*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ SURIRUMAH MENGAKU TIDAK BERSALAH CEDERAKAN PEMBANTU RUMAH IPOH, 21 Feb (Bernama) -- Seorang surirumah berusia 44 tahun, yang dituduh mencederakan pembantu rumahnya dengan seketul batu pada subuh 14 Feb lepas, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap tuduhan itu. Hakim Kanan Mahkamah Sesyen Su Geok Yiam yang mendengar kes itu menetapkan 20 dan 21 April ini sebagai tarikh perbicaraan dan mengarahkan Cheah Lai Mooi dikenakan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin. Cheah, yang diwakili peguam Chee Weng Weng, turut diperintah menyerahkan pasport antarabangsanya dan semua dokumen perjalanannya kepada mahkamah. Mengikut kertas pertuduhan, Cheah didakwa menyebabkan cedera parah menggunakan seketul batu yang boleh menyebabkan kematian terhadap Kusiah Manijan, 32, di sebuah bilik di rumah no 24, Lorong Canning, Taman Canning di sini pada kira-kira pukul 5.20 pagi. Dia dituduh mengikut Seksyen 326 Kanun Kesiksaan, yang jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun atau denda atau sebatan atau ketiga-tiganya sekali. Cheah, yang kelihatan sugul di kandang tertuduh, sebelum itu memohon melalui peguamnya supaya mahkamah tidak menyimpan pasportnya kerana dia tidak berniat melarikan diri. Chee berhujah bahawa Cheah, sebagai seorang surirumah yang mempunyai kediaman tetap serta mempunyai dua anak lelaki di sini, tidak mempunyai sebarang sebab untuk berbuat demikian. Menurutnya suami Cheah, seorang pengurus besar sebuah kilang besi di sini, turut memberi kerjasama baik apabila menghantar mangsa ke hospital sebelum menyerahkan isterinya ke balai polis pada pagi kejadian. Bagaimanapun Hakim Su berpendapat syarat jaminan dan perintah yang dikenakan terhadap Cheah munasabah kerana kesalahan tertuduh adalah serius. "Mengikut kebiasaan jaminan adalah tidak dibenarkan... sekiranya perlu untuk tertuduh pergi ke luar negara, beliau boleh membuat permohonan kepada mahkamah," katanya. Timbalan pendakwaraya Abdul Rahim Mohd Noor sebelum itu berhujah bahawa kesalahan tertuduh adalah "tidak boleh dijamin" dan permohonan untuk mengenakan jaminan berjumlah RM10,000 itu sangat munasabah. Suami Cheah, yang diiringi rakan dan saudara mara, membayar ikat jamin itu pagi ini. -- BERNAMA ______________________________________________________ Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "H Rahman" <[EMAIL PROTECTED]>