Title: Gebang-Gebang Kes Pembantu Rumah: Antara Pahit Manis & Dilemma Majikan Wanita - Bgn 1

Assalamu'alaikum....

Yang sebenarnya, saya ni bila baca pasal kes pembantu rumah memang nak sangat meluahkan apa yg pernah saya alami begitu juga dengan keluarga saya.

Bertuahlah majikan yg baik mendapat pembantu rumah yg "dedikasi" dan memenuhi citarasa tanpa memberi banyak masalah kepada majikan itu.   Mana-mana majikan yg dapat "pembantu rumah idaman", bersyukurlah pada Allah.   Bak kata orang, bagai cincin dengan jari manis, si majikan berhati mulia, si pembantu rumah pula mendengar kata.   Syabas & tahniah kepada majikan yg baik........  anda sebenarnya "deserve" pembantu yg baik juga.   Tapi bagaimana pula majikan yg baik tapi dapat pembantu rumah "macam setan"?    Bila terjadi "conflicting personality" antara majikan & pembantu rumah......  seandainya majikan itu baik, tapi  "ter"dapat pulak pembantu rumah yg "menyetan", ibaratnya macam nak menduga kesabaran kita.  Namun begitu, sejauh manakah tahap kesabaran kita?   Inilah yg jadi dilemma majikan especially yg wanita.......  bagaimana dan apakah tindakan yg sesuai....jika terdesak, apakah perlu diberhentikan saja maid kita?

E-mail saya kali ni selain dari nak kongsi cerita, nak juga memberikan beberapa cara bagaimana nak mengatasi masalah bagi wanita yg membuat keputusan untuk TIDAK MEMPUNYAI PEMBANTU RUMAH.

Oleh kerana e-mail saya ni agak panjang, maka saya "break" into 2 parts, di mana, saya akan mengupas balik perihal masalah pembantu rumah ni......

1.      ULASAN DARI E-MAIL YG LEPAS-LEPAS...

        OK, kita dah dengar betapa kejamnya majikan Mak cik Nurjannah lakukan terhadapnya!  Dari apa yg saya perhatikan, mostly majikan yg BUKAN ISLAM cara dera mereka ni bolehlah saya simpulkan kepada bentuk FIZIKAL.  Mungkin kerana dirasuk setan ataupun perasaan kurang sabar tu menguasai diri, maka depa ni mudah sangat agaknya memukul, menumbuk, menggigit (tokak), menjirus dengan air panas dan macam-macam penderaan FIZIKAL.  Seperti yg Sdr Putera Sulong katakan, sikap "racism" memang masih ada di kalangan orang-orang Cha-ya-nun-alif ni....   Dan one thing, kadang-kadang mereka ni tak ada agama... so, bagi mereka memenuhi nafsu mereka dengan memperkosa maid tu tak jadi dosa, cuma bersalah di sisi undang-undang sivil sahaja.

        Tapi.... bagi majikan yg ISLAM pulak..... mungkin mereka ni tak tergamak nak dera secara fizikal....!  Lain pulak caranya... seperti yg diceritakan oleh Pakdin, majikan yg bakhil mengalahkan HJ BAKHIL tu, bentuk dera nya adalah dari segi "mental" ataupun "material".  [Ini cuma pendapat kerdil dari saya].  Yang mana, jika makanan dicatu (material items), maka secara "mental"nya, bila dah kekurangan zat makanan, sudah tentu maid ni tak boleh nak buat kerja berat dan badan pun semakin susut (kurus kedengkiang)!   Cara dera macam ni memang tak nampak ganas, tapi lama-kelamaan "makan diri" bagi maid malang itu!  Inilah yg dikatakan "penderaan secara halus".  Memang tak patut...... tapi kalau nak dibandingkan dengan penderaan fizikal, yg ni kurang sikit sakitnya, ia akan mengambil masa juga untuk lihat "kesan" dera mental & material ni.....  Agaknya.... majikan yg berhati "kaudu" ni kena pergi kursus khas dulu sebelum betul-betul layak mengambil maid.

