*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Waalaikumsalam,

Kot ya pun, tolong la jangan letak nama hamba kat Subject tu....hamba ini 
pemalu orangnya...:-)

Ginilah sedara; betoi-betoi punya cerita, saya tumpang menyampuk email 
saudara itu pun sebab saya teringat kopi maklang Jah bila terbaca
email saudara tu. Maklang Jah ini dia buat kopi bukan untuk jualan 
besar-besaran punya, dia jual kalau ada orang mari rumah dia saja; kat kedai 
pun dia tak letak.

Kopi pun bukan yg ditanam secara komersial punya; maklang Jah pakai kopi 
liar yang tumbuh banyak kat tebing-tebing sungai tepi rumah dia tu. Hari tu 
saya berpeluang tengok Maklang Jah dengan kawan dia Tok Esah dan Maksu 
Saodah pakat sama-sama goreng dan adun dalam kawah, lepas tu pakat lawan 
tumbuk kopi dalam lesung....bawah pokok moktan tu lah. Bila tengok dema buat 
kopi tu, saya teringat masa saya kecik-kecik dulu, mak & tok saya pun buat 
macam tu juga. Bila agak-agak kopi tu dah nak masak, saya gi ambik daun 
kopi, minta maklang Jah tuang sikit adunan gula yg masih cair tu...warna dia 
sedikit hitam kekoko-kokoan; tak sampai 5 minit, adunan gula tu jadi keras 
macam gula-gula....rasa dia sebiji macam rasa Kopiko....kaow habis!

Kalau nak buat besar-besaran saya rasa masalah sikitlah kot; bekalan biji 
kopi pun maklang jah main kutip kat pokok2 tepi sungai....tapi, bagus juga 
idea tu, mungkin boleh diusahakan. Oh ya, by the way, kalau saya boleh 
tolong maklang jah, bermakna tolong jemaah kita juga tu; maklang Jah, Tok 
esah dan Maksu Saodah, tiga-tiga orang PAS. Laki maklang Jah, paklang Mail 
lagi piao dia punya PAS.....kalah kawan-kawan dalam net ini. Walaupun kerja 
dia cumalah menoreh getah ala-kampung, dua tiga hari sekali boleh kot seguni 
dua (saya selalu berselisih dengan motor tua dia dok bawak guni sekerap); 
tapi semangat juang dia cukup tinggi.

Hari tu, saya terkejut habis bila terlihat satu wajah yang sangat familiar 
dalam majalah Tamaddun (2 tiga bulan selepas p/raya Arau). Saya terkejut 
sebab salah satu gambar penyokong2 PAS di bawah panas terik matahari ketika 
kempen di Arau itu adalah gambar Paklang Mail. Saya terperanjat sebab saya 
tak sangka Paklang Mail boleh pi jauh sampai macam tu, kalau naik kereta 
dari kampung saya tu ke Arau, adalah kot dalam 3 jam.....jauhlah juga tu 
untuk seorang penoreh getah macam Paklang Mail ni. By the way, Paklang Mail 
tidak pernah membeli majalah Tamadun sebab faham2lah dengan pendapatan tak 
seberapa itu, memang dia tak mampu nak beli. Jadi, tiba hujung minggu tu, 
saya terus bergegas balik kampung, terjumpa Maklang Jah kat tempat biasa 
bawah pokok moktan tu.....saya tunjuk kat dia gambar Paklang Mail dalam 
Tamadun tu....berseri semacam muka maklang Jah, seronok dan terkejut tak 
sangka; lepas tu riuh rendah jadinya bila Tok esah, maksu Saodah dan anak2 
buah yang lain pakat join sekali. Saya kata kat maklang Jah, ini, gambar 
paklang mail satu malaysia tengok.

Maklang Jah seronok tak sangga....macam2 dia komen pasal gambar laki dia tu; 
antara yang saya ingat: 'Paklang Mail mu tu memang macam tu, mana dia gi 
pun, selekeh macam tu lah, dok pakai baju kemeja buruk tu lah!!'. Selekeh 
tak selekeh, saya cukup respect sama Paklang Mail, sebab selain daripada 
sanggup berjuang sampai melepasi sempadan negeri walaupun hidup dalam serba 
kekurangan; saya juga difahamkan ramai kawan-kawan rapat Paklang Mail yang 
terkorban di semasa tragedi berdarah di kampung Memali 
berhampiran....mungkin ketika itu panggilan jihad untuk paklang mail tak 
sampai lagi!

Moga, berkat kopi Maklang Jah ini akan mendekatkan lagi diri saya dengan 
semangat juang suaminya ini.

H Rahman
p.s: kampung maklang jah dok di ceruk Baling sana nu....tak dak 
talipon....tapi kalau pakai 019, okay....line clear...Celcommmm!!

>From: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>

>Assalamualaikum,
>
>Kamu ni bagus le Bamang, kerana telah menolong menyelesaikan 
>masaalah.Bukannya macam Ana Suryana, ada ke dia suruh kite beli 
>mesin..harganya kite tanya dekat kedai RM1,700. Kite ni nak lepas gian 
>minum sendiri bukannya nak meniaga.Yang si Nurzailah kata dekat Ipoh ada 
>tapi tak kata dekat mana, dan dia kata ada dua jenis pulak white and black 
>coffee.Si Mohd Tamsir pulak kata ada kopi kering dan ada kopi 
>goreng.Nampaknya kopi ni skopnya luas le juga, saya ingat petik saja dari 
>pokok terus bawa balik goreng.Saudara Bamang! tera jugak MakLang Jah kamu 
>buat kopi yeee. Meleleh air lior saya mendengar cerita kamu. Bolehke kamu 
>bagi nombor phone MakLang Jah kamu? Saya nak suruh dia pos leee.Bukan saya 
>saja nak, tapi ramai lagi netters kita termasuk si Asmieda1 ,Mohd Sabri 
>Hamid dan Abg lang pun nak jugakkk...
>
>
>
>
>>From: "H Rahman" <[EMAIL PROTECTED]>
>>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>>Subject: Re: H-Net* Biji kopi - please
>>Date: Wed, 23 Feb 2000 09:44:23 GMT
>>
>>salam~
>>
>>Biji kopi saya tak tau, tapi kalau nak kopi kampung yang piao punya...saya 
>>tiap-tiap minggu balik kampung. MakLang Jah kat kampung saya tu dia buat 
>>kopi, piao habis... guna lesung macam dulu-dulu, goreng & adun pun pakai 
>>kawah, bawah pokok moktan pula tu, shahdu habis. Kena sekali, nak kena 
>>dua....dia tak jual besar-besaran, cuma dekat orang-orang kawasan tu saja. 
>>Dah terlajak balik kampung, saya beli 2 bungkus; saya tanya maklang, 
>>sebungkus berapa. Dia kata, Singgit!
>>
>>Hmmm....walaupun singgit saja....tapi rasa dia kaow habis, kalah rasa 
>>Nescafe...
>>
>>-sekian-
>>
>>>From: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>
>>>To: [EMAIL PROTECTED]
>>>Subject: H-Net* Biji kopi - please
>>
>>>Assalamualaikum,
>>>
>>>Saya nak tanya, kat mana saya boleh beli biji kopi? Maksud saya dalam 
>>>Malaysia. Kerana saya ni teringin nak minum kopi pure yang di proses 
>>>sendiri.
>>>______________________________________________________
>>
>>>Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>
>>
>

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "H Rahman" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke