*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

CETAK ROMPAK orang dah tak kuasa nak ambil kisah. Satu
di tangkap sepuluh muncul. Nampaknya lanun2 lagi 
berkuasa - dia orang punya network lagi cekap. 
Cadangan 1: turunkan harga yang original macam harga
yang dicetak rompak. Cadangan 2: serang hendap penjual
setiap hari, 365 hari setahun. Hantar penguatkuasa
yang amanah/solat tak tinggal...just in case.

KAMPUNG HARAM tumbuh dimana2.  Kalau rakyat tempatan
senyap, gomen senyap.  Bila rakyat bising sebab 
keselamatan sudah tergugat, baru heboh satu malaysia
terutama ketika tindakan diambil. Kat gombak ada satu -
dulu heboh sekejap, sekarang sonyap. Cadangan: ambil
tindakan cepat. Jangan tunggu dah jadi kampung. Jangan
tidur.

TANDA HALAL sesetengahnya orang dah pertikaikan. Alasan
nya senang - tak cukup kakitangan. Berapa banyak
makanan kanak2 yang boleh diragui dijual dimana2.
Tak heranlah kenapa sukar sangat nak mendidik anak2 -
hari2 makan benda yang meragukan. Cadangan: buat 
lawatan mengejut setiap hari, 365 hari setahun. Once
caught, close them down - no 2 ways about it.  

YURAN PELAJARAN meningkat sehingga sekarang diizinkan
keluar duit EPF. Agak2 berapa yang tinggal bila pencen
nanti (lepas tolak bayaran rumah, kesihatan, riba).
Apasal yuran dibenarkan  meningkat? Pihak berkuasa
tak kuasa menyekat? Atau ada orang nak untung lebih.
Cadangan: jangan tamak haloba, ingat rakyat miskin.

KERETA BARU LAMA: Dah dua kes kereta lama didaftarkan
baru - yang terbaru kereta Ssangyong. Entah dah berapa
biji yang bolos cara macam ni. Tak ke naya. Sepatutnya
syarikat kereta tu sudah boleh ditutup. Kalau pembeli
tu tak usaha talipun Korea tanya pasal kereta tu,
mampuih tak terbongkar rahsia dan boleh diberi alasan
typing error (1996 jadi 1999).  Cadangan; BPR kena
korek sampai lubang cacing. Kalau dah bertemu cacing,
jangan diam terpilih. 

PEMBANTU RUMAH DIHAMBA-ABDIKAN: Dah berapa ramai orang
gaji Islam dipaksa masak babi, ditegah solat, didera,
dsbnya.  Siapa tahu apa yang berlaku disebalik tembok 
batu rumah orang kaya tu. Entah2 ada yang dah MIA.  Nak
kena tinggal nyawa2 ikan dulu, baru nak keluar akta.
Cadangan: Ada satu sistem, setiap 3 bulan ke, agensi
yang bawa masuk kena dimestikan berjumpa dengan pembantu
rumah, bertanya khabar, masih hidup ke orang tu. 
Majikan yang zalim, sebat sama dia (macam dia sebat
pembantu rumah tu).

Itulah antara contohnya....

Sekian.


-----------------------------------------------------
Get free email from CMP at http://www.cmpnetmail.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Reply via email to