2.      MEMANG SUKAR NAK CARI MAID YG SESUAI DAN FAKTOR YG MENJURUS KEPADA MAJIKAN      MENDERA

        Ya... inilah yg jadi dilemma kebanyakan wanita.  Nak "hire" maid yg muda, takut menggoda suami.   [Jangan tak tahu, ada kisah yg mana maid dia suka berkemban lepas mandi, keluar dari bilik mandi "menayang" peha & betis, serta dada yg menggiurkan!  Kalau husband "tertengok", tak ke naya punya kes???]   Ini selalu terjadi bagi maid yg muda & "gedik".   Nak "hire" maid yg tua, takut banyak penyakit pulak!  Dahlah tu... nanti kita balik yg dimarahnya... memang ada kisah begini.   Yang muda berbangsa Melayu memang susah sebab mereka sekarang lebih suka kerja kilang......  mau tak mau... terpaksalah cari minah Indon ataupun Filipina.   Itulah dilemma pertama dalam memilih maid.  Kalau melalui agensi, silap-silap agensi tu menipu.  Konon maid ni "the best".  Tup, tup... tengok-tengok maid ada kurap kat punggung!  Astaghfirullah!  Kan dah susah pulak si majikan kena asingkan pakaian dia dari pakaian kita...? 

        Ada tu pulak maid yg kurang faham bahasa kita.  Kalau maid tu dari Indon, kadang-kadang bahasa dia lain sikit maksudnya dengan kita.  Contoh yg paling ketara ialah perkataan "P*nt*t".  Bagi  depa, perkataan tu maknanya "punggung", tapi bahasa kita???  Tak ke haru kalau dia dok cakap kat depan anak-anak kita:  "Buk!  p*nt*t saya kok berkurap!"   Kan dah terpaksa mengajar dia pulak yg perkataan tu "forbidden" bagi orang Melayu.....  kalau tak diajar, silap-silap, anak kita dikatakan suka mencarut nanti!

[Maaf, saya tak ada niat nak mencarut suka-suka.... tapi itulah yg terjadi kepada rakan baik saya yg mana maid dia ada kurap kat punggung tu!  Dia menyebut perkataan forbidden tu banyak kali sebab nak mengadu yg punggung dia tu berkurap]. 

        Daripada pemerhatian dan berdasarkan kepada cerita-cerita yg diperdengarkan ke telinga saya ni.........  kebanyakan pembantu rumah didera bukan semata-mata kerana membuat salah dalam melakukan kerja-kerja rutin.... tapi actually dia ada "root cause", yg mana salah satu punca utamanya ialah MENGGODA SUAMI SI MAJIKAN.  Jadi....  bagi yg Non-Muslim, perasaan yg terpendam marah kepada maid setelah tahu hubungan sulit dengan suaminya ini, akan membuatkan sebarang kesalahan akan dibalas dengan cara penderaan fizikal.  Ibaratnya, seperti membalas dendam.  Kenapa?  Sebab mungkin si majikan wanita tak dapat buktikan yg maid ni ada affair dengan suaminya, tapi dapat tahu juga dari jiran-jiran yg ternampak.  Itu yg Non-Muslim... yg Muslimat bagaimana?  Saya rasa, majikan wanita Muslim masih boleh tolerate selagi tak nampak depan mata kepala sendiri...... kalau nak "syak" pun, cuma "syak" gitu-gitu aje, dan selebihnya dikongsi dengan rakan sepejabat & keluarga.   Saya yakin majikan wanita Muslim lebih bijak dari Non-Muslim.  Saya katakan begini....... kerana kita ni masih beriman...jika ya pun suami tu ada affair dengan maid, cara yg terbaik ialah berterus terang saja dan jika tak sanggup nak bermadu dengan maid...... carilah jalan penyelesaian yg lain.   Ayat-ayat Qur'an pun tak kurang untuk memisahkan mereka berdua tu...  demi untuk menjaga rumahtangga yg dibina.

        Saya pernah hubungi seorang ustazah untuk mendapatkan ayat Qur'an yg boleh memisahkan.  Saya ber kepada seorang rakan yg suaminya ada affair dengan budak belasan tahun.   IT WORKS, INSYA-ALLAH, IT WORKS!

3.      PENGALAMAN SAYA & KAKAK SAYA

        Saya memang tak ada maid.  Kalau ada, InsyaAllah saya akan "treat" dia macam adik, jika lebih muda.   Kalau lebih tua, macam kakak atau makcik sendiri.   Entahlah.... tapi pengalaman untuk mendapatkan maid yg betul-betul bersesuaian dan mengikuti citarasa cukup mengajar saya supaya TAK PAYAHLAH ada maid.  Suatu ketika dulu, lepas bersalinkan anak kedua saya terfikir-fikir untuk mendapatkan maid.  Dengan bantuan mak mertua saya, maka saya dapatlah maid yg datang dari keluarga miskin kat Labu Besar (Kedah)  tu.  Bukan orang lain, orang kampung mertua saya... kiranya boleh "percaya" punya!  Disebabkan saya tak berapa nak harapkan maid untuk menjaga si kecil yg baru habis pantang, saya pun "postpone"lah kedatangan maid ni.  Saya tangguh hingga baby tu dah boleh meniarap, baru nak ambil maid tu... dah janji begitu & dipersetujui oleh ibu bapa budak yg nak jadi maid saya ni.  Budak ni muda lagi, baru 18 tahun.....  memang ada pengalaman jadi maid dengan somebody else before this.  Adik-adik perempuannya yg lain pun jadi maid untuk orang-orang kaya kat KL ni....  so, berdasarkan pengalaman yg dia ada, saya rasa walaupun saya BUKAN orang kaya, saya rasa boleh haraplah budak ni.  Saya memang cukup happy sebab saya bakal menjadi seorang majikan.   Walaupun saya tak jumpa lagi maid saya tu, tapi saya yakin atas recommendation mertua, sudah pasti yg terbaik.

        Bila balik ke Klang, saya pun beritahu kat mak yg saya nak mak saya tolong jagakan baby saya sementara sahaja, iaitu sebelum "maid" saya datang.  Terkejut sakanlah mak ni.....senangnya dapat maid?   Suatu hari saya berjumpa dengan kakak saya dan kami pun sembanglah.  Bila sampai bab "maid", kakak saya pun tanya:  "Engkau ni boleh percaya ke pada maid?  Engkau tak sayang laki engkau ke?  Dah fikir masak-masak?"   Ish.... ish....  "panas hati" jugak bila kakak tanya macam tu!  Geram pun ada!  Ya lah.... dia tu pun lebih kurang macam saya jugak....  maid dia bukan buat kerja, maid dia yg "instruct" dia buat kerja.  Maid dia suruh dia buat air untuk maid tu!  Kurengg asam punya maid!  Bukan orang Indon, tapi "Kaf-lam-ya-nga"...!  Ni bangsa memang tak boleh bagi muka, silap-silap pijak kepala.  Kakak saya ni dah berapa maid dia, saya pun tak ingat.  Tapi, ada sorang makcik Melayu yg datang "part time " cleaner/maid kat rumah dia pun jadi macam tu juga.  Ni lagi dahsyat!  Makcik ni suka mencarutkan kakak saya bila kakak saya instruct dia... So, kalau KELING tak boleh diberi muka, yg MELAYU ni pulak apa cerita???  Walhal... kakak saya ni consider berhemah dengan maid.   Tapi, disebabkan dia terlalu "flexible", sampai maid boleh carutkan dia!   Makcik tu nak kena "plaster" mulut dia!

        OK..... bila kakak saya tanya soalan-soalan tu, saya terfikir juga; saya jawab kat dia:  "Alehh... kak, nak risau kenapa??  kan ke yg nak jadi maid aku ni bukan orang lain, tapi suku-sakat laki aku jugak!"  Saya yg sebenarnya nak "console" diri saya sendiri.   Rasa geram dan "dimomokkan" oleh kakak ni pun memang ada... tapi sebab bila fikir-fikir, memang senang ada maid, balik kerja tak payah nak buat kerja rumah, terus boleh concentrate dengan anak-anak.

       
Dalam hati, terfikir......   budak ni dahlah muda (rupa tak tahu lagi, saya tak jumpa - purely atas recommendation mak mertua).  Entah-entah cantik pulak, genit ke... gebu ke... risau gak aku, berkata hati kecil ni.  Ish, ada "persaingan" kalau budak ni ada ciri-ciri yg disebutkan!   Dipendekkan cerita, bila sampai ke hari yg dijanjikan, maka mak mertua saya ni pun pergilah ke rumahnya untuk diberikan tiket keretapi untuk ke rumah saya (saya & husband akan tunggu leee...).   Tup-tup... mak mertua saya telefon:  "Alamak Ain.... tak jadilah nampaknya!  Budak tu tak nak pi pulak daaahhh!"  kata mak mertua ni.....      Aikkk!  Kenapa?  tanya saya.   Mak mertua saya seperti tak boleh nak cakap dengan saya.... mungkin dia takut saya marah ataupun "bengang".

BERSAMBUNG....... Bahagian ke-2 nanti....


Kirim email ke