UTUSAN MEMUTARBELITKAN TESTIMONY DR ZAHARI NOOR

Saya agak terperanjat dengan tajuk berita di Utusan Malaysia(UM) hari ini ( bukan saya beli tetapi kepunyaan rakan saya ) bertajuk 'Saksi akui ada kemungkinan Sukma diliwat'. Kenyataan ini dikatakan dikeluarkan oleh Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Zahari Noor semasa menjadi saksi pembelaan kes 'liwat' DSAI semalam. Kenyataan ini agak bercanggah dengan apa yang dikatakan oleh Dr Zahari Noor semasa perbicaraan kes 'rasuah' DSAI tahun lepas di mana beliau mengatakan bahawa TIDAK ADA BUKTI PERUBATAN YANG MENUNJUKKAN BAHAWA SUKMA PERNAH DILIWAT PADA LIMA TAHUN KEBELAKANGAN INI DAN TIADA BUKTI MENUNJUKKAN SUKMA ADALAH PENGAMAL HOMOSEKS BERTERUSAN(HABITUAL HOMOSEXUAL).

Oleh kerana saya tidak puas hati dengan laporan UM tersebut, saya pergi ke gerai akhbar dan membelek (bukan membeli) akhbar tabloid the Star mengenai kes 'liwat' DSAI. The Star memberi tajuk 'NO SIGNS OF ANAL PENETRATION' bermaksud tidak ada tanda-tanda dubur Sukma telah ditembusi. The Star juga mengatakan bahawa Dr Zahari Noor tidak dapat mengesahkan samada Sukma pernah diliwat atau tidak ( 'Dr Zahari Noor said he could not determine whether Sukma had ever been sodomised or not' ). Jadi yang mana satu hendak dipercayai sekarang, UM atau the Star?

Nampaknya UM masih cuba menipu rakyat dengan memutarbelitkan testimony Dr Zahari Noor. Seboleh mungkin UM mahu juga meyakinkan rakyat bahawa DSAI adalah pengamal homoseks. UM juga cuba menonjolkan cerita mengenai parut yang berada di dubur Sukma sebagai bukti liwat. Bukankah kita telah diberitahu dahulu oleh saorang doktor bedah bahawa parut itu adalah kesan dari pembedahan buasir(haemorrhoids) yang dialami oleh Sukma. Doktor bedah tersebut juga menyatakan bahawa tidak ada bukti masalah buasir Sukma bersangkut paut dengan amalan homoseks yang didakwa diamalkan oleh Sukma.

Di dalam buku perubatan pun tidak ada dinyatakan bahawa kegiatan liwat boleh menyebabkan penyakit buasir. Sekiranya benar Sukma adalah pengamal homoseks berterusan(habitual homosexual) seperti yang didakwa, sudah tentu pemeriksaan dubur Sukma akan menunjukkan kesan sekalipun amalan tersebut menggunakan lubricant. Dubur sesaorang pengamal homoseks berterusan akan menjadi lembut (lax atau patulous di dalam istilah perubatan) apabila doktor melakukan 'digital per rectal examination' tetapi ini tidak dikesan pada dubur Sukma. Yang pendakwa bertanya mengenai pemeriksaan 'proctoscopy' apa relevannya? Nak tengok ada buasir ke di dalam dubur Sukma? Setahu saya proctoscopy dibuat untuk melihat buasir pada peringkat awal iaitu dipanggil 'first degree atau second degree haemorrhoids', bukan untuk menunjukkan bukti liwat.

Yang menghairankan saya ialah akhbar Berita Harian (BH) yang saya belek di gerai akhbar hari ini tidak ada langsung laporan mengenai kes perbicaraan 'liwat' DSAI. Adakah kerana pada peringkat pembelaan ini di mana DSAI dan Sukma sudah memgemukakan bukti-bukti kukuh yang menunjukkan bahawa tuduhan 'liwat' itu tidak benar dan sengaja diada-adakan maka BH tidak berani melaporkan? Kenapa tidak perbesarkan bukti yang dikemukakan oleh Sukma bahawa Tivolli Villa hanya diduduki selepas April 1993?

Satu lagi berita terbaru yang menarik mengenai kes 'liwat' DSAI ialah mengenai usaha peguam-peguam DSAI untuk memanggil Dr Mahathir ke mahkamah untuk memberi keterangan. Dr Mahathir pernah berkata selepas memecat DSAI ' I did my own investigations other than the police investigations regarding DSAI homosexual activities and I was convinced'. Saya berhajat benar agar Dr Mahathir dapat memberitahu mahkamah bagaimana beliau melakukan kajian salahlaku seks DSAI dan memberikan bukti-bukti kukuh seperti yang didakwa oleh beliau. Sedangkan polis sendiri di bawah SAC 1 Musa Hassan sendiri sampai sekarang tidak dapat bukti kukuh, maka adalah penting Dr Mahathir sendiri hadir ke mahkamah sebagai saksi.

WALAUBAGAIMANA PUN, SAYA TIDAK BERHARAP LANGSONG DR MAHATHIR AKAN HADIR KE MAHKAMAH MINGGU DEPAN. KEMUNGKINAN BESAR PEGUAM NEGARA AKAN MENCABAR SAPINA TERHADAP DR MAHATHIR YANG AKHIRNYA DITERIMA OLEH HAKIM ARIFFIN JAKA ATAU PUN DR MAHATHIR SENDIRI AKAN MELARIKAN DIRI KE LUAR NEGARA ATAS ALASAN URUSAN EKONOMI DAN PERDAGANGAN.

Doktor Pakar



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM

Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Reply via email to