau tak silap saya)

Orang Perodua, bila lagi nak produce "Gajah" pulak?  Ekekekeke.....

Dengan info yg saya beri, saya minta sangat-sangat, janganlah minta saya tolong untuk "quote" price bagi model yg bukan dipasarkan oleh EON Berhad.   Tak dapek den nak nolong hah!  Bukan apa, pernah tu ada netter minta saya quotation untuk harga Satria - itu kena tanya orang USPD (tapi depa belum ada e-mail lagi). 

Syukur saya panjatkan pada Allah Ta'ala kerana dengan rezeki pemberianNya, maka kalian mampu untuk membeli kereta & syarikat kami  pula mampu untuk memberikan faedah yg baik kepada kami, kakitangan..... SINCERE THANKS from me.  YOU ALL DESERVE IT!

Akhir kalam, inilah pantun saya kepada semua warga Hizbi....(muslimat & "siber" tak ketinggalan)


Setinggi penghargaan, seikhlas ucapan
Kepada pelanggan dan pembeli  budiman
Perkhidmatan pelanggan akan kami pertingkatkan
Demi kepuasan pelanggan dan mencapai visi impian

Wassalam

AIN

P/S:  Saya tidak mewakili syarikat, tapi suatu penghargaan purely  atas dasar semangat setiakawan.

Kirim email ke