*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam,

tetapi kita perlu ingat bahwa arRasul pernah memberi amaran:

Bila kamu berjual beli dgn cara 'inah, hanya memegangi ekor sapi, redha
terhadap tanaman & meninggalkan jihad, maka Allah akan menyebarkan kehinaan
kpd kamu sekelian, yg tidak akan dicabutNya sehingga kamu kembali ke
agamamu(hadith shohih yg telah ditakhrij).

kalau terlalu sibuk dgn perdagangan global lalu meninggalkan jihad, Allah akan
menghinakan sehinggalah mrk bertaubat dan kembali menyiapkan diri utk
berjihad. 

tuan sani tertinggal ekonomi fardhu ain.

wslm

Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Assalamualaikum wbt,
> 
> Walaupun kita telah mempelajari micro-economics dan
> macro-economics, kita tidak akan jumpa dlm syllabus 3
> kategori ekonomi berikut:
> 1. Ekonomi fardhu kifayah
> 2. Ekonomi komersial
> 3. Ekonomi strategi
> 
> Satu lagi, walaupun kita berkelulusan ekonomi,
> marketing, bussiness admin ataupun accounting, namun
> ramai yg tidak mampu membuat bussiness sendiri.
> Senang-senang ... makan gaji ajelah (maacam saya).
> 
> Rufaqa' terkenal di seberang laut
> 
> KUALA LUMPUR 7 Feb. - Syarikat pengedar barangan
> kesihatan tempatan, Rufaqa' Corporation Sdn. Bhd.
> (Rufaqa'), kini mencipta nama di pasaran antarabangsa
> selepas berjaya menarik minat pelabur asing melalui
> pelbagaian bidang perniagaan.
> 
> Naib Pengarah Urusan, Chairil Anwar Ujang berkata,
> Rufaqa' mungkin nama yang belum begitu dikenali di
> dunia perniagaan tempatan tetapi syarikat itu telah
> mengukuhkan kedudukannya di seberang laut.
> 
> Syarikat itu kini mempunyai operasi di benua Eropah,
> Timur Tengah, Australia selain negara-negara di rantau
> ini, katanya kepada Utusan di sini.
> 
> Rufaqa' diterajui oleh bekas pemimpin kumpulan
> Al-Arqam yang diharamkan enam tahun lalu, Ashaari
> Mohamad.
> 
> Rufaqa' yang bermula dengan menjual produk-produk
> kesihatan, telah berjaya mempelbagaikan kegiatan dalam
> pelbagai bidang perniagaan sehingga menarik minat
> pelabur-pelabur asing.
> 
> Antara perniagaan yang diceburi ialah penghasilan
> makanan, pasar raya, barangan herba, kedai runcit,
> restoran, kafe, katering, audio video dan perkhidmatan
> kesihatan.
> 
> ''Di sebalik nama Rufaqa' yang membawa maksud sahabat
> karib sejati, syarikat itu menggunakan konsep yang
> sama untuk berjaya dan menarik penyertaan lebih ramai
> golongan bumiputera di negara ini,'' kata Chairil.
> 
> Rufaqa' baru-baru ini telah mengadakan syarikat usaha
> sama dengan Kumpulan Syarikat-syarikat Hawariyun
> (Hawariyun) dari Indonesia dikenali sebagai Zumala
> Group Sdn. Bhd. (Zumala).
> 
> Katanya, Rufaqa' akan menguasai 51 peratus kepentingan
> dalam Zumala dengan Ashaari dilantik menjadi Pengerusi
> Eksekutif manakala Hawariyun atau dikenali sebagai PT
> Cahaya Timur Ruhama.
> 
> Berpusat di Indonesia, Hawariyun, syarikat yang
> terkemuka dengan pembabitan dalam pelbagai bidang
> ekonomi dan mempunyai operasi seberang laut seperti
> Jerman, Jordan dan Jepun, akan menerokai peluang di
> dalam dan luar negara.
> 
> Beliau berkata, banyak projek baru yang sedang dalam
> perancangan dan akan dilaksanakan selepas pemeteraian
> perjanjian itu termasuk mengadakan rangkaian runcit di
> pusat membeli belah di seluruh negara.
> 
> Chairil menambah, Zumala juga dijangka menjadi
> syarikat bumiputera pertama di negara ini melibatkan
> diri dalam perniagaan penghantaran ayam siap diproses
> ke rumah-rumah pelanggan.
> 
> Beliau berkata, ''projek perintis itu akan dimulakan
> di Selayang, Selangor setelah ladang penternakan ayam
> yang bakal menempatkan 2,000 ekor ayam siap dibina.
> 
> 
> ''Kami telah mengenal pasti kawasan untuk ladang
> penternakan kira-kira 5.6 hektar di kawasan Selangor
> dan turut dibantu oleh pakar-pakar dari Indonesia,''
> katanya.
> 
> Selain itu, Chairil yang menyatakan ia di peringkat
> perbincangan tetapi enggan mengulas lanjut, berkata,
> Zumala juga kini sedang berbincang dengan salah sebuah
> anak syarikat Kumpulan HICOM untuk menjadi ejen
> menjual treler.
> 
> Katanya, selain mengedar telefon canggih Nokia 9110
> khususnya di luar negara, pihaknya juga akan meluaskan
> operasi syarikat dengan mengedar barangan Casio serta
> sistem bunyi canggih di bawah jenama Sony.
> 
> ''Rancangan seterusnya ialah mengadakan usaha sama
> menjual aksesori kereta,'' kata Chairil yang tidak
> mengulas lanjut.
> 
> Beliau berkata, Zumala juga akan membuka pasar borong
> ketiganya di Kemaman, Terengganu bagi memenuhi
> permintaan zon timur pada bulan depan sebelum
> dikembangkan ke Kota Tinggi, Johor.
> 
> ''Kami kini mempunyai pasar borong di Selayang,
> Selangor dan Temerloh, Pahang,'' tambah Chairil lagi.
> 
> 
> 
> 
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
> http://im.yahoo.com


____________________________________________________________________
Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at 
http://webmail.netscape.com.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: ibnu muhajir <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke