*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalammualaikum....

Saya agak bersetuju dengan kenyataan saudara razman nie... kadang˛ orang PAS 
peringkat akar umbi nie agak kasar sikit dalam kempen mereka nie... 
contohnya masa pilihanraya 1995 dulu ada orang PAS yang kempen kakak saya 
(yang memang berkarat UMNOnya) dengan berkata "kak, kita orang perempuan nie 
datang bulan ke tak datang bulan ke kena sokong bulan jugak kak, kalau nak 
masuk syurga" peh... akibatnya kakak saya nie telah berpatah arang dengan 
PAS (walau pada mulanya berminat)... sampai saya pun tak lut nak 
memujuknya... tak berjaya... ada jugak kakak saya yang lain ... terbuka 
sedikit, dia dan suaminya sering pergi ke ceramah kedua˛ pihak... BA dia 
pergi BN pun dia pergi... alasanya dia nak dengar dua˛ nak buat 
perbandingan... tapi yang sedihnya bila dia pergi keceramah PAS... ada la 
dua tiga kerat orang PAS nie yang tak paham, terus menengking... "weh kau 
orang UMNO buat apa menyebok jek datang, pegi blah kauorang".... peh.... 
satu lagidah merajuk... dan ditambah lagi kes-kes lain hasil pembawaan salah 
orang PAS sendiri yang kurang toleransi sedikit... hasilnya... masa 
piliharaya dia menjadi perayu undi UMNO di Shah Alam... hilang satu lagi 
undi... maaf la dah puas saya pujuk dan kemukakan hujah˛ tapi bila dibalas 
dengan contoh˛ diatas saya jadik susah nak jawap... habis˛ saya jawab... 
"memang la perbuatan tu salah dan kurang bijak tapi... bla... bla...".... 
ummm begitula nampaknya... dalam 12 orang adik beradik hanya 2 orang saja 
yang menyokong BA... yang lain dah merajuk terus menyokong UMNO termasukla 
ke2 ibubapa saya... yang sedihnya sebelum balik mengundi dapat amaran dari 
bapak... "kau kalau setakat balik nak mengundi PAS, baik kau tak payah 
balik-balik lagi... simpan lah duit minyak dan tol kau tu" peh...... terkedu 
jugak saya... tapi saya balik jugak... tapi tak berapa sedap nak 
berkempen... masa mengundi saya nekad pangkah bulan jugak....

saya mintak maaf la ya kalau komen saya nie mendatangkan rasa tak senang 
dikalangan penyokong PAS, tapi saya ikhlas dalam memberi komen nie, orang˛ 
PAS (termasuk la saya) haruslah menjaga tatatertib mereka bila berada dalam 
masyarakat... saya harap komen saya tidak mendapat komen yang nagetif dari 
netters semua....

>From: [EMAIL PROTECTED]
>
>
>Assalamualaikum,
>Saya amat tertarik dengan kenyataan cik Hasanah ni.  Islam itu adalah Yang
>Terbaik dan hanya Yang Terbaik sahajalah yang boleh dan dapat
>melaksanakannya.  Memang benar, kita ni masih jauh lagi kepada matlamat
>"Yang Terbaik" ni.  Cubalah kita lihat kepada jemaah kita di dalam PAS ni
>sebagai contoh.  Dapatkah kita benar-benar menghayati serta mengamalkan
>segala sunnah-sunnah Rasulullah di dalam kehidupan seharian kita.
>Kebanyakan dari kita, terutama sekali yang di peringkat akar umbi (termasuk
>saya), memandang serong dengan orang-orang yang masih belum memasuki jemaah
>kita.  Saya pernah berbual dengan beberapa orang dari UMMM;  ada di antara
>mereka mengaku bahawa perjuangan PAS adalah perjuangan yang murni setakat
>ni.  Tetapi apa yang menyebabkan mereka ni masih enggan memasuki jemaah
>kita ni adalah kerana mereka melihat para jemaah kita ni seolah-olah
>memandang mereka dengan pandangan yang hina  hinggakan  senyum yang mereka
>beri tidak berbalas.  Beginikah cara kita untuk menarik orang-orang di luar
>sana yang ingin mendapatkan pedoman?  Beginikah cara kita hendak berdakwah
>kepada mereka yang masih belum memahami akan perjuangan kita?  Saya rasa
>jika beginilah cara kita berterusan, alamat jauh panggang dari api lah kita
>dari matlamat kita yang sebenarnya.  Oleh itu, pada pendapat saya, adalah
>baik sekiranya kita dapat menghidupkan kembali usrah-usrah di dalam qariah
>kita guna untuk mentarbiah diri kita semua di samping saling
>ingat-mengingati antara satu sama lain.  Saya percaya ada di antara kita
>yang sudahpun mengamalkannya.  Saya juga percaya ramai lagi yang belum
>terutama sekali mereka yang tinggal di kawasan bandar.
>Wassalam.
>
>
>
>
>"Hasanah Hassan" <[EMAIL PROTECTED]> on 16/02/2000 02:23:01
>
>Wahai saudara;
>Saya kata "Dasar atau Polisi" bukan "Perlaksanaan".  Saya rasa saudara yang
>tak faham. Cuba tengok kat manifesto PAS tu ade ke cadang nak ganti Cukai
>Pendapatan dengan Zakat. Dah kita cuba nyatakan / ceritakan kepada umum apa
>beza kedua-duanya.  Sudah ke belum ?. . Dah ada ke kita masukkan kedalam
>WebSite?. Biar kita ni semua faham.
>
>Sebab kita tak explain lah maka timbul kekecohan sekejab, semasa Trengganu
>cuba memperkenalkan perkara baru.
>
>Cuba kita tengok HomePage PAS atau Harakah, sudah kah kita masukkan
>"Sesuatu
>Yang Berbentuk Menambahkan Keilmuan Kita".  Mungkin jawapannya kata
>"sudah".
>   Ya sudah, tetapi "Yang Bagaimana", "Banyak Mana", "Tentang Apa" dan
>"Sudah
>Lengkap atau Belum"..... baru teraba-raba, atau tercari-cari.
>
>Soal perlaksanaan, memang betul lah kena tunggu bila Islam memerintah,
>tetapi bukan semua tentang Islam itu harus kena tunggu jadi pemerintah baru
>di laksana.  Banyak benda yang boleh di laksana dahulu yang tak perlu
>tunggu
>jadi pemerintah.  Sedangkan hak "Pemerintah" ni, hak "Allah", kalau Allah
>maseh tidak membenarkan Islam memerintah, maka kita kena kaji lah kenapa
>Allah maseh tak beri pada kita, mesti ada sebab.  Bukan ke Islam itu "Yang
>Terbaik", maka Allah akan pastikan Yang Terbaik itu ada dan wujud, maka
>barulah Ia memberi laluan.  Adakah kita sudah "Yang terbaik"?
>....Jawapannya..BELUM.
>Dari jawapan anda itu, sudah dan boleh saya nilaikan bahawa jawapannya
>"BELUM".
>
>Memang tidak di nafikan PAS sudah berubah kepada "yang Lebih Baik" dari
>sebelumnya.  PAS meningkat (dari segi ROH ISLAM), ke satu anak tangga, maka
>Allah memberi kemenangan pada PAS memerintah Kelantan.  Kemudian PAS
>meningkat ke anak tangga lagi, maka Allah memberi kemenangan pula ke atas
>Trengganu.  Tetapi "Maseh Belum Dikatakan Yang Terbaik", sebagaimana yang
>Allah kehendaki.
>
>Kalau tidak, janganlah mengharap sesuatu "yang luar biasa" atau
>"keistimewaan" dari Allah.  Jika tidak, ia akan menjadi milik "Orang /
>Kumpulan Lain".  Kita akan sama-sama tunggu dan lihat nanti.
>
>Sekian
>

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hang Nawa" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke