*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Daripada Miqdam bin Ma'dikariba ra berkata: Bahawa
Rasulullah saw telah bersabda; "Hampir tiba suatu masa
di mana seorang lelaki yg duduk bersandar di katilnya,
lalu disampaikan org kpdnya sebuah hadis drp hadisku,
maka ia berkata, "Pegangan kami dan kamu hanyalah
Kitabullah (al-Quran) sahaja. Apa yg dihalakan di
dalam-nya (al-Quran) maka kami halalkan; sebaliknya
apa yg diharamkan di dlm-nya, maka kami haramkan".
(Kemudian Nabi Muhammad saw melanjutkan
sabdanya):"Padahal apa yg diharamkan oleh Rasulullah
saw, samalah hukumnya dgn apa yg diharamkan oleh Allah
swt.".

BIADAB SUNGGUH ABU ALIFA DAN EHSAN SENGKALA. MENGHINA
NABI MUHAMMAD SAW, INSAN MAKSUM YG BERKATA-KATA BUKAN
MENGIKUT NAFSU, MALAH DIPIMPIN OLEH WAHYU. MENGHINA
IMAM BUKHARI YG BANYAK BERJASA KPD UMAT ISLAM, SEORANG
ULAMA' HADIS YG SOLEH LAGI TAWADUK.

BIADAB KAMU BERDUA KERANA MEMUTAR-BELIT SUATU HADIS YG
MULIA MENGIKUT TAFSIRAN AKAL KAMU YG PENUH DGN NAFSU.

-------------------------------------------------------

Sidang h-net yg dikasihi,

Mari kita mengkaji balik hadis-hadis yg telah
dipesongkan oleh kedua-dua budak biadab itu. Semuga
bertambahlah iman kita kpd junjungan besar Nabi
Muhammad saw.

1. Nabi qadha' hajat di atas bumbung?

Maksud hadis :
Abdullah bin Umar ra menceritakan,"Saya naik loteng
rumah Hafsah utk suatu keperluan; kelihatan olehku
Rasulullah sedang buang air membelakangkan qiblat dan
menghadap ke Syam". [Sahih Bukhari, Jilid 1, hadis
107]

Abdullah bin Umar ra bercerita, "Pada suatu hari saya
naik loteng ke rumah kami; maka terlihat olehku
Rasulullah sedang bercangkung di atas dua buah batu
bata, buang air menghadap ke Baitul Maqdis" [Sahih
Bukhari, Jilid 1, hadis 108]

Setelah membaca kedua-dua hadis ini, adalah jelas
KEBODOHAN ABU ALIFA DAN EHSAN SENGKALA KERANA
MENGATAKAN NABI MUHAMMAD SAW MEMBUANG HAJAT DI ATAS
BUMBUNG! APAKAH KETIKA IBNU UMAR MEMANJAT KE ATAS
LOTENG MAKA BELIAU TERNAMPAK BAGINDA DI ATAS LOTENG /
BUMBUNG JUGA? INILAH PEMBOHONGAN YG NYATA DRP MEREKA
BERDUA.

Sebenarnya hadis ini membawa maksud (hukum) bahawa
adalah diharuskan menghadap atau membelakangkan qiblat
ketika membuang air apabila berada di dlm tandas /
jamban. Ini kerana terdapat di dlm hadis-hadis lain
tentang larangan membuang air dgn menghadap /
membelakangkan qiblat (apabila berada di kawasan
lapang atau semak).

Sebenarnya apabila Ibnu Umar naik ke atas loteng, dan
ketika menoleh ke bawah, beliau ternampak Nabi di dlm
tandas. Tandas tu di luar rumah dan tidak beratap /
berbumbung. Bukan spt tandas rumah moden sekarang ini
di mana tandas berada di dlm rumah (bilik).

2. Nabi minum air kencing unta?

Anas ra bercerita; " Beberapa org dari 'Ukl atau dari
'Urainah datang ke Madinah, sedangkan hawa kota
Madinah tidak sesuai dgn mereka (yg menyebabkan mereka
selalu sakit-sakit). Maka Nabi menyuruh mereka mencari
unta betina yg sedang menyusui, dan menyuruh pula
mereka minum air kencing dan susu unta itu. Mereka
pergi dan melakukan spt apa yg dianjurkan oleh
baginda.

Setelah sihat kembali, mereka telah membunuh tuan
gembala unta itu, dan untanya mereka bawa (curi).
Berita kejadian (kelakuan )mereka itu sampai kpd Nabi
pada pagi hari. Lalu Nabi memerintahkan supaya
mengikuti jejak mereka. Kira-kira tengah hari mereka
dapat di tangkap. Maka Nabi memerintahkan supaya
memotong tangan dan kaki mereka, dan mata mereka
ditusuk, kemudian dijemur ditempat panas, dan apabila
mereka meminta minum jangan diberikan.

Berkata Abu Qalabah, "Mereka itu mencuri, membunuh,
kafir sesudah iman, bahkan menentang Allah dan
Rasulnya." [Sahih Bukhari, Jilid 1, hadis 154]

Banyak kesimpulan dari hadis ini, TERMASUKLAH
DIHARUSKAN UTK MINUM AIR KENCING UNTA SEMATA-MATA UTK
DIBUAT UBAT. BUKAN UTK DIBUAT MINUMAN RUTIN. UNTA ITU
PULA HARUSLAH YG SEDANG MENYUSUI.

Memandangkan ia lahir dari mulut Rasulullah sendiri,
maka ia sudah menjadi suatu hukum. Iaitu harus minum
kencing dan susu unta yg sedang menyusui utk dibuat
ubat ketika sakit-sakit. Namun, jika ketika sihat lalu
saja-saja diminum air kencing itu, maka hukumnya
haram. Lantas, apa alasan utk seseorg itu utk
mempertikaikan kebenaran hadis ini? Kalau ingin
dibuktikan, buat shj ujian secara saintifik.
Insyaallah terbukti kebenarannya sebagaimana kebenaran
menyuci najis mughalazah menggunakan air bercampur
tanah.

DAN ANTARA PENGAJARAN LAIN YG BOLEH DIAMBIL DARI HADIS
INI IALAH DARI KATA-KATA ABU QALABAH YG RELEVAN KPD
ABU ALIFA DAN EHSAN SENGKALA.

3. Nabi sembahyang di tempat kambing bermalam?

Anas ra berkata, "Sebelum mesjid (selesai)
dibangunkan, Nabi (pernah) sembahyang ditempat-tempat
kambing bermalam." [Sahih Bukhari, Jilid 1, hadis 155]

WAHAI ABU ALIFA! APA YG KAMU NAK KATAKAN TENTANG HADIS
INI? ADAKAH KAMU MENGATAKAN BAHAWA NABI BERSEMBAHYANG
DITEMPAT KOTOR? SUNGGUH CETEK AKALMU!

Sebenarnya hal ini terjadi diketika awal-awal hijrah
Nabi ke Madinah. Seperti yg kita maklum, masjid
pertama yg didirikan ialah Masjid Quba' diikuti dgn
Masjid Nabawi di Madinah. Masjid Quba' didirikan
ketika Nabi masih berada dlm perjalanan ke Madinah.
Disebabkan betapa pentingnya solat itu, nah! di sini
Nabi menunjukkan agar bersolat sahaja walau di mana
sahaja kamu berada? Tapi ia perlu diingat,
syarat-syarat sah solat mesti dipatuhi. Ini termasuk
suci dari hadas dan suci dari najis, baik pada diri,
pakaian dan tempat solat. JUSTERU ITU, ADAKAH ABU
ALIFA MENGATAKAN BAHAWA NABI BERSIFAT JAHIL DLM
PERMASALAHAN INI SEHINGGA TIDAK TAHU NAK MEMBERSIHKAN
TERLEBIH DAHULU KAWASAN TERSEBUT? Tidaklah Nabi itu
seorang yg jahil, malah Nabi itu bersifat Fatonah.

Menyentuh pasal solat, INGIN SAYA BERTANYA, APA TUJUAN
DAN APA GERANGAN ABU ALIFA DAN EHSAN SENGKALA MEMBAWA
ISU INI? APAKAH ANDA INGIN MEMBUAT GAGASAN KPD NETTERS
YG LAIN AGAR BERIMAN SEMATA-MATA KPD AL-QURAN, SERTA
USAH MEMPERCAYAI HADIS? LANTAS ANDA CUBA MEMBAWAKAN
'JENAKA-JENAKA' YG ANDA RASAKAN WUJUD DI DLM HADIS
SHAHIH?

KALAU BENAR ITU TUJUAN ANDA, BAGAIMANA ANDA INGIN
MENENTUKAN BILANGAN SOLAT 5 WAKTU SEHARI SEMALAM JIKA
HANYA MERUJUK KPD AL-QURAN SEMATA-MATA? BOLEH
TERANGKAN? KALAU TAK BOLEH, PERGI SHJ DARI SINI!

4. Apa untungnya mempercayai Nabi Isa as akan turun
semula di akhir zaman?

Di sini juga saya ingin menjawab persoalan yg telah
diforwardkan oleh (kalau tak salah) oleh Saladin
[kalau salah harap maafkan]. 

Email tersebut ada mengatakan bahawa org Kristien
meyakini turunnya semula Nabi Isa kerana ia sebagai
agenda utama bagi survival ugama mereka. Tapi bagi
umat Islam, pegangan ini langsung tidak membawa
keuntungan.

Utk menjawab soalan ini, iaitu apakah untungnya umat
Islam mempercayai turunnya semula Nabi Isa as nanti?
Jawabnya, UNTUNGNYA ialah dapat menjaga iman kpd Nabi.
Semuga terlepas dari siksa di akhirat. Itu aje.

Wallahu'alam.

##Note : Diharapkan agar sdr Rahman Celcom (As Salafu
Aslam) yang merupakan pakar hadis dlm h-net ni tampil
menegakkan kebenaran. Inilah masanya anda menggunakan
ilmu anda demi kemurnian Islam.




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke