*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pemuda Bani Tamim (17)

Assalamualaikum,

Sifat-sifat toifah/jemaah Pemuda Bani Tamim (Sambungan)

1. Apabila dia zahir di sebelah Timur, wajib setiap mukmin di seluruh dunia 
menerimanya.
Iaitu menerimanya sebagai pemimpin mereka dengan cara:
1.      Membaiatnya ketika mengetahui bahawa beliau telah benar-benar muncul di 
Timur untuk memimpin umat Islam.
2.      Wajib pula membantunya menegakkan hukum Islam dengan cara mentaati 
segala suruhannya, meninggalkan segala tegahannya, mentaati kepemimpinannya 
secara zahir dan batin, dan juga menolongnya mengalahkan musuh-musuh yang 
zahir dan yang batin.
3.      Mendoakan kemenangannya dalam setiap urusan di dunia ini.
4.      Mengikut dan mengamalkan perjuangan yang dilagang oleh beliau.
Keterangan ini adalah huraian daripada hadis-hadis Nabi SAW.
Disebutkan lagi oleh hadis-hadis berkenaan bahawa, apabila zahir beliau 
sebagai ketua umat Islam, wajib setiap umat Islam mendatanginya dan berbaiat 
dengannya walaupun terpaksa merangkak di atas salji untuk mendapatkan dan 
menemuinya.

2. Keperibadiannya ternyata jauh lebih menonjol daripada tokoh-tokoh ulama 
yang hidup sezaman dengannya.
Cara-cara kepemimpinannya adalah lebih terkehadapan berbanding corak 
pemerintahan pemimpin-pemimpin dunia yang ada ketika itu. Ketika itu, para 
pemimpinnya sudah:
1.      Ketandusan idea untuk memimpin negara dan umatnya.
2.      Tidak layak lagi menjadi pemimpin.
3.      Tidak dihormati setelah tamat pemerintahannya.
4.      Tidak disegani dan ditaati ketika menjadi pemimpin.
5.      Melakukan pelbagai penyelewengan sebelum, ketika dan setelah menjadi 
pemimpin.
6.      Tidak menjaga maruah dirinya (dan keluarga) sebagai pemimpin.
7.      Tidak kelihatan seperti seorang pemimpin.
Semua keadaan ini amat berbeza dengan Pemuda Bani Tamim ini yang memang 
dilihat benar-benar mempunyai sifat-sifat sebagai seorang pemimpin sejati 
dan dihormati sepanjang waktu oleh para pengikutnya.
Malah jika dibandingkan dengan para ulama yang sezaman ketika itu juga, 
nyata beliau lebih menonjol daripada mereka dalam segenap segi. Beliau boleh 
bercerita dan bercakap dalam pelbagai perkara dan mampu menyentuh soal-soal 
dasar dalam perkara tersebut.
Dari segi pengaruh pula, beliau dilihat jauh lebih berpengaruh di kalangan 
pelbagai golongan daripada pengaruh para ulama ketika itu. Ini akan 
menyebabkan beliau didengki, dihasad dan akhirnya ditohmah dengan pelbagai 
tohmahan supaya pengaruh beliau dapat dikurangkan dari mata masyarakat umum, 
terutamanya umat Islam.

3. Beliau mampu menyelesaikan segala kekusutan dan masalah besar.
Yang sedang sangat parah melanda dunia ketika itu, yang masalah-masalah 
demikian sudah tidak mampu lagi diselesaikan oleh mana-mana pemimpin, ulama 
besar, cendekiawan dan sarjana besar ketika itu.
Beliaulah yang disebutkan sebagai Satria Pamungkas dalam bahasa Jawa oleh 
Wali Songo.
Satria bererti Pahlawan, Panglima, Pendekar atau Hero dalam bahasa 
Melayunya. Pamungkas bererti Penyelesai Segala Masalah, Pembongkar, Pengorek 
dan lain-lain. Maksudnya, beliau adalah orang yang lahir untuk membantu 
menyelesaikan segala masalah orang lain, terutamanya di Timur dan juga di 
seluruh dunia.

4. Dia merupakan mujaddid yang disimpan oleh Allah untuk zamannya, merupakan 
mujaddid bersama, dengan Imam Mahdi.
Wali Songo juga menyebutkan beliau sebagai Satria Piningit iaitu Pahlawan 
Yang Disimpan Jatidirinya oleh Allah. Keterangan yang diberikan oleh mereka 
ini tidak pernah disentuh oleh mana-mana ulama Islam dari tanah Arab sebelum 
ini. Hanya melalui keterangan oleh mereka inilah, kita dapat mengetahui 
bahawa Pemuda Bani Tamim ini sebenarnya adalah mujaddid yang disimpan 
jatidirinya oleh Allah Taala. Hadis-hadis tidak ada menyebutkan demikian.
Tujuan disimpan jatidirinya oleh Allah ialah untuk mengelirukan pihak yang 
anti-Islam dan antimujaddid berkenaan. Apabila disimpan jatidirinya, Pemuda 
Bani Tamim dapat membesar dengan selamat dan perjuangannya dapat dijalankan 
tanpa gangguan.
Jika jatidirinya diketahui umum, sudah pastilah beliau akan ditahan, 
diuzlah, dibuang ke luar negeri atau mungkin juga dibunuh oleh pihak 
pemerintah yang mengetahui kedudukannya sebagai pemerintah akan digugat oleh 
Pemuda Bani Tamim itu.
Sebab itulah Pemuda Bani Tamim itu dikatakan oleh Wali Songo sebagai Satria 
Piningit, kerana keperibadiannya disimpan oleh Allah dari diketahui oleh 
orang ramai sejak kecilnya hinggalah beliau besar dan mula berjuang.
Beliau juga disimpan jatidirinya dengan cara tidak belajar mengikut kaedah 
pengajian sezaman dengannya seperti juga halnya dengan Rasulullah SAW yang 
diutuskan dalam keadaan ummi (tidak tahu tulis-baca) sedangkan masyarakatnya 
ketika itu memang bijak pandai dan berpelajaran tinggi.
Beliau juga dikatakan sebagai mujaddid bersama untuk zamannya, iaitu 
bertaraf mujaddid juga, sedangkan Imam Mahdi itupun mujaddid juga. Maka 
kedua-duanya akan menjadi mujaddid secara serentak, untuk memperbaiki 
keadaan ummah ketika itu.
Alasan yang dapat diterima untuk mengesahkan hal ini ialah:
1.      Dunia pada ketika itu sudah terlalu rosak, sehingga manusia sudah tidak 
dapat mengasingkan antara yang halal dengan yang haram. Maka diperlukan dua 
orang mujaddid untuk memperbaikinya sehingga baik semula, sama seperti dunia 
pada zaman Rasul SAW dahulu. Setiap yang batil dan bidaah akan hancur sirna 
dan yang hak akan tegak mengukuh.
2.      Akhlak manusia ketika itu sudah terlalu rendah dan runtuh 
seruntuh-runtuhnya. Maka perlu ada dua orang mujaddid untuk membersihkan 
akhlak manusia sebersih-bersihnya. Sehingga akhirnya jadilah akhlak manusia 
sama seperti akhlak pada zaman Rasul SAW dahulu.
3.      Akidah umat Islam sudah amat rosak dan bercelaru sehingga ramai yang 
sudah tidak pasti akidah mana yang patut diikut. Ahlus Sunnah atau Syiah? 
Yang mengaku Ahlus Sunnah juga ada dua puak, satu Kaum Tua dan satu lagi 
Wahabi. Masing-masing mengaku merekalah yang lebih betul dari yang lain. 
Dalam kalangan Kaum Tua pula, tiap-tiap mazhab yang empat itu, pengikutnya 
bertaklid kepada mazhabnya sahaja sehingga sanggup menidakkan mazhab yang 
lain. Syiah sendiri terdiri daripada beberapa banyak mazhab kecil, yang 
antara setiap satunya tidak dapat disatukan lagi. Walhal semuanya Syiah 
belaka. Maka perlulah dua orang mujaddid untuk membetulkan segala kekeliruan 
akidah dan menunjukkan kepada sekalian manusia akidah yang betul dan benar.

5.Sifat-sifat dirinya amat diketahui oleh pihak musuh.
Walaupun jatidirinya disimpan, pihak musuh Islam amat peka dan mengambil 
berat tentaang kemunculannya. Nama sebenarnya, tempat lahirnya, suasana 
ketika lahirnya, tanda-tanda lahir toifahnya, nama toifahnya dan sifat-sifat 
toifahnya sangat dikenali oleh orang-orang alim Yahudi dan Nasrani ketika 
itu.
Bagaimana mereka mengetahuinya sedangkan umat Islam ketika itu tidak 
tahu-menahu pun mengenai perkara itu? Malah sebahagian besar umat Islam 
sudah tidak percaya lagi kepada hadis-hadis "dhaif" mengenai Pemuda Bani 
Tamim itu.
Di sinilah letak sebenarnya kelemahan dan kelalaian umat Islam. Mereka telah 
berjaya ditipu oleh para orientalis yang mencucuk jarum halus ke dalam 
pemikiran seluruh umat Islam agar tidak mempercayai perkara 'karut' seperti 
Pemuda Bani Tamim itu dan mengenai Imam Mahdi. Mereka menjadi sangat leka 
dengan urusan dalam negeri masing-masing hingga tidak sempat lagi memikirkan 
soal-soal yang lebih besar, umpamanya masa dan tempat kemunculan Pemuda Bani 
Tamim.
Jika ada pun mana-mana individu yang dapat dikatakan menepati ciri-ciri 
sebagai Pemuda Bani Tamim itu, orang itu akan dianggap musuh nombor wahid 
dan sangat perlu dihapuskan. Sepatutnya mereka meluangkan sedikit masa untuk 
mengkaji kebenaran 'hadis yang dikatakan dhaif' itu dan jika benar, 
sepatutnya menyokong orang itu, dan bukan memusuhinya.
Akhirnya, keadaan sudah jadi terbalik. Ketika umat Islam di seluruh dunia 
sudah tidak percaya lagi kepada hadis-hadis dan keterangan para tabiin 
mengenai diri Pemuda Bani Tamim, para alim dan pendeta Yahudi dan Nasrani 
pula sebaliknya, sangat percaya setiap hadis berkenaan, walaupun taraf hadis 
itu sangat lemah.
Mereka tidak habis-habis mengkaji dan meneliti kebenaran setiap hadis 
berkenaan, malah sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang besar hanya 
semata-mata untuk memastikan isi sesebuah hadis itu sudah berlaku atau 
belum.
Bagi pendeta Yahudi ini, tidak ada 'hadis dhaif' mengenai Pemuda Bani Tamim 
kerana mereka sangat alim mengenai keperibadian kedua-dua tokoh utama umat 
Islam akhir zaman itu. Bukan setakat sangat alim, malah mereka juga sangat 
mempercayai kesemua keterangannya, melebihi keyakinan umat Islam sendiri 
terhadap kesahihan hadis-hadis tersebut.

Wassalam,

Arjuna Armada



______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "arjuna armada" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke