*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillahir Rahmaanir Rahiim
Assalaamu`alaikum wa Rahmatullahi wa Barakaatuh
   
( maaf sebab rehat untuk sa hari dua, sibuk sikit.....tapi bila ingat pada
ilmu yang perlu disebarkan ....maka letih tu letak tepi laah..cuma saya tak
jamin lah sampai ke siri berapa saya masih boleh menulis....selain daripada
faktor kematian)

Hari ini kita akan bercakap tentang satu lagi aliran yang dianggap penting
dalam psikologi (mereka kata) iaitu Behaviorisme


7. Behaviorisme

Behaviourisme merujuk kepada tingkah laku atau perbuatan seseorang, sama
ada perbuatan itu kecil atau besar ia boleh memberi makna yang
tertentu.Aliran ini dianggap penting (sebab semua orang bertingkah
laku...kecuali yang tak hidup) Terdapat beberapa sebab kenapa aliran ini
penting dalam psikologi, antaranya, amat berpengaruh hingga ke hari ini.
Kalau kita lihat definisi psikologi (Rujuk siri 01) ,elemen tingkah laku
telah diambil kira.

( tapi ada juga sedikit pemesongan tentang tingkah laku manusia, ada ke
patut mereka kata manusia beribadat , kerana kepercayaan kolot,tidak boleh
dikaji dan sebagainya....kita sudah berkali kali katakan yang lebih
memahami manusia ialah Yang Menciptakan manusia......Jadi kalau kita tak
ambil panduan daripadaNya, maka kita akan
bercakap............kotsir(merapu/tak tentu hala) isu ini akan kita kupas
secara lanjut kemudian (kebetulan buku psikologi,malik badri saya
hilang.............tengah cari lah ni).....namun teori ini masih boleh
digunakan....juga kita akan buktikan selepas ini)

Behaviourisme mula dikenali melalui kajian yang dilakukan oleh ahli
fisiologi(kaji sistem tubuh) Russia,Ivan Pavlov. Pavlov telah membuat
kajian terhadap seekor anjing,Ringkasnya begini. Anjing melihat makanan
maka keluar air liur. Bila didengarkan loceng tak keluarkan air liur .
Kemudian bunyi dan makanan diberi serentak kepada anjing, air liur keluar.
Selepas itu, bunyi saja didengarkan, air liur keluar. kajian Pavlov ini
dianggap penting dalam (bab) pembelajaran (yang kita akan belajar dalam
Pengantar Psikologi)

(Sebenarnya kajian Pavlov ini memang sesuailah dengan maksud ayat berikut
:Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya
dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa
nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu
menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia
mengulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang
mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah
itu agar mereka berfikir. (QS. 7:176)........Orang sesuai untuk
diaplikasikan oleh pavlov sebagai anjing, mempunyai ciri-ciri berikut 1.
cenderung kepada dunia 2.ikut hawa nafsu(kira nak makan saja, biar pun itu
bunyi makanan saja) 3. mendustakan ayat-ayat Allah .........(bekas Ketua
Polis,(malaysia) tidak lama dulu pernah sebut, tiada ayat judi dalam
al_quran, (padahal nafsu berjudi dia besar) ....boleh tak kita kata dia
mendustakan ayat Allah (kena tanya ulama lah), kalau boleh.....bermakna dia
boleh disamakan dengan anjing.  kajian Pavlov amat sesuai untuk orang
begini...wallah hu a'lam)

Pakar psikologi yang dianggap mempopularkan behaviourlisme ialah J.B.
Watson, yang telah membuat kajian minda(fikir) haiwan. Watson hanya
menganalisa tingkah laku yang boleh dilihat saja, proses mental dianggap
tidak penting. Pendekatan ini juga dikenali sebagai Ransangan-gerak balas
(S-R) . Kalau dalam kes anjing tadi, rangsangan ialah makanan dan bunyi
,manakala gerak balas ialah air liur.

(Bagi kes orang yang mendustakan ayat Allah pula, ransangan ialah dunia dan
hawa nafsu, manakala gerak balas ialah medustakan ayat Allah. Oleh kerana
perkara ini sama. Kalau anjing tetap mengeluarkan(tingkah laku lazim) air
liur walaupun ditukar kepada rangsangan lain. Maka orang yang dustakan ayat
Allah tetap mendustakan ayat Allah, walau pun dirangsang dengan pelbagai
nasihat. PM sendiri pun sudah berkali mendustakan ayat
Allah...hudud,janggut nabi, arak,tutup aurat dan yang terbaru
babi......(Ulama kerajaan tak bagi rangsangan ke)...cuma mengikut kajian
psikologi tingkah laku lazim anjing ini boleh dihentikan, bagaimana pula
dengan tingkah laku lazim manusia pendusta ini.........wallah hu a'lam)


Siri akan datang : kenapa suka sangat buat kaijian tentang binatang....
(mudah-mudahan buku yang saya akan terjumpa)

siri lepas : http://www.onelist.com/community/psikologi-islam


wassalam
cikgunik
kota bharu,kelantan,malaysia


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke