*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum pada warga hizbi yg di ingati.
Saya sekadar memohon penjelasan pada apa yg masih
kabur pada diri saya.

Saya terlibat dalam industri pelaburan lebih kurang 12
tahun. Sejak dari tingkatan 5 lagi saya dah ikut serta
secara kecilan. Dari berniaga index Hang seng lepas tu
ber niaga kapas di "pasar Malam" masuk tukaran wang
asing dan la ni ke BSKL.
Kalau nak di katakan haram, saya rasa di BSKL kita
boleh jadikan halal atau haram. Halal tu maksudnya
main kaunter yg ada * (bintang) contohnya macam
Telekom, Intria, Naluri,Tanco dan banyak lagi. Yg
haram kalau main Kaunter Takdak *. Contohnya Maybank,
RHB dan banyak lagi.  
Bab kontra nak disamakan dgn judi saya rasa boleh di
bezakan lagi. Bagi yg gemar main kontra selalunya
pelabur ni bukan masuk ikut suka, mereka lebih yakin
dgn kemampuan diri sendir maksud saya dgn analisis yg
mereka buat sendiri. Bila yakin dgn kemampuan kaunter
tersebut barulah belian akan di buat.
Tak di nafikan kontra ni amalan kurang baik di pasaran
saham sbb nya menjejaskan kenaikan pasaran. Tapi kita
ni pelabur biasa yg tak mampu melawan kejatuhan yg
besar. kita ni di ibaratkan anak ikan bilis di tengah
lautan Atlantik. Bayangkan bagaimana kita nak melawan
gelora? hanya dgn persedian diri  dan analisis
tertentu saja yg boleh menyelamatkan kita..  
Bagi pendapat saya,kontra masih halal sbb bukan ikut
nasib. Saya buat daily tracking untuk siapkan diri
saya dalam berurusan jual beli kaunter..  
Tapi bagi saya kalau kita berjual beli nombor
contohnya index KLOFFE atau Hang Seng  itu JUDI.
Berjual beli kapas yg masih berputik itu RIBA.

Wasalam

handayang....


--- Limbat <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

> Assalamualaikum.
> 
> Saya bukanlah seorang remisier tetapi saya
> sebenarnya
> terlibat secara langsung dalam bidang pelaburan
> khususnya pelaburan saham di KLSE. Saya bertugas di
> salah sebuah syarikat pelaburan terbesar di negara
> kita dan telah menceburkan diri lebihkurang 5 thn.
> 
> Berkenaan dengan melabur dlm stock market untuk
> tujuan
> mendapat keuntungan "kontra" pada pendapat saya
> eloklah dielakkan. Untuk terlibat dalam pelaburan
> equity ini seseorang harus faham akan konsep
> pulangan
> dan risikonya (risk & return). On average, pelaburan
> dlm equity market di Malaysia memberikan pulangan
> lebihkurang 12% setahun dengan risikonya antara
> 25-35%. Risiko ini diukur mengikut price volatility
> KLCI. Ini bermakna, mengikut teori statistik, kita
> boleh ringkaskan bahawa ada 95% peluang untuk kita
> mendapat keuntungan antara -38% sehingga 62% setahun
> (25% volatility). Saya takut jika pelaburan kita
> membuahkan negative return.
> 
> Pada saya melabur utk kontra ini hampir kepada
> konsep
> perjudian. Kita seharusnya membuat pelaburan untuk
> mendapatkan keuntungan dalam jangkamasa sederhana
> hingga jangkapanjang (> 3 bulan). Pastikan saham yg
> dibeli itu adalah saham syarikat yang tidak terlibat
> secara langsung dengan business haram.
> 
> Sekian sahaja, kalau ada respon baik, saya sambung
> lagi lain kali.
> 
> Wassalam
> __________________________________________________

> Pengirim: Limbat <[EMAIL PROTECTED]>
> 
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: handayang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